Sejak mantan PM Tun Madey kata BN parti Syaitan yang dikenali makin menjadi-jadi nampaknya kerja puak syaitan ni.Bukan cakap kosong rupanya puak bani Syaitan ni tapi ditonjolkan dalam bentuk perbuatan.
Kita pernah dengar kes imam baling kasut kepada hakim dalam mahkamah kerana tak puas hati terhadap kes beliau.Imam tu kini dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana hina hakim.Manakala puak Perkasa (Perkosa) pulak sanggup baling kasut dalam masjid yang juga rumah Allah SWT di Alor Setar ketika Anwar Ibrahim sedang bertazkirah dalam masjid dengan alasan tak ada tauliah.PM Najib juga selalu berceramah dalam masjid adakah Najib juga ada tauliah?Perkasa hina rumah Allah SWT tapi bak kata orang kalau dah jadi syaitan memang tu kerja dia.
Kepada penggemar parti Syaitan tak kiralah dia ada dalam Pas atau dalam PR tergamakkah hang pa nak berUG dengan puak syaitan ni?Tergamakkah kita nak bersatu dengan puak syaitan ni atas nama bangsa dan agama?Bolehkah puak syaitan ni nak pertahankan Islam kalau rumah Allah SWT pun depa sanggup hina?Dan yang paling penting sanggupkah kita undi parti Syaitan dalam pru 13?Saya rasa nak termuntah apabila dengar ada pemimpin yang kata ,"Kita kena bersatu....."
Puak Syaitan yang berada di luar masjid buat bising dengan pembesar suara ketika Anwar bertazkirah dalam masjid di Seberang Pumpong ,Alor Setar.
Sapa berani baling kasut ketika Bik Mama 'tazkirah' dalam masjid?
Kata Timbalan Presiden Pas Hj Muhammad Sabu ketika mengulas insiden baling kasut dalam masjid oleh Perkasa,"Sepatutnya pilihan raya dijadikan pesta demokrasi oleh rakyat di mana mereka berpeluang menentukan masa hadapan negara mereka dengan ceria, bebas dan tanpa rasa takut.
"Tetapi dengan peningkatan keganasan 'syaitan yang dikenali' sehingga ke peringkat menyerang dan membaling kasut ke dalam masjid, ia memberi isyarat yang jelas bahawa mereka mahu menjadi pilihan raya sebagai medah untuk mereka melakukan keganasan.
"Rakyat bukan sahaja terpaksa bersedia menghadapi penipuan dan taktik kotor, malah terpaksa menghadapi keghairahan 'syaitan yang dikenali' untuk mengganas,"lapor Harakahdaily.
Baca juga;
Jangan jadi orang yang 'perkosa' masjid-Harakahdaily
Serang masjid, peserta rombongan nampak ahli Perkasa bawa kerambit-Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan