Ahad, 30 September 2012

Himpunan Hijau Lestari usaha selamatkan Pengerang ,Melayu rasa BN 'bunuh' mereka-

Belum pun reda isu radioaktif kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, negara sekali lagi bakal menyaksikan bantahan besar-besaran daripada rakyat — kali ini di kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor — apabila kumpulan pejuang alam sekitar Himpunan Hijau mengadakan protes dalam jumlah yang besar bagi membantah pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.


Wakil penduduk kampung yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun melihat demonstrasi berkenaan bukanlah tindakan untuk “menghentam” kerajaan, sebaliknya sekadar menyuarakan permohonan supaya kerajaan membantu mereka.
“Bagi saya ia bukan kita menentang kerajaan, kita minta kerajaan bantu,” kata pesara guru besar Kasran Dollah.
“Orang Melayu mulanya setuju, tapi bila harga jatuh kepada RM2.80 mereka jadi tak puas hati.
“Itu harga nak bunuh orang Melayu,” tegasnya yang sudah 30 tahun menetap di Kampung Sungai Kapal.
Beliau, yang kini mengajar tuisyen Matematik di rumahnya, berkata penduduk kampung tiada masalah untuk bekerjasama sekiranya pampasan yang diberikan setimpal dengan pengambilan tanah mereka.
“Kalau nak ambil dengan harga baik, kita terima... kalau puas hati kita jual,” katanya lagi.
Dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 peserta, perhimpunan ini bakal menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.

Zaaba berkata projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah.
Menggunakan tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR).
Berdasarkan temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider sehari sebelum perhimpunan tersebut, yang dijadualkan hari ini, Koordinator NGO Pengerang, Zaaba Abdul Samad berkata, projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah dan bakal menjadi hab simpanan minyak terbesar di Asia Pasifik.
“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang, tapi perairan di Johor.
“Sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan. Mereka hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,” katanya lagi.
Justeru itu, Zaaba menegaskan, isu pokok di Pengerang adalah penduduk tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu.
“Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi harga.
“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95 hingga RM100 sekaki persegi.”
“Kampung sini (kawasan RAPID) biasanya nelayan, petani, peniaga, ada juga makan gaji, dan kakitangan swasta,” katanya, merujuk kepada antara penduduk yang terlibat dalam projek tersebut.
Sementara itu, Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menegaskan, ekoran pembayaran pampasan yang tidak setimpal, ia telah menimbulkan kemarahan penduduk, malah beliau turut menjangkakan isu di Pengerang ini bakal memberikan peluang kepada PR untuk menembusi kubu kuat Umno dan BN itu.

“Mereka sangat marah.Mungkin, ia akan beri kesan kepada Johor dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, dengan isu ini, penduduk Pengerang yang mempunyai seramai 35,000 pengundi, dengan kawasan yang 80 peratus majoritinya didiami komuniti Melayu termasuk peneroka di 10 Felda dan 20 peratus Cina ini akan turut menyertai demonstrasi tersebut.
“Ada banyak mudaratnya hasil dari projek ini, sisa toksik daripada petrokimia ini mereka mahu buang ke mana?” soalnya.
“Saya harap penduduk kampung akan turut serta demonstrasi ini,” katanya.

Wong Teck berkata rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck pula menegaskan, isu di Pengerang ini bukan lagi masalah setempat, sebaliknya masalah yang mendapat perhatian di peringkat nasional, malah beliau yang ditemui The Malaysian Insider turut mengakui kehadiran mereka ke Pengerang untuk “mempolitikkan” isu tersebut.
“Ya ... memang kami mahu mempolitikkan isu ini.
“Kalau kerajaan sudah tidak lagi tidak boleh menjaga rakyat, biar rakyat tentukan pemimpin layak memerintah ... biar rakyat yang memilih kerajaan,” katanya lagi.
Menurutnya, rakyat hanya mahu suarakan tanggungjawab mereka, untuk memastikan negara ini mempunyai masa depan.
“Tengok bandar ini berapa cantik. Mereka (penduduk) hanya mahu hak mereka diteruskan.
“Himpunan hijau nak pastikan hak rakyat diketengahkan,” tegasnya lagi.-TheMalaysian insider.

Jika pemimpin tidak dengar tuntutan rakyat kita rakyat yang akan mengubah pemimpin.Mereka berkuasa kerana kita angkat mereka jadi pemimpin.Tidak ada pemimpin naik ke atas dengan sendiri.Umno-BN aset mereka untuk terus berkuasa ialah orang Melayu.Orang Melayu kena bangkit tolak Umno.Kalau 20 kampung Melayu lenyap orang Melayu masih terhidu candu Umno, masih sayang kepada Umno apo nak dikato!Tak dapat siapa nak menolong kalau nasi dah jadi bubur.

Sepatutnya Umno-Bn  yang menipu Melayu diajar cukup-cukup dalam pru 13.Ini kuasa yang kita ada.Kita tidak ada akta Kanun Tanah Negara tapi kita ada tangan kita yang bisa merubah kuasa mereka tersungkur di Putrajaya.Bangkit Melayu bangkit!

Baca juga;
Penduduk,NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang-Malaysiakini
Protes menentang projek Petronas bernilai RM60 bilion di Pengerang bermula-M'insider

Sabtu, 29 September 2012

Ezam Mat Nor baru terjaga daripada mimpi yang panjang

Ezam :Kekuatan Umno makin lemah-Sinar Harian Online

Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.-Sinar
Adakah ini strategi Ezam?Apa maksud Ezam?Atau Ezam baru sedar dan baru terjaga daripada mimpi yang panjang.Dah dekat pru 13 baru tersedar kata Umno kini hanya kuat sebab umpan duit kepada rakyat supaya menyokong Umno.Tanpa duit siapalah Umno haha.
Bukan main kuat takbir Ezam sewaktu berada dalam parti PKR.Kini semua hanya jadi sejarah.Adakah Ezam bersuara kerana sudah ketahui tak dicalonkan Umno dalam pru 13 akan datang?

Jangan keliru tolong jawab betul-betul

Ini bukan soalan peperiksaan percubaan budak sekolah tapi soalan umum kepada seluruh rakyat jelata tak kira tua atau muda ,lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau sebagainya semua boleh jawab.Bantuan daripada semua media boleh dirujuk sebelum jawab soalan.

Soalan Bajet 2013 : Siapakah PM berikut yang membuatkan negara paling banyak berhutang?

A. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
B. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
C. Tun Hussein bin Dato' Onn
D. Tun Dr. Mahathir Mohamad
E. Tun Abdullah Ahmad Badawi
F. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak


Copy daripada FB Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Rakyat tidak perlu bimbang paras hutang negara-Berita Harian
Rakyat tidak perlu bimbang terhadap paras hutang negara seperti ditimbulkan pembangkang kerana kerajaan mampu menguruskannya dan membayar balik hutang berkenaan. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan perlu membuat pinjaman bagi melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan terutama yang boleh memberi impak besar dan kesan berganda kepada aktiviti ekonomi negara. Beliau mengulas kritikan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Bajet 2013 tidak mengambil kira situasi ekonomi negara selain menyebut hutang negara kini mencecah RM502 bilion. -Berita harian

Yang rakyat perlu bimbang ialah makan gula banyak takut kena kencing manis kata menteri  yang bagi alasan kerana subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen yang menyebakan harga gula akan naik lagi.Kenapa rokok yang difatwakan haram tidak dinaikkan harga dalam bajet 2013?

Sebenarnya kita kena kelentong dan kena kencing dengan gerombolan yang sebenarnya mahu selamatkan tawkey gula yang kini 'miskin' sebab tak boleh bayar hutang RM34 bilion.

Baca juga;
Soalan Bersih:NGO tuntut sekolah diberi tunjuk sebab-M'kini

Pemanis mulut pilihanraya dah bagi kalau kalah juga semua masuk Tanjong Rambutan


Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN, kata penganalisis-The Malaysian Insider

Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.
Pemerhati politik yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider keseluruhannya bersetuju bahawa RM251.6 bilion yang diumumkan semalam yang menjanjikan pemberian wang tunai dan potongan cukai tersebar di seluruh lembaga bertujuan untuk merayu kepada kumpulan-kumpulan demografi utama menjelang PRU ke-13, tetapi berkata pengundi telah menjadi semakin licik dan mampu menilai keuntungan peribadi jangka pendek terhadap kesan jangka panjang fiskal kepada ekonomi negara.
“Hanya dua perkataan untuk menggambarkan ia — bajet pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Monash, Dr James Chin.
Beliau berkata perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak telah “menarik keluar semua sentimen pengundi terhadap mereka, untuk membiarkan mereka berfikir dua kali tentang mengundi pembangkang “dalam pilihan raya yang mesti akan diadakan pada April depan selepas mandat lima tahun yang BN menangi Mac 2008 tamat.
“Orang ramai akan membandingkan bajet Pakatan Rakyat dan juga akan melihat bagaimana pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan merangsang inflasi,” tambah beliau.
Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan empat tahun lalu dalam selepas kemenangan dalam PRU 2008 telah berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dalam set cadangan Bajet alternatif hanya dua hari sebelum pentadbiran Najib mengumumkan cadangan rasmi untuk perbelanjaan dan cukai.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapatan boleh guna akan meningkat melalui langkah pembaharuan fiskal seperti memotong cukai import bagi kereta buatan asing, pemansuhan tol dan pengecualian pinjaman pelajar, sebagai usaha PR untuk menggagalkan pengumuman Bajet Najib.
Anwar berkata kerajaan PR dapat membayar untuk langkah-langkah yang dicadangkan tidak melalui menaikkan cukai tetapi dengan mengurangkan ketirisan yang timbul akibat ketidakcekapan dan rasuah.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok berkata, gula-gula yang diumumkan bagi golongan muda dan bujang “adalah satu petunjuk bahawa parti pemerintah bersedia untuk memenangi hati dan minda pengundi kali pertama dalam pilihan raya akan datang”.
Beliau berkata ia masih terlalu awal untuk memberitahu jika pemanis itu akan menyebabkan pilihan raya sengit itu akan memihak kepada BN.
“Orang-orang muda tidak mudah tertarik kepada insentif kewangan terutama apabila berkaitan dengan politik pilihan raya. Mereka mungkin menganggap gula-gula sebagai satu bentuk bantuan kerajaan. Akan tetapi, sama ada ini akan diterjemahkan sebagai undi masih belum dapat dilihat,” kata Dr Arnold
Penganalisis lain, Dr Faisal Hazis, percaya pengundi telah lebih bijak semenjak pilihan raya 2008.“Pengundi sekarang ini lebih bijak, tidak lagi mudah untuk digula-gulakan seperti dulu,” kata ketua jabatan sains politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
“Pemberian tunai seperti BR1M ini tidak dapat menjanjikan sokongan kekal, sepertimana yang ditunjukkan dalam tinjauan Merdeka Center beberapa bulan dahulu dimana peratus sokongan terhadap Najib meningkat selepas pemberian BR1M tetapi menurun tidak beberapa lama selepas itu,” kata Dr Faisal.
Menurut pengumpul suara bebas Merdeka Center, perincian kelulusan peribadi PM susut empat peratus dalam kaji selidik yang terakhir Mei dari 69 per peratus kepada 65 peratus pada Februari, berikutan pertempuran ganas tahun lepas antara polis dan penunjuk perasaan dalam perhimpunan pada 28 April bagi menuntut daftar pemilih dibersihkan.
Herizal Hazri, timbalan wakil negara The Asia Foundation (TAF), sebuah NGO Amerika Syarikat yang berusaha untuk meningkatkan tadbir urus, undang-undang, dan isu-isu masyarakat sivil melalui dasar berkata bajet mesra rakyat yang menjurus ke arah membantu golongan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, akan tetapi menekankan kekurangan kawalan untuk memantau perbelanjaan kerajaan.
“Apa yang membimbangkan dalam bajet ini adalah bahawa tidak ada perbincangan mengenai kaedah untuk memantau pelaksanaan belanjawan, sama ada ia benar-benar akan dijalankan secara telus atau sebaliknya,” katanya.
Prof Dr Jayum A Jawan pensyarah politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan sama dengan Dr Faisal, menerangkan pemberian ‘one-off’ sebagai aksi populis untuk memancing undi di kalangan kumpulan yang kurang politik sedar biasanya di kawasan luar bandar, terutamanya pedalaman kedua-dua negeri Malaysia timur merentasi Laut China Selatan yang masih sebahagian besarnya hutan.
“Peruntukan untuk pengangkutan, infrastruktur awam, nelayan, petani dan kepada orang-orang di Sabah dan Sarawak adalah sangat dialu-alukan. Satu perkara yang membimbangkan ialah bagaimana akan semua ini akan dihantar? Semua cadangan akan mencapai lelaki di kawasan pedalaman di sana?” tanya timbalan dekan pengajian siswazah di fakulti ekologi manusia, UPM.
“Pemberian ‘one-off’ adalah hanya sementara dan akan mempunyai kesan terhad pada sesetengah orang,” katanya.
Dr Jayum berkata beliau bimbang bajet itu terlalu tertumpu pada kos operasi dan mengingatkan bahawa kerajaan diperlukan untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti di kalangan tenaga perkhidmatan awam untuk mengimbangi kos operasi yang terlalu tinggi.
Seperti Dr Jayum, Dr Chin dari Monash University itu adalah juga teragak-agak untuk mengatakan bahawa itu cadangan mesra rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos hidup Najib yang diletakkan dalam Bajet 2013 akan mengakibatkan pengundi kembali memihak kepada BN di peti undi yang mana ia adalah perkara-perkara paling penting.
“Ujian muktamad bajet adalah reaksi pasaran saham pada hari Isnin, ia pasti akan naik dan juga akan memberi kesan  kepada tawaran permulaan awam (IPO) Astro. Ia semua sesuai untuk masuk.
“Jika beliau (Najib) tidak memanggil pilihan raya sekarang, beliau gila,” kata Dr Chin.-M'insider (Oleh Amin Iskandar, Hafidz Baharom, Md Izwan dan Nomy Nozwir)

Semua dah bagi,beli golongan muda untuk sokong BN dengan duit tapi kalau tak jalan juga alamatnya pemimpin Umno-BN akan jadi gila jika kalah teruk pru 13.Mereka semua terpaksa dihantar ke Tanjong Rambutan untuk dirawat.Sekarang mereka gila bagi duit tunai untuk beli undi tapi kalau kalah pru 13 terus jadi gila segila-gilanya.Nak gila sekarang atau gila kemudian?

Umno-Bn beli golongan muda dengan tawaran duit RM250-RM500 untuk menyokong mereka.Kita pulak bakar semangat anak muda dengan kezaliman pemerintah Umno-Bn selama 55 tahun.Tak payah guna duit sebab anak muda tahu beza yg mana kaca yg mana intan.

BN tunjuk baik sebelum dikuburkan.Kita diumpan dengan duit tapi kita ada tangan dan akal untuk jatuhkan mereka.

Jumaat, 28 September 2012

Bajet kayakan rakyat sehari kayakan pemimpin Bn dan kroni 56 tahun lagi

Sudah tentu semua orang sudah tengok dan lihat bajet 2013 yang dibentangkan di parlimen hari ini oleh PM Najib yang berbaju 'hijau Pas' yang katanya tidak janjikan bulan dan bintang kepada rakyat tapi kononnya janji ditepati.TV3 suku pulak serta merta tunjuk orang kampung buat bendang,pemandu teksi dok bodek bajet yang dikemukakan Najib.Semua syok sendiri walaupun tak dapat apa.

Najib janjikan duit,duit,duit kepada rakyat dengan bayaran tunai lagi dalam bajet 2013.Dalam bajet 2013 dijanjikan RM250,RM500 dalam BR1M 2.0.Mantan PM Tun Mathir dah kritik Najib dengan kata bayaran tunai Najib kepada rakyat adalah untuk beli undi supaya terus sokong BN dalam pru 13.Apa nak heran kalau setakat seratus atau lima ratus kepada rakyat janji selepas pru 13 BN menang lagi.Rakyat syok boleh duit tunai yang hanya boleh senang sehari tapi pemimpin Umno dan kroni terus kaut kekayaan negara untuk 56 tahun lagi!Rakyat dapat secupak pemimpin Umno-BN dan kroni untung berguni-guni.Rakyat bawahan diumpan dengan wang ringgit seratus dua sebagai talian hayat Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.

Apa lagi yang mampu dilakukan Najib kalau bukan guna duit untuk beli maruah kita yang hanya dinilai 'syaitan yang dikenali' sekadar RM250-RM500.Hutang negara kini dilaporkan cecah RM478 bilion.Kita juga dikejutkan dengan laporan hutang jutawan Tan Sri Syed Bukhari cecah RM34 bilion.Hutang kroni ini tidak dilayan apabila dibangkitkan dalam parlimen.Kita beli rumah hutang bank lambat seminggu tak bayar pihak bank hantar sms dan telefon suruh bayar tapi kalau hutang RM34 bilion takkan tak payah bayar?Bekas Pengerusi MAS Tajuddin Ramli hutang RM589 juta kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd juga dilupuskan.Dalam bajet 2013 pelajar PTPTN yang berhutang diberikan diskaun hanya 20%.

Ingat baik-baik nilai maruah diri kita bukan RM250 atau RM500.Rakyat turun dijalanraya cecah 250,000 orang dalam demo Bersih 3.0 mintak supaya sistem pilihanraya dibersihkan belanja duit poket sendiri.Mereka pentingkan maruah dan harga diri mau selamatkan negara daripada terus ditipu Umno-Bn.Tahniah!

Bajet untuk rakyat RM250-RM500 berapa pulak bajet untuk Rosmah Mansor?Kalau cincin saja RM24 juta yang lain kira sendiri la...Kita bukan lembu, bukan kerbau atau binatang yang berkaki empat tapi kita manusia yang dijadikan Allah SWT ada akal dan fikiran bukan dinilai dengan duit kupang.
Berkaitan ;
Pembangkang sambut sinis bajet 2013-M'kini
Bajet bukan sekadar angka tapi manfaat untuk rakyat-Harakahdaily
Anwar cabar Najib berdebat belanjawan 2013-Keadilandaily
Insentif diutama pada syarikat besar, bukan rakyat terbanyak-Azmin-Keadilandaily
Subsidi gula dikurangkan dikurangkan 20 sen mulai esok-Harakahdaily

Khamis, 27 September 2012

'Kalau siasat Musa Hasan dan AG banyak rahsia lain terbongkar'

Menteri :Polis, SPRM tak siasat skandal 'Copgate'-Malaysiakini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata polis tidak menjalankan apa-apa siasatan ke atas dakwaan mengenai hubungan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga tidak membuat sebarang siasatan ke atas dakwaan tersebut dengan alasan sama – tiada sebarang aduan diterima.

Tambahnya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Mac 2012 menolak penubuhan jawatankuasa siasatan kerana "tiada bukti kukuh dapat dikemukakan".

"Setakat ini juga, tiada sebarang laporan polis diterima mengenai pendedahan yang telah dibuat oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff berkenaan hubungan bekas ketua polis negara dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa beliau masih berkhidmat dalam PDRM.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada MP Segambut Lim Lip Eng berhubung dakwaan skandal yang popular dengan jolokan 'copgate' itu.
NONEMalaysiakini sebelum ini melaporkan, pemberi maklumat polis mendakwadipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes tersebut - salah seorang daripada mereka adalah Ramli (kiri).

Pegawai berkenaan didakwa memalsukan bukti pada 2007, namun kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan pada pertengahan 2011.
Ramli pada 29 Februari lalu mendakwa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Musa dan 'Tengku Goh' bersekongkol di sebalik tindakan tersebut.
Malaysiakini pada 2007 menyiarkan laporan khas berhubung skandalberkenaan, yang menunjukkan rentetan peristiwa dan tokoh penting yang didakwa terlibat.
Musa Hassan pada Mac lalu menafikan dakwaan beliau melindungi tokoh kongsi gelap atau berkonspirasi dengan Abdul Gani untuk menganiaya Ramli. -Malaysiakini

Saya teringat isu tunjuk punggung kepada gambar Najib malam sambutan kemerdekaan negara 30 Ogos lalu.Mereka diburu dan ditangkap.Banyak pulak laporan polis dibuat.Pihak polis pulak percepatkan siasatan.Bila didedahkan pulak isu kencing gambar MB Kelantan dan Presiden Pas polis bagi jawapan yang sama tiada laporan polis.

Kini Datuk Nazri juga kata sama tiada laporan polis terhadap Musa dan AG.Senang la jadi menteri takat jawab macam tu.Tapi apa nak kisah anak menteri pukul orang pun tak ditangkap dan didakwa!Saya suka tengok filem Hindi kalau kisah polis yang jahat dan kaki rasuah, menteri yang lindungi kumpulan samseng.Sama macam apa yang berlaku dalam politik negara kita.

'Kalau Musa dan AG disiasat dan didakwa ada kemungkinan rahsia lain akan terbongkar'.Mana saya tau.Siasat la dulu baru tau.Lebih baik didiamkan dengan alasan yang paling kebudakan dan mahu bodohkan rakyat.

Dr Asri:‘Haram untuk kau, halal untuk aku’.

Dr Asri: Mengapa saya kritik aliran literal dalam Umno-Sinar harian online

ADA yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk Pas juga. Pas pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang merbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir-mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.
Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalism) -walau dikritik hebat - ia diiktiraf dalam fekah Islam. Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.
Rosak Keadaan
Saya mengkritik golongan literalist dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.
Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno.

Biasanya perkara ini dibuat oleh Pas. Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalist tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.

Pengharaman ini jika diterima bererti system Parlimen yang memboleh ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga adalah haram.
Golongan literalist ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.

Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, Tun Dr Mahathir telah melakukan kritikan terbuka.

Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan Kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah. Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata ‘haram untuk kau, halal untuk aku’.
Ilmu Matan Hadis
Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu Mukhtalaf al-Hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah. Umpamanya apabila mereka membaca hadis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan.

Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka).

Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).
Mereka mengambil hadis ini tanpa memperdulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun” (Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah telah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup. Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.
Berdebat
Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.

Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW: “Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar” (Riwayat Daud).

Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan. Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik” (Surah al-Nahl: 125) dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat).

Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-Mira’ yang boleh diertikan sebagai al-Jidal (debat). Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. 
Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar. Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.
Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.

Bajet Negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.

Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.
Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”.

Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”.

Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah”. (Riwayat Muslim)
Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan Pas dan PKR.

Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza. Antaranya hadis  “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir ALLAH akan meliputi mereka dengan hukumanNya”( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Dalam sejarah pemikiran fekah, tokoh aliran literalist yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.

Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab: “Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SA agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar... adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan ALLAH untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

Dalilnya firman ALLAH: “Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan”.

Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi ALLAH azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.

Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap muslim bahawa mengambil harta muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram. Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari)”. Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran…” (Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133, Kaherah: Maktabah al-Khaniji).
Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?
Maha Suci ALLAH dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi s.a.w juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun Pas. Namun apabila membabitkan urusan agama saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis

Rabu, 26 September 2012

Projek Rapid di Pengerang:Melayu makan Melayu

Tun Madey suruh orang Melayu bersyukur kepada Umno.Tengoklah apa yang dilakukan gerombolan Melayu yang lahap dan gila projek rembat tanah orang Melayu, kampung orang Melayu sesuka hati tanpa sebarang perbincangan.Tak lama lagi kampung Melayu hanya akan tinggal sebagai sejarah hanya sekadar jadi homestay saja jika orang Melayu tidak bangkit lawan kerakusan gerombolan yang pandai kata orang Melayu kena bersyukur kepada Umno.

Rapid:Melayu jadi hamba atas tanah sendiri-Harakahdaily

Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu  terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri.

 Sehubungan itu, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat.
Menurutnya, jika benar projek yang hendak diperkenalkan adalah untuk kepentingan rakyat sepatutnya pandangan rakyat diperolehi terlebih dahulu.

“Kami berpendapat pengumuman PM bahawa projek itu akan dilaksanakan tanpa terlebih dahulu melalui proses perundingan awam adalah tindakan yang mengenepikan hak rakyat untuk memberi maklum balas,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, pendekatan kerajaan memaksa rakyat menerima projek pembangunan yang bersifat pengambilan kampung halaman dan memaksa penduduk dipindah adalah pendekatan diktator yang sering dihadapi oleh rakyat di negara membangun.

Rakyat, ujarnya sering dijadi mangsa dengan alasan bahawa pembangunan diperlukan dan rakyat perlu berkorban.

Katanya lagi, pihak pemaju projek selalunya mendapat perlindungan kerajaan dan kerajaan pula sering mengiakan kehendak pemaju.

“Teras tidak menerima pendekatan yang sudah lama ditolak oleh rakyat di kebanyakan negara membangun sekarang kerana pendekatan seperti ini akan selalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar, peminggiran penduduk, kesan sosio-budaya yang negatif dan kepentingan penduduk tempatan diketepikan untuk diambil alih oleh orang luar.

“Ini bukan kali pertama rakyat diketepikan. Janji awal bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan disediakan, biasanya tidak berlaku bila projek berskala besar ini dilaksanakan,” ujarnya.

Azmi berkata, rubahan iklim ekonomi semasa sentiasa menjadi helah kenapa syarikat tidak dapat memberi peluang pekerjaan seperti yang diramalkan dan adakala terpaksa membuang pekerja.

“Projek mega seperti ini akan selalunya mengutamakan kepentingan ekonomi dari yang lain,” katanya.

Tambahnya, dalam pengalaman pelbagai projek yang telah dilaksanakan akhirnya pekerja asing diambil dengan alasan kos upah lebih murah dan penduduk tempatan akhirnya terpinggir.

“Pengalaman seperti ini bukan baru. Projek Perwaja di Kedah yang akhirnya rugi kini dipenuhi oleh pekerja luar dan tidak berlaku sebarang keuntungan dan limpahan ekonomi seperti dijanjikan berlaku,” katanya lagi.

Beliau menambah, Teras berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya meneruskan pendekatan "dari atas ke bawah" (top down) seolah-olah kerajaan lebih tahu semua  dari rakyat.
 Sebaliknya, kata beliau pendekatan yang lebih mesra rakyat iaitu "dari bawah ke atas" ( bottom up ) sepatutnya digunakan jika kerajaan benar-benar jujur mengguna prinsip rakyat diutamakan.

“Teras membantah keras pengambilan tanah rakyat oleh projek Rapid Petronas di Pengerang apatah lagi tanah yang melibatkan perkampungan tradisional Melayu,” katanya lagi.-Harakahdaily

Baca juga;

Selasa, 25 September 2012

BR1M,TR1M tapi populariti Najib merudum lagi

Laporan ini pasti gusarkan Rosmah Mansor yang segala-galanya besar.Jam besar,cincin besar,beg tangan besar yang semuanya mewah-mewah belaka.

Tinjauan :Populariti Najib merosot-Malaysiakini
Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot tiga peratus daripada 61 kepada 58 peratus pada bulan ini berbanding beberapa bulan sebelum ini.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu membandingkan populariti Najib antara 31 Mac hingga 15 April dengan tempoh terkini antara 1 hingga 16 September lalu. 

Perkara yang dinilai UMCEDEL antaranya, sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkat antarabangsa.-Malaysiakini

BR1M,TR1Ma,duit RM500 kepada rakyat dah bagi untuk beli undi, tayar teksi dah bagi tapi kenapa batang tubuh manusia yang bernama Najib Razak tak laku,populariti boleh jatuh merudum?

Rakyat sekarang dah pandai, bagi sapu undi belum tentu.Asyik depa saja nak kenakan kita, sekali sekala kita pulak kenakan depa haha.Bagi jangan tak bagi.Ramai dok tunggu lepas ni nak bagi apa pulak.

Gerombolan jual politik sampai dalam kawasan sekolah tapi tak laku-laku juga.Budak-budak pun tau hanya pandai janji tapi tak ditepati.

Tun Madey pulak tak habis-habis menambahkan imej Najib semakin merudum.Tun kata segala bantuan tunai Najib kepada rakyat hampiri beli undi.Beli undi tu rasuah la.Tapi Najib tapi berani lawan Tun Madey.Tun kata apa pon Najib senyap ja.Tun kata 'BN parti syaitan yang dikenali' pun Najib tak kata apa.


Semua ini beri gambaran buruk kepada Najib dan Umno.Betul la kata Mahfuz Omar Naib Presiden Pas,"Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," kata Mahfuz.Baca di sini.

Baca juga jika benar maka punahlah Umno-BN dalam PRU 13 akan datang
Kajian UM:Keyakinan kepada Pakatan meningkat-Harakahdaily

Saham Datasonic terus menjunam daripada harga tawaran

Sapa-sapa yang beli saham Datasonic Group Berhad tentu berada dalam keadaan yang muram kerana saham syarikat tersebut yang banyak bergantung kepada projek kad pintar kerajaan kini terus menjunam daripada harga tawaran sebanyak RM2 seunit.

Semasa hari pertama disenaraikan di bursa saham Malaysia pada 3 September lalu harga saham Datasonic meningkat kepada RM2.38 seunit, kini pada hari ini saham itu jatuh kepada RM1.98 sahaja seunit bawah daripada harga yang ditawarkan kepada para pelabur.Tak sampai sebulan disenaraikan di Bursa Saham dah jatuh merudum.
Kedudukan carta saham Datasonic Group Berhad sehingga jam 11 pagi ni 25 September2012 ialah RM1.98 sen seunit.
Orang utama di belakang syarikat Datasonic ini ialah Tan Sri Hashim Mohd Ali .Baca di sini.Profile syarikat Datasonic sila klik di sini.

Hashim Mohd Ali (kiri) mengetuk gong sempena perasmian penyenaraian Datasonic Group di Bursa Malaysia di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur,pada 3 Sept lalu. Turut kelihatan Pengarah Urusan Datasonic, Datuk Abu Hanifah Noordin (empat kiri) dan lain-lain pengurusan kanan syarikat.-Utusan.

Isnin, 24 September 2012

Melayu kena tipu, 'Syaitan yang dikenali' berkuasa sampai mati

Umno kalau terdesak point utama depa ialah 'Umno hilang kuasa Melayu merempat'.Macam-macam lagilah dah berbuih blog ni tulih.Ada yang kata kuasa asing mau tukar kerajaan la nak menakut-nakutkan orang Melayu macam produser filem Melayu buat filem hantu takutkan orang Melayu dengan cerita hantu.Daripada tak takut hantu kini ramai anak-anak kita bila buka tv ada filem hantu terus lari pi tidoq.

Takkan la Umno-BN hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu kerana campurtangan kuasa asing?Biaq betul.Di Kelantan dah 20 tahun lebih Pas berkuasa takkan campurtangan kuasa asing?Tapi apa boleh buat modal Umno yang kata Umno hilang kuasa Melayu merempat ni berjaya pengaruhi jiwa orang Melayu supaya terus undi Umno-BN dalam pru 13 akan datang dan terus kekal berkuasa di Putrajaya.Bagi orang Melayu tak kisah walaupun Umno-Bn guna khidmat penasihat mereka daripada negara Yahudi Apco Worldwide janji Umno-BN berkuasa.

Najib dan Muhyiddin terang-terang mau pertahankan Putrajaya walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan darah.Kita nak tengok la insyaAllah dengan izin Allah SWT Umno-Bn tumbang sungguh dalam pru 13 akan datang depa nak buat apa.Semua pemimpin diktator dunia yang hebat-hebat pun cakap macam pemimpin Umno tapi bila hilang kuasa semua didakwa di mahkamah dan disumbat masuk penjara.Rayat bergembira di jalanraya kerana pemimpin kukubesi mereka tewas.Samaada lambat atau cepat sampai masa Umno-Bn akan tumbang jua.

Demi untuk terus kekal berkuasa saja Umno menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak undi parti lawan bukan sebab apa pun cuma untuk terus kekal berkuasa.Mereka tidak mahu segala kesedapan berkuasa 50 tahun lebih terlepas begitu saja.Mereka nak jaga kroni mereka,nak jaga perut anak bini mereka sebab tu cakap macam tu.Tun Madey walaupun dah tak jadi PM masih kuasai Petronas dan Proton.Masih ada pejabat di Putrajaya.Tun nak kontrol semua kecuali Rosmah Bik Mama saja Tun tak boleh nak kontrol.

Berikut berita yang menipu otak orang Melayu;
Dr M: Soros mahu kawal politik kita dengan melantik PM baru-M'insider
Utusan:Yahudi 'irihati' Msia miliki Scorpene-M'kini
Dr Mahathir:Melayu tidak bersyukur akan hilang kuasa di bawah pemerintahan PR-M'insider

Sabtu, 22 September 2012

Mana lagi hina 'fatwa' ulama muda Umno dengan Ngeh Dap?

Ulama muda Umno Fathul Bari kata demontrasi haram tak kiralah demontrasi apa pun haram bagi puak tu yang katanya 'Teguh atas jalan Nabi dan para sahabat'.Kata ulama muda Umno tu,"Berkenaan demonstrasi dan menunjuk perasaan, pihak kami sudah berulang-kali menyatakan pendirian. Demonstrasi Bersih yang sebelum ini kita katakan “haram, haram, haram” itu, sama sahaja hukumnya dengan demonstrasi-demonstrasi yang lain.
Demonstrasi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat Islam, sebaliknya yang memberikan manfaat adalah kita menjawab semula isu ini, mengambil kesempatan yang ada ini untuk menjelaskan kepada dunia tentang Nabi kita, agama kita, Al-Quran, sahabat Nabi."Baca semua di sini.
Cara tak langsung 'fatwa' ni turut kata demontrasi yang berlaku di depan kedutaan AS di KL dan demo Umno di Masjid Kg Baru semalam haram la!Bagi puak ni mungkin kerana zaman Nabi tak ada demontrasi,jadi benda yang tak berlaku zaman Nabi kalau buat semua tak boleh dilakukan.Untuk pengetahuan di Malaysia setiap tahun ada demontrasi sayang Nabi Muhammad SAW sempena memperingati kelahiran Baginda iaitu MaulidurRasul.
Mari kita baca pulak apa kata Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham yang kini dicemuh dan dikecam pelbagai pihak kerana kritik demontrasi yang ada kaitan dengan filem AS yang hina Nabi Muhammad SAW yang katanya begini,""Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya."Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.Baca di sini.
Akibat dikecam dan rasa tersilap Ngeh telah mohon ampun dan maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Mohon maaf Ngeh tak diterima oleh puak Umno dan mahu panjangkan kes ini untuk dijadikan talian hayat Umno sebagai isu pilihanraya yang semakin hampir.Setahu saya Chua Soi Lek Presiden MCA yang kata adun Umno yang cadangkan hukum Hudud dilaksanakan di Johor sebagai hilang akal atau gila  tak pernah pulak reti minta maaf.

Orang bukan Islam tak sepatutnya menyibuk tentang Islam lebih baik sibukkan dengan agama sendiri!
Ulama muda Umno juga patut minta maaf sebab kata demontrasi haram sama macam Ngeh yang buta tentang Islam kata buang masa saja berdemontrasi.Mana lagi hina fatwa Fathul Bari dengan Ngeh?Ngeh dikecam kerana dituduh hina Islam kerana beliau bukan seorang Islam.'Fatwa' Fathul Bari juga hampiri apa yang Ngeh maksudkan.

Kepada yang malas turun demo tak kira ustaz Umno atau ustaz Pas lebih suka melayan kitab dalam masjid hang pa buat lah kerja hang pa kami buat kerja kami.Kalau demo Bersih 3.0 tak ada pulak penyokong PR yang kata lebih baik dok rumah tapi bila demontrasi anti filem hina Nabi masing-masing nak corner-corner hujah tak mau turun demo!

Ada yang kata filem lawan dengan filem la...seni lawan dengan seni la geli aku dengaq!Takkan filem lucah nak lawan dengan filem lucah?

Tukang 'fatwa' yang kata demo haram sepatutnya berjalan dan round seluruh dunia Islam kini adakah mereka selesa duduk di rumah menonton tv dan tidak geram dengan makhluk yang hina Nabi Muhammad SAW dan Islam?Pas tu baru buat 'fatwa'.

Takat kecam dalam blog,twitter dan FB tapi tidak berani turun di jalanraya hebat sangat ka 'fatwa' tu? Saya dok teringat 'fatwa' hebat Tun Madey yang kata 'Umno-Bn syaitan yang dikenali'.Tak ada biji mata dalam Umno yang berani lawan 'fatwa' Tun Madey.

Jumaat, 21 September 2012

Gambar demo dari Masjid Tabung Haji ke kedutaan Amerika Syarikat

Saya hari ni turut hadir demontrasi anti filem yang menghina Nabi Muhammad SAW yang bermula dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan Amerika Syarikat.Ni gambar untuk tatapan semua.Tapi ni bukan gambar edit macam Bernama buat haha
Dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat










 Orangramai berjalan menuju ke kedutaan Amerika Syarikat





 Depan kedutaan Amerika Syarikat dan sekitarnya



 Salah seorang penceramah kata saya tak ingat sapa yang ucap,"Jangan ajar anak itik berenang, jangan ajar anak harimau cara nak makan daging!"
Demo depan kedutaan Amerika Syarikat hari ni dimonopoli golongan anak muda.Bagi mereka demontrasi dah jadi darah daging mereka.Tahniah anak muda!Jangan jadi macam ulama muda Umno yang bacul yang kata demontrasi haram.Duduk sedap-sedap dalam bilik hawa dingin berani cakap demontrasi haram.Itu bidaah ini bidaah semua bidaah hanya puak depa saja yang betul.Tak mau turun sudah la jangan cakap banyak.Kalau berani kritik la Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak yang ada aset US$21 bilion!

Baca juga di sini.Klik gambar untuk besarkan imej.
Malaysiakini-Ribuan berarak ke kedutaan AS bantah filem anti Islam.

Khamis, 20 September 2012

Tujuh keturunan pon tak dapat AS$21 bilion kecuali keluarga Taib seorang

Kajian perincikan kekayaan AS$21bilion Empayar Taib-Malaysiakini
Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.-Malaysiakini

Edit 21-9-12 jam 7:48 AM;
Berhempas pulas rakyat cari duit nak hidup senang.Pas tu kena bayar macam-macam tax kepada pemerintah.Beli menatang apa pon kena tax.Rakyat jadi kuli kepada pemerintah, angkat mereka untuk tunaikan amanah rakyat.Tapi bila dengar empayar Ketua Menteri Sarawak ada aset US$21 bilion bukan dengki dan cemburu cuma terkejut sejak bila dia menabung sampai dapat kumpul aset banyak tu.

Kita kerja 20 tahun pun belum tentu dapat simpan duit RM100,000.Simpanan KWSP tu mungkin ada la banyak tu kalau gaji RM2000.000.Anak-anak dapat masuk U terkejar-kejar sana sini cari duit nak bayar persediaan ke IPT.PTPTN pulak pelawa suruh pinjam duit sebab nak untung bukan tolong!Tapi yang ada kuasa sedut sedalam-dalamnya kekayaan negara untuk anak beranak depa.Tak geram ka?

Takkah kita rasa berdosa menyokong pemerintah yang pentingkan kroni,nepotisme dan kayakan anak beranak?Tak ada fatwa ka?Kemana perginya SPRM yang begitu cepat bertindak jika libatkan parti yang bukan komponen BN?

Jika dengan tangan pon kita tak berani nak ubah dan tukar pemerintah apa lagi yang mampu kita buat?Kita tak perlu jadi macam negara lain yang sampai berbunuhan untuk tukar pemerintah tapi anugerah  akal dan tangan yang Allah SWT berikan kepada kita dah cukup untuk jatuhkan regim Umno-BN yang kini semakin menjadi-jadi kesetanannya!

Patut la Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali

Dr Mahathir: Pemberian tunai Najib 'menghampiri' beli undi

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hari ini bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.
“Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.
“Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini,” kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.
“Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu,” katanya, untuk ketawa daripada penonton.
Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, satu langkah yang dipercayai bertujuan meningkatkan Najib dan penilaian terhadap pakatan BN menjelang pemilihan dijangka tidak lama lagi.
Pusingan pertama pemberian tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga dan wang pembayar cukai berkos RM2.6 bilion telah dilihat penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan dari miskinisi rumah.
Sepanjang ucapannya, Dr Mahathir berulang kali menyebut pemberian wang tunai pentadbiran Najib, pada satu titik walaupun mengatakan bahawa “beliau (Najib) mempunyai wang yang banyak”.
“Sekarang kita mempunyai seorang lelaki baru sebagai ketua (kerajaan),” katanya apabila mengingatkan penggantian perdana menteri selepas dia meletak jawatan pada tahun 2003.
“Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang buruk mengenai beliau kerana saya menyokong BN.
“Satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang.
“Pada masa saya, saya tidak memberikan wang saya dapat telah pun diberikan wang untuk diri sendiri tetapi saya tidak. Saya rasa saya membuat kesilapan di sana,” katanya secara berseloroh.-Clara Choii The Malaysian Insider

Ada orang bagi tau kata saya kawan dia masuk hospital awam.Dr yang merawat dok bising-bising kerana peralatan di hospital tersebut tak cukup.Lalu kata pesakit kepada Dr yang merawat beliau,"Kita tukar la kerajaan yang ada." Lalu jawab Dr tu dengan nada yang yang juga tak puas hati,"Tukar pon tukar la janji semua kemudahan ada apa nak kisah!" Ini menujukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang ni hanya pandai berjanji tapi dah tak ada duit yang banyak untuk perbaiki segala kekurangan kemudahan awam.Hanya pandai berjanji saja.Tapi mana Najib dapat duit untuk beli undi kepada rakyat supaya terus sokong BN?

Kalau doktor,pegawai bank pun dah tak puas hati denga Umno-BN dok sembang nak tukar kerajaan dan mereka lebih arif dengan selok belok ekonomi kita dok tunggu apa lagi?

Rabu, 19 September 2012

Kerja Syaitan yang dikenali adalah menipu dan menipu

Baca: Warga maya dakwa foto orangramai di majlis Najib diubah suai.

Ini gambar yang tak menipu Demo Bersih 3.0

Kerja Syaitan adalah menipu dan menipu, perdayakan pandangan mata kasar manusia tapi kalau setakat nak bohong macam gambar Najib tu budak-budak tadika Pusat Asuhan Tunas Islam pun boleh kesan!

Warga maya juga kini heboh perkatakan kerja dajalkan Najib ni adakah kerja tim Muhyiddin untuk cepatkan kejatuhan Najib?

Isnin, 17 September 2012

Baling cat simbah cat:'Kenyataan paling bodoh untuk diucapkan seorang menteri'

Ganas;Hishamuddin tidak boleh berkata begitu
 Kalau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) terus bertindak ganas ke atas majlis dan jelajah Pakatan Rakyat (PR), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husseinlah yang bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan menteri itu mengenai keselamatan para pemimpin PR di Johor sebagai membakar semangat para penyokong Umno dan BN untuk bertindak lebih ganas.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri". 

Bagi Mohamad, sebagai menteri, Hishammuddin tidak boleh berkata begitu kerana ia akan difahami sebagai galakan dan perangsang oleh pihak yang mengganas untuk melakukan lebih banyak keganasan.

"Bila pihak yang mengganas merasa mereka ada lesen untuk mengganas dengan lebih liar lagi, pihak yang diganasi juga merasa mereka diberi lesen untuk bertindak mempertahankan diri dengan kekerasan juga.

"Akhirnya negara akan jadi huru-hara dan Menteri Dalam Negerilah yang mencetuskan perkara itu kerana kenyataan beliau," katanya.

Mohamad menyifatkan kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah dengan jelas memperlihatkan kebodohan menteri itu. 

"Itu kenyataan paling tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, paling bodoh untuk diucapkan oleh seorang menteri," katanya.-Harakahdaily