Kenyataan media Ketua Penerangan Keadilan Selangor Shuhaimi Hj Shafie seperti yang diemail ke dalam blog ini tanpa edit;
Mainan politik kotor yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab amat dikesali. Ceramah 'JELAS- Tawan Malaysia!' siri di Kampung Jalan Kebun anjuran Cabang Kota Raja dan di Kampung Melayu Subang anjuran Cabang Subang semalam telah dicemari dengan pengedaran vcd lucah dan poster propaganda bergambarkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ia diletakkan di cermin kereta mereka yang hadir di ceramah di dua lokasi terlibat.
Hasil dari laporan yang saya terima dari ahli-ahli parti yang memantau keselamatan serta berada di ceramah kempen JELAS - Tawan Malaysia! malam semalam, jelas menunjukkan bahawa selain gurkha upahan UMNO / BN, sebilangan kecil dipercayai anggota risikan (Polis DiRaja Malaysia) PDRM turut bersubahat dalam aktiviti jijik ini. Mengapakan PDRM sanggup menggadai maruah institusi PDRM dek kerana tunduk pada arahan jelek dari pemain politik yang akhirnya bersekongkol dalam penyebaran VCD lucah ini? PDRM wajib diangkat martabatnya menjadi sebuah institusi yang diyakini rakyat supaya rakyat berasa selamat di bumi merdeka ini. PDRM seharusnya lebih berintegriti, bukannya menjadi alat dan perkakas politik satu dua kerat pemain politik yang bankrap nilai budaya.
Saya cabar PDRM untuk jelaskan dan bersihkan nama sekiranya tidak terlibat dalam pengedaran VCD lucah ini. Rakyat ingin tahu bagaimana VCD yang dikatakan asli dan hanya ada satu keping dalam simpanan polis boleh terlepas hingga disebarkan di internet dan kemudian diapongkan oleh blog khadam UMNo / BN, seterusnya disebar sebegitu rupa? Mana mungkin ia boleh terlepas dari kawalan PDRM dan disebarkan di ceramah ceramah jika tidak ada kaitan dengan subahat polis? Ini yang menyebabkan rakyat tertanya tanya dan hilang kepercayaan kepada PDRM.
PDRM sewajarnya mengembalikan segera kepercayaan rakyat dengan menangkap segera dan mendakwa anggotanya jika benar dakwaan sumber dalaman yang mengatakan pembabitan polis sendiri dalam penyebaran ini. Selagi PDRM tidak bertindak secara betul dengan mengembalikan kepercayaan rakyat, selagi itulah arang terpalit di muka PDRM.
Kebanyakan rakyat ingin sekali melihat PDRM mempunyai nilai luhur membela rakyat bukannya menjadi sebahagian alat sebaran politik lucah. Tindakan PDRM yang tidak efektif dan seperti besekongkol akan menjahanamkan nilai dan budaya bangsa! Pastinya imej PDRM lebih tercemar jika tiada pembetulan segera dilakukan dalam menyekat tidakan yang memualkan ini.
Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda
vdeo ni belambak tersebar dalam internet..mcm mana nak benteras..semua org bleh muat turun..
BalasPadambenda ni atas kepercayaan dan pendirian seseorang,,
kalu x mau tgk bg free cd pun dia tgk..
kalau nak tgk merata dia mintak nak tgk cd