Umno melalui media arus perdana yang dikuasainya Utusan Malaysia semakin hari semakin ligat memainkan pelbagai isu supaya orang Melayu yang buta hati dan buta IT terus menyokong Umno-BN.
Utusan yang jadi juara melaporkan isu video seks melalui agennya Datuk T sedar isu video seks tu dah kantoi dan tak dipercayai rakyat.Seorang penyarah UITM di utara Malaysia berkata kepada saya, "Bagus jugak Umno-BN mainkan isu demi isu, lagi banyak lagi bagus sampai orang pun tak percaya."
Sehingga kini rakyat tertanya-tanya bila agaknya Trio Datuk T akan didakwa kerana sebarkan video seks.Tunggu punya tunggu tup-tup keluar pulak isu baru Kristian agama rasmi negara! Seperti yang selalu disebut media arus perdana yang dikuasai Umno kebal daripada sebarang dakwaan walaupun beratus laporan polis dibuat.Mainlah isu seks, agama dan rasis tidak ada sebarang dakwaan terhadap media yang dikuasai Umno.
Bila kah orang Melayu akan sedar bahawa Umno adalah parti penipu besar kepada orang Melayu dan bangsa Melayu?Semakin Umno tersepit semakin banyak Umno tipu Melayu.
Perkasa pulak sambut gendang Utusan dengan rancak menari-nari ikut gendang yang dipukul Utusan Meloya.
Isu barang mahal dan barang naik tenggelam dengan isu sensasi yang dimainkan media Umno supaya rakyat lupa dan asyik diperbodohkan Umno-Utusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan