Polis akui serangan terhadap peserta himpunan Bersih dan wartawan ‘tak bertanggungjawab’-M'insider
Seorang pegawai polis veteran hari ini mengakui serangan terhadap peserta dan wartawan oleh polis semasa himpunan Bersih pada 28 April lalu sebagai “hina tak bertamadun dan tidak boleh diterima”. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa membuat pengakuan tersebut didalam inkuiri dengan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Suhakam ke atas himpunan reformasi pilihanraya 28 April lalu yang telah dicemari insiden ganas dan kelam kabut.
Beliau turut memberitahu SUHAKAM bahawa polis sepatutnya tidak boleh menahan peserta yang bersurai dengan menarik mereka keluar daripada restoran. “Tindakan ini sangat hina tak beradab dan sama sekali tidak boleh diterima. Saya akan siasat dan ambil tindakan, ” kata Khairi. Khairi juga menambah peranan media telah diakui sejak lama dulu lagi dan polis sepatutnya tidak mengganggu mereka kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diberi. “Semasa taklimat pada hari tersebut saya memberitahu mereka kepada bahawa wartawan hanya menjalankan tugas mereka Saya juga berpesan jangan mengasari mereka kerana ia akan mencalar imej polis ” katanya lagi.-M'insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan