Jumaat, 14 September 2012

Takkan kita nak taat kepada pemerintah yang popular sebagai 'syaitan yang dikenali'?

Dr Asri bekas mufti Perlis menulis dalam Malaysiakini Taat pada penguasa ada batasnya.Klik dan baca.Macam-macam hadis dan ayat al-Quran digunakan Dr Asri kenapa kena taat kepada pemerintah dan kenapa jangan taat kepada pemerintah.
Senang cerita berikut adalah beberapa sebab kenapa kita jangan taat kepada Umno-BN yang dah berkuasa sehingga 55 tahun.

Rakyat dah muak dengan cara Umno-BN perintah negara ini.Harga kereta nasional di Malaysia lebih mahal daripada yang dieksport keluar negara.Kereta import dari negara luar yang dijual di Malaysia lebih mahal daripada negara lain.Hampir dua kali ganda.Ni cekik darah namanya.Cukai import 200%

Apa yang pemerintah lakukan apabila Ketua Wanita Umno yang keluarganya terlibat dengan salahguna duit lembu feedlot NFC 250 juta?Ketua Wanita Umno tu hanya hilang jawatan sebagai Menteri tapi bila disiasat didapati tidak bersalah kononya tak tahu menahu lakinya dapat kontrak lembu NFCRM250 juta.Kalau tak salah la kenapa letak jawatan?

Di negara ini ada dua undang-undang berbeza.Satu untuk rakyat yang tentang BN satu lagi undang-undang yang sokong tindak tanduk penyokong BN.Contoh terkini kes  pelajar tunjuk punggung kepada gambar Najib diburu dan digari.Tapi apabila golongan penyokong BN tunjuk punggung kepada Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Ambiga tidak diambil apa-apa tindakan.Mereka boleh kencing dan berak gambar pemimpin PR tapi no for gambar Najib!Tuiiihh! walaupun ada laporan polis dibuat tapi pihak berkuasa hanya diamkan diri.

Penyokong parti syaitan boleh berdemontrasi dan tunjuk perasaan tapi tidak dipukul dan dibelasah pihak polis tapi kalau penyokong anti parti syaitan berdemontrasi mereka dikendurikan pihak polis sampai patah tulang rusuk, lebam-lebam kena belasah.Alasan mereka buat macam tu senang saja sebab 'dapat arahan'.Arahan sapa lagi kalau bukan arahan syaitan.Sekarang baru pihak polis mengaku kata tindakan mereka dalam demo Bersih 3.0 salah dan melampau.

Apabila ceramah PR diganggu dengan baling botol , telor ayam kemuruk, pecahkan cermin bas dan kereta, baling batu, simbah cat merah apa tindakan pihak polis?Penyokong parti Setan ni boleh mengganas tanpa takutkan pihak polis sebab depa ingat polis yang ada ni polis Umno-BN bukan PDRM.

Kerajaan Umno-Bn memang zalim kalau tak zalim  kenapa tak bagi royalti minyak untuk Kelantan macam yang Terengganu, Sabah dan Sarawak dapat?Kenapa pilih bulu?Takkan nak tunggu Umno berkuasa di Kelantan baru nak bagi royalti.Bila Umno nak tawan Kelantan baru terhegeh-hegeh nak tubuh jawatankuasa royalti untuk gula-gulakan rakyat Kelantan.Nak bagi, bagi la royalti minyak tu rakyat Kelantan yang punya bukan hak pusaka Umno.Janji pembangunan untuk rakyat macam Dajal Berkandar janji nak bagi syurga dan neraka.Sokong aku dapat tak sokong aku tak bagi pembangunan.Kempen macam ni rakyat dah tak terima dah tak laku dah!

Zalim tak zalim pemerintah yang ada sanggup bunuh yang seagama dengan mereka, yang sebangsa dengan mereka macam Peristiwa Memali .Mereka halalkan pembunuhan tersebut walaupun cuma lawan akta ISA saja.Bukan mereka lawan dengan senjata api.Mereka dibunuh dan dituduh pengganas walaupun hanya ajar agama kepada penduduk setempat.Jadi tak payah la nak cerita suruh taat kepada pemerintah yang ada.

Sesungguhnya perompak dan penyamun harta rakyat memang kita kena tolak dalam pru 13 akan datang.Betul la apa yang prof Dr Aziz Bari pernah cakap ."Merdekakan diri kita buat kali kedua dengan tolak Umno-Bn dalam pru 13 akan datang."

Dah mengaku jadi parti Setan pun takkan kita nak taat lagi.Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk selamatkan anak cucu kita dan generasi yang akan datang.Tangan anda yang akan mengubah Malaysia daripada kukubesi puak syaitan.Syaitan menangis kalau kita tak dengar cakap dia tapi syaitan ketawa berdekah-dekah kalau kita ikut cakap dia sebab kita tertipu dengan syaitan yang menyerupai manusia yang janjikan kemewahan.Tak cukup lagi ka dah berjanji selama 55 tahun?

1 ulasan:

  1. taat lanjau samalulah najib bahalol

    BalasPadam