Sabtu, 28 Mei 2011

Minyak RON 95 tak naik digantikan dengan hadiah kenaikkan tarif elektrik


K'jaan luluskan kenaikkan tarif elektrik-M'kini

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. -M'kini.

Beberapa hari lepas Pemuda Umno 'berlakon' hebat dengan merayu desak kerajaan jangan naikkan harga minyak petrol RON95 rupa-rupanya depa ada kira nak naikkan tarif elektrik disebalik tak naikkan harga minyak petrol RON95 dengan alasan tak mau bebankan rakyat .Kalau kata nak kurangkan subsidi dengan naikkan tarif elektrik siapa yang tanggung pengurangan subsidi kalau bukan rakyat! Pusing kot mana pun rakyat yang kena bukan pemerintah.Pengguna terpaksa bayar lebih untuk kurangkan beban kerajaan tanggung subsidi.

Rakyat pula tak kira Cina , Melayu dan India terus dibaja dengan penyebaran video lucah sebagai ubat mujarab untuk hilangkan rasa marah dengan kenaikkan harga barang!Ini cara Umno-Bn nak meniaga...meniaga politik untuk menang pilihanraya.

Kata Ahli Parlimen Selayang Wiliam Leong,

kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

“Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

“Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

“Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif elektrik,” katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.Baca di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan