Ahad, 31 Januari 2010

Siapa yang bercakap benar?

Ketua Menteri Pulau Pinang ,Lim Guan Eng menyatakan orang Melayu Pulau Pinang tidak terpinggir dan ramai orang Melayu (Bumiputera) dapat kontrak Kerajaan Pulau Pinang pada sekitar 70% berbanding kaum bukan Melayu.

Adakah Melayu Pulau Pinang yang nasib mereka lebih baik di zaman Umno-Bn yang juga Ketua Menterinya bukan Melayu lebih terbela berbanding pada masa sekarang yang juga berketuakan bukan Melayu tapi Dap?Apa sebenarnya suara orang Melayu dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mahu sebenarnya?Bersuara untuk kepentingan peribadi atau kepentingan Melayu? Apa Umno telah buat untuk Melayu Pulau Pinang semasa berkuasa dulu?

Lapor Malaysian Insider;

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.Baca di sini

Pemimpin Pas, Dengar Nii Kami Bukan Ular Sawa, Kami Harimau Belaan

Memang apa yang disebut Ustaz Zholkarnain Abidin dalam blognya itu betul bahawa kita rakyat ni bukan 'ular sawa kenyang' yang hanya pandai telan tapi kita rakyat di alaf baru ini dalam dunia tanpa sempadan ni dah jadi 'harimau belaan' yang akan terkam tuan sendiri kalau tak pandai jaga. Kata Ustaz Zholkarnain;

Rakyat bukan ‘ular sawa’ yang menelan tanpa mengunyah. Rakyat adalah ‘harimau belaan’ yang sanggup menerkam tuannya pada bila-bila masa sahaja kalau tidak dilayan dengan betul.

JK Disiplin tidak boleh melihat Hassan sebagai Hassan, begitu juga Khalid. Lihatlah kepada ‘idealisme’ yang mereka bawa. Khalid dengan idealisme Pakatan Rakyat dan Hassan sebaliknya (saya tidak mahu menyebut ‘idealisme’ Hassan, sebab saya meluat).

Saya percaya juga pada waktu ini, jika ditampilkan Khalid dan Hassan untuk suatu pemilihan yang berkaitan dengan ‘idealisme’ itu, ahli dan penyokong PAS akan memilih Khalid.

Adakah JK Disiplin tidak memahami, meneliti dan merasai gelombang ini? Atau, gelombang ini dipersetankan?Baca di sini


Woi Ini betul-betul ka bikin wayang?

Nampaknya sekarang Parti Keadilan Rakyat pula sedang bergelut dengan Dap sesama sendiri.Sama ada ini hanya lakonan atau betul-betul telah menambahkan lagi persepsi buruk kepada Pakatan Rakyat.Hang kata kat aku ,aku kata kat hang.Dah reda adaaaa saja timbul isu baru .

Umno pula yang bermasalah dengan Ku Li dalam isu royalti minyak dan menyokong kerajaan Pas Kelantan telah memberi kesan buruk pada Umno sendiri . Ku Li kata Mustapa Mohamed hanya kaki bodek dan pengampu dalam Umno. Pergerakkan Pemuda Umno pula desak Khairy letak jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno .Umno cuba mengalih isu dalaman mereka dengan menonjolkan masalah dalam Pakatan Rakyat. Maknanya Umno pun la ni tengah teruk juga tapi isu dalam kelambu mereka cuba ditutup rapi supaya yang nampak buruk hanyalah Pakatan Rakyat. Sama saja hang pa semua ni ..

Berkaitan;
Zahrain dihadap lembaga disiplin, Anwar pertahan Guan Eng
-Malaysian Insider
Ahmad Maslan ajak pembangkang sertai Umno-Malaysian Insider
Anwar akui BN berusaha 'pikat' MP PKR-Malaysian Insider
Anwar:JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR-Malaysiakini
Umno Kelantan tiada kuasa ambil tindakan ke atas Ku Li-Malaysiakini
Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan-Harakahdaily

Mustapa Mohamed Pengampu- Ku Li

Ku Li Ahli Parlimen BN ,Gua Musang tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa Kerajaan Pusat wajib bayar 5% peratus royalti minyak untuk Kelantan.Malah Ku Li menganggap pemimpin Umno Kelantan termasuk Mustapa Mohamed hanya jadi pengampu walaupun mereka tahu sebenarnya royalti itu memang hak Kelantan.

Lapor Free Malaysia Today (Bahasa Melayu);

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah membidas sikap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang pernah menafikan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak.

Katannya, biarpun kawasan yang dituntut didakwa bertindih dengan negara jiran, namun Kelantan sebagai negeri yang berada di kawasan utara dan bersempadan dengan Thailand turut berhak mendapat lima peratus royalti.“Jangan lagi sebut nama Mustapa, bosan saya mendengarnya dan dia tu pengampu,” kata Ku Li pada sidang media selepas
mendedahkan isu royalti minyak Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini baru-baru ini.

Ketika ditanya kenyataan Mustapa bahawa Kelantan akan menerima RM20 juta wang ihsan penghujung Mac depan, beliau menegaskan JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) tidak mempunyai hak untuk mengurus wang tersebut.

“Jangan tanya saya, tanya rakyat Kelantan mereka terima atau tidak wang tersebut, yang jelas sekarang rakyat Kelantan menolak cadangan tersebut,” ujar beliau.Baca di sini

Sabtu, 30 Januari 2010

RM20 Bilion Lesap Setiap Tahun Tak Dapat Dikesan

Kegagalan kerajaan mempelbagaikan nadi ekonomi Negara, menyebabkan pendapatan merosot RM20 bilion dengan dari RM50 bilion kepada RM30 bilion dengan kejatuhan pasaran minyak dunia.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata kerajaan Pusat diancam kelumpuhan sekiranya situasi ini berterusan.

Namun apa yang dikesalkan adalah Umno-BN terus memerah perbendaharaan Petronas agar Belanjawan Perdana Menteri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan.

“Keuntungan Petronas yang turun kepada lebih 60 bilion daripada dekat 100 bilion, sewaktu itu pada tahun 2009, 2008 sumbangan Petronas kepada kerajaan ialah 50 bilion lebih, separuh daripada keuntungan, tetapi 2010 ni, sumbangan Petronas mesti berdasarkan keuntungan 2009, dan 2009 diumumkan bahawa keuntungan hanya 60 bilion lebih saja, maka bergegarlah pihak-pihak kementerian khususnya Menteri Kewangan menghubungi Petronas dan mendesak Petronas membuat pengumuman esok harinya bahawa komitmen Petronas pada Kerajaan pada tahun ini tetap kekal sebagai 50 bilion lebih”, jelasnya.

Ketua Audit Negara melaporkan kira-kira RM20 bilion setiap tahun tanpa dapat dikesan kerana kebocoran dan pembaziran.

“Kita menyebutkan perkara yang berlaku, perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun di mana sebanyak lebih 20 bilion tidak dapat dikesan dan ini dinyatakan oleh Ketua Audit negara memberi komen ini adalah hasil dari 3P iaitu Pemborosan, Pembaziran dan Penyelewengan”, tambahnya lagi.Baca lanjut di sini

Meniaga Politik Lagi Baik Daripada Meniaga Unta!

Keputusan JK Disipilin Pas Pusat yang menggantung jawatan Ahli Parlimen Khalid Samad selama 6 bulan telah menimbulkan macam-macam persepsi terhadap Pas. Jangan terkejut sekiranya keputusan tersebut menyebabkan ada pemimpin Pas peringkat pusat yang malu kepada ahli -ahli Pas dan penyokong Pas sendiri.

Ada AJK Pas Pusat jadi malu bila terima call dan sms yang macam-macam tentang JK Disipilin Pas Pusat terhadap Khalid Samad. Ramai yang menjangkakan hukuman keras terhadap Hasan Ali tetapi yang terjadi adalah disebaliknya.

Ini antara sms yang diterima memperli dan perlekehkan keputusan JK Disipilin Pas terhadap Khalid Samad:

"Hukuman pada Khalid Samad dan Hasan Ali-Tuan Ibrahim buat lawak.Ahli panel tatatertib Pas boleh join team Zunar.Kah kah kah. Dunia dunia.Meniaga politik lagi baik daripada meniaga unta."

"Kawaq(Pencuri) masuk dalam rumah.Khalid jerkah. Tau-tau Khalid yang kena gantung. Kawaq(Pencuri) diberi amaran saja"

Apa boleh buat keputusan telah dibuat,dah tak boleh nak buat apa dah.Nasi dah jadi bubur.Pimpinan Pas masih dalam dunia mereka belum sedar daripada mimpi yang enak.Mereka tidak tahu hatibudi rakyat dan pengundi yang bagi peluang kepada mereka.

Lepas ni akan keluarlah ayat-ayat wala' dan gesa ahli dan penyokong kuatkan tarbiyyah ruhiyyah ,mantapkan ukhwah dan macam -macam yah lagilah untuk kita..

Menarik sila baca;
Umar dan khalid- bila sauh dibongkar

Khalid Jadi Mangsa Dendam Kesumat Puak Anti PR Dalam Pas

Oleh ABDULLAH ABDUL KARIM, EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG

1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk “membersihkan” Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Dicopy n paste daripada blog Jiwo Kelate

Nasib Baik PM Najib Yang Turun Batu Caves

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempat bersalaman dengan penganut Hindu yang menyambut kedatangan beliau ke Batu Caves di sini, malam tadi. Lawatan itu bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu. --foto The Star Oleh AZHAR MAHFOF

Kalaulah pemimpin Pas yang turun ke Batu Caves dalam perayaan agama Hindu aku agak dah kena kata macam-macam dah,jual agama lah , jual Islam lah . Wajib kena belasah. Ni perayaan agama PM Najib oii biar betoiii

Aku tak tau la kot-kot orang Pas pun teringin nak cucuk lidah kat Batu Caves, pada pada lah kalau Satu Malaysia pun.

Hakim Augustine Paul Dalam Pas

Apabila hukuman dijatuhkan ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali ramai orang Pas yang tak puas hati termasuk aku sendiri.Tapi kali ini aku nak cerita luahan hati seorang orang Pas yang tak puas hati yang kata dekat aku.

Apa beza Pas dengan Umno dalam isu Khalid Samad Dan Hasan Ali? Dulu kita marah kepada Hakim Augistine Paul (dah mati dah) kerana jatuh hukum penjara ke atas Anwar Ibrahim, kerana kita anggap keputusan Hakim itu berat sebelah,kena tumbuk rasuk lah,kena belilah dan macam lagi kita kita,semua kita kata lah.Kita kutuk habis-habisan kat Hakim Augustine Paul kerana menganiayai Anwar Ibrahim.Tu cerita lama.

Ada yang kata 'Hakim' yang buat keputusan dalam kes Hasan Ali dan Khalid Samad tu sama saja macam Hakim Augustine Paul dalam perbicaraan kes Anwar Ibrahim.Betoika lagu tu?Kata orang tu lagi kalau kad merah sama -sama la kad merah,kalau sama-sama dah buat salah hukuman yang dijatuhkan mesti serupa .Kalau tak serupa pun beza sikit sudah lah ni beza banyak sangat umpama langit dengan bumi .Kenapa seorang kena gantung jawatan dan sorang lagi hanya dicubit-cubit sayang saja ,bekas cubit pun tak ada!

Kata beliau lagi ,hukuman ke atas Khalid Samad sama saja macam kes Badan Disipilin Umno yang jatuh hukum kepada Ali Rustam dan Khairy Jamaludin yang dituduh amalkan politik wang semasa mereka nak bertanding rebut jawatan dalam pemilihan Umno tahun lepas.Dua-duanya di dapati bersalah amalkan rasuah politik wang .Khairy Jamaludin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding, sementara Ali Rustam tak dibenarkan bertanding mungkin juga kalau masuk bertanding lawannya Muhyidin Yasin boleh kalah! Khairy menang jawatan Ketua Pemuda Umno dan Mukhriz tewas . Mukhriz pula diangkat jadi Timbalan Menteri tapi Khairy yang menang Ketua Pemuda Umno Malaysia tak dapat apa-apa jawatan hingga sekarang dalam kerajaan.

Tauke pun kena kuli pun kena-Khalid Samad

Kata Khalid Samad dalam blog beliau mengenai hukuman gantung jawatan 6 bulan;

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.Baca di sini

Aku sokong Khalid Samad kerana beliau sudah teruji dengan kebendaan di depan mata,habuan dunia yang diketepikan dan tidak bermewah dalam kehidupan.Buktinya kalau Khalid ikut jejak langkah duduk dalam Umno bersama abangnya yang pernah jadi Menteri sudah tentu hidupnya dah senang lenang malah Khalid juga sudah tentu dapat jadi Menteri,tapi Khalid tolak semua tu demi perjuangan Islam.Demi perjuangan Pas.

Khalid Samad juga pernah merengkok dalam ISA tapi tetap istiqamah dengan perjuangan Pas, Hasan Ali masa tu masih Umno lagi masih buta dengan perjuangan Pas.Harus diingat gerombolan yang cari kesenangan dalam Pas dah mula tonjol muka ,dah mula tunjuk taring,tanduk dah timbul sejengkal.Pemimpin yang macam ini jika terus kekal berkuasa Pas akan lingkup ditelan zaman.Usrah mereka usrah projek,usrah rapat dengan pemimpin Umno,bergelap-gelap dengan Umno walau duduk berasingan bilik, usrah cari makan dengan pemimpin Umno.Semua ni ada pada depa tapi depa ingat kita tak tahu,kita tahu semua tu!

Apa pun keputusan JK Disiplin Pas itu zalim dan mengharu-birukan kepercayaan ahli dan penyokong Pas kepada pemimpin.Kata macam mana pun memang zalim dan tidak adil.Lepas ni akan ada la ustaz-ustaz akan motivasi kepada kita cerita bab Sirah dan sejarah dengan ayat-ayat Quran dan Hadis berkenaan isu Khalid untuk halalkan hukuman ke atas Khalid Samad.

Hasan Ali adalah antara manusia yang diminta Tok Guru Nik Aziz supaya dipecat daripada Pas.Maksudnya jawatannya sebagai PJ Pas Selangor itu 'dicincang-cincang lumat ' daripada terus berkuasa di Selangor, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.Beliau tetap kebal dengan jawatannya.

Ada orang Pas bagi tau kat aku,hukuman ke atas Hasan Ali tu ibarat macam cerita P.Ramlee dalam filem 'Anak Bapa' yang buat Mahkamah dalam rumah. Si bapa (R.Tompel) telah jatuhkan hukuman ke atas anaknya(P.Ramlee) yang di dapati bersalah kerana menipu bapanya. Hukuman ke atas anaknya itu ialah dijatuh hukum supaya menikah!

Baca juga
Berkabung-TBO

Jumaat, 29 Januari 2010

Diam! Jangan cakap apa-apa

Kadang-kadang benda yang kita lawan , kita benci jadi kawan dan jadi sahabat.Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka.Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum.Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang , dah pandai nak guna akta rahsia rasmi ,akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.

Jangan cakap apa-apa,jangan komen apa-apa.Bolehka kita kata macam tu bila kita dihukum?Sekarang ni silap sikit nak saman,nak report polis apa punya dayus jadi pemimpin tak berani dengar komen orang.Nak dengar yang baik -baik saja,puji sampai terpejam biji mata.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.-Harakahdaily

Baca juga
Amaran kepada ahli Pas yang dah tua-Fakulti Siyasah Syar'iyah

Hajat Zulkifli Nordin Dibayar Tunai

Aku dah tak mau dah nak kata apa -apa dekat parti yang aku sokong sejak dulu kala lagi ,dah rasa nak berhenti dah tapi main dengan tak puas hati ni kena kata juga ,kena luah juga kalau tidak makan dalam kata orang utara.

Zulkifli Nordin bila bertelagah dengan Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah beliau menyarankan juga supaya Khalid Samad dikenakan tindakan oleh Pas Pusat,sekarang hajat Zul telah dibayar tunai oleh JK Disiplin Pas Pusat dengan kenakan hukuman gantung 6 bulan, nasib baik Pas tak kuasai Kerajaan kalau tidak 6 bulan penjara 6 bulan hilang jawatan.

Tambahan, kata Ust Zolkharnain Abidin dalam blog beliau;

“Tak boleh, kita kena wala’!”

Ungkapan biasa kepada seseorang yang mempersoalkan keputusan atau tindakan pimpinan organisasi Islam.

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.Baca di sini

'Hadiah' Buat Khalid Samad!

Yang seronok dan melompat bila Khalid Samad digantung jawatan bukan setakat penjilat Umno dalam Pas tapi rakan sekutu mereka yang berada dalam Umno. Umno memang geram dengan Khalid Samad kalau tidak takkan orang Umno Shah Alam pijak-pijak gambar Khalid sewaktu demo pertahan kalimah Allah hanya untuk Melayu-Islam.Pas Selangor tak bela pun Khalid Samad dalam isu kalimah Allah sebab 'bos' Pas Selangor dah kata Allah hanya untuk orang Islam!

'Hadiah' buat Khalid juga yang pertahan Kalimah Allah boleh guna oleh orang bukan Islam iaitu sama dengan fatwa Yusuf Al-Qardhawi yang kata Allah itu untuk semua bangsa dan agama.Hasan Ali pula kata Allah hanya untuk Melayu -Islam dan orang Islam sama macam otak orang Umno yang jahil murakabun.Otak hanya pikir takat negeri Selangor, sedangkan Yusuf Al-Qardhawi pikir untuk satu dunia!

'Hadiah' buat Khalid Samad yang bercakap isu baiah tapi dimulakan dulu oleh Hasan Ali dalam perjumpaan dengan blogger2 termasuk blogger Umno.Yang mula-mula dedah tak kena hukum yang tukang cerita kata baiah tu memnag ada kena hukum gantung!

'Hadiah' buat Khalid Samad yang disukai Tok Guru Nik Aziz tapi dibenci puak-puak talibarut yang mau kepada UG tapi dah tutup buku.Lawan UG kena gantung yang nak UG hanya kena 'Warning'.

Keadilan nampak berat sebelah sebab Khalid hanya anak tiri sedangkan Hasan Ali anak emas. Baik macammanapun anak tiri lah katakan...tentu anak emas juga yang baik kalau perangai macam setan pun!

Dulu kita kata VK Linggam ada hubungan dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin sebab depa dua pi melancong sekali luar negeri. Tuan Ibrahim Tuan Man apa kurangnya dengan Hasan Ali biasa satu pentas forum perdana ehwal Islam, takkan tak dak apa-apa kot pengaruhi keputusan Jawatankuasa Disiplin Parti buat keputusan!

Adakah Khalid samad akan merayu? Khalid pernah berkata walau apa pun keputusan beliau takkan merayu,sekarang terserah kepada yang empunya diri buat keputusan.Yang pasti keputusan yang berat sebelah itu tetap untungkan Umno dan mengecewakan golongan yang anti UG! Umno dok gelak sakan dekat Khalid Samad dengan keputusan gantung 6 bulan jawatan Khalid! Puas hati hang pa!

Sayang-sayang buah kepayang
Manakan sama buah keranji
Sini sayang sana pun sayang
Sayang lagi Si Hasan Ali

Baca juga
Tahniah Umno(2)-Penarik beca

Khalid Samad Digantung 6 Bulan ,Hasan Ali Hanya Diberi Amaran

Keputusan Jawatankuasa Dispilin Pas Pusat memutuskan Khalid Samad digantung jawatan sebagai Pengerusi Lajnah Politik Pas Pusat dan YDP Pas Shah Alam selama 6 bulan sementara Hasan Ali PJ Pas selangor hanya diberi amaran saja.Adakah keputusan Jawatan kuasa Disiplin Pas itu adil atau berat sebelah?

Hasan Ali PJ Pas Selangor itu pernah memanggil blogger-blogger termasuk blogger Umno dirumahnya bersama Timbalan Presiden Pas Nasarudin Mat Isa mendedahkan isu baiah dalam Pas yang membawa kepada timbulnya isu baiah dalam Pas tahun lepas.Keputusan badan disiplin Pas itu dilihat agak berlembut dengan Hasan Ali berbanding hukuman yng dikenakan kepada Khalid Samad.Khalid Samad adalah orang yang menentang kuat hubungan Umno-Pas dalam isu kerajaan perpaduan,Khalid pernah berkata dalam ucapannya menyentuh isu UG dengan Umno dalam Muktamar Pas tahun lepas ,"Kita sayang kepada mereka(UMNO) tapi mereka tidak sayang kepada kita."

Lapor Malaysiakini;

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.Baca di sini

Harakahdaily pula melaporkan;

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.Baca di sini

Baca juga
Hasan Ali Dedah Rahsia Pas Juga..-Perisik Rakyat
Tahniah Umno!-Penarik Beca

Baru Nak Hulur Kuku Dah Kena Tangkap

Malaysia memang tak ada hak untuk rakyat bersuara,cakap pemimpin Umno memang tak boleh pakai penipu besar .Sedap dan manis hanya di mulut tak lebih daripada itu.Para pelajar yang tak puas hati ditangkap dan dilokap itulah kerja Kerajaan Bn untuk tutup mulut para pelajar yang cuba bangkit daripada kelesuan yang dah bertahun. Pemimpin pelajar yang cuba mengerakkan reformasi supaya pelajar IPTA tak dikongkong hak mereka telah dirantai besikan dengan memanggil pihak polis untuk menutup pintu dan lubang penyelewengan pihak Universiti terhadap pelajar IPTA.

Isu pelajar IPTA biarlah pihak Universiti yang selesaikan bukan dengan memanggil fru dan polis untuk selesaikan masalah. Kenapa pihak universiti takut dengan demontrasi para pelajar jika pihak Universiti tak bersalah.Mereka adalah pemimpin masa depan negara ,kenapa panggil polis untuk takut-takutkan mereka?

Lapor Malaysian Insider;

Pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam berakhir dengan demonstrasi petang ini, menyebabkan lima pelajar institusi pengajian tinggi itu ditahan polis.

Kumpulan pelajar yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, yang berlangsung semalam, mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid UKM selepas solat Jumaat tadi.

Mereka mendakwa wujud penipuan khususnya membabitkan kiraan undi di Fakulti Kejuruteraan dan “amalan tidak” pengundian di peringkat kolej.Baca di sini

Si Cerdik Menipu Si Cerdik

Pelajar IPTA awam dikatakan sedang mengamuk dan berang kerana kumpulan yang di gelar pro Mahasiswa boleh dikatakan hampir kalah di semua IPTA gara-gara sistem undi cara elektronik dan berkomputer.Budak-budak Universiti ni budak -budak cerdik,kalau tak cerdik dan tak pandai tak boleh masuk U. Sudah tentu mereka tahu sistem pengundian cara baru itu telah memperdaya mereka supaya golongan yang digelar pro Aspirasi boleh menang.

Menang kalah adat berlawan tapi kalau kalah disebabkan penyelewengan dan penipuan siapa yang tak geram dan marah.Mungkin mereka rasa diri mereka diperbodohkan oleh pihak Universiti dengan sistem pengundian cara baru kali pertama dalam pilihanraya universiti tempatan.

Adakah pola pengundian di semua IPTA ini gambaran kepada PRU-13 akan datang?Kalau dalam U pun berlaku penyelewengan pengundian apatah lagi dalam pru akan datang, tak berlaku semua tu.Kerja kerja mensabotaj rumah-rumah ibadat ini bukankah agenda pru akan datang? Sentimen antara agama dimainkan pihak -pihak tertentu untuk mereka terus berkuasa selepas pru 13 berlangsung. Agenda kotor dan jijik ini dijangka berterusan hingga sampai tarikh pilihanraya akan datang.Rakyat yang bijak saja tidak akan termakan agenda kotor ini.

Menurut laporan Malaysiakini;

Pelajar Universiti Malaya (UM) dari kumpulan pro-Mahasiswa yang tewas pada pilihan raya kampus semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Ketika ini, perbincangan sepuluh wakil pelajar berkenaan dengan Naib Canselor, UM, Ghauth Jamsoon dihentikan seketika untuk solat Jumaat.



Berkaitan
Pilihanraya Kampus Kecoh, Pro M Kepung Pejabat TNC- mStar online
Pelajar ugut lakukan demontrasi jalanan-Malaysiakini

Jika Orang Islam Kena Bertaubat-Idris Ahmad

Ketua Penerangan Pas Pusat berkata pelaku yang lontar kepala babi hutan kena bertaubat jika ia melibatkan orang Islam.Nampaknya ramai pihak lebih berat mengatakan yang buat kerja tu orang Islam walaupun tidak ada kepastian pihak mana yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Lapor Harakahdaily;

Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad menyeru individu atau kumpulan yang terlibat dalam insiden melempar kepala babi ke dalam perkarangan dua masjid di sekitar Jalan Klang lama Selasa lalu agar segera bertaubat dan menginsafi perbuatan terkutuk itu.

Idris berkata, perbuatan mencemarkan rumah ibadat itu jelas bertujuan provokatif bagi mewujudkan suasana tegang di antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Saya minta kalaulah orang yang buat perkara ini orang Islam, dia harus segera bertaubat kepada Allah S.W.T kerana adalah satu dosa mencemarkan rumah ibadat apatah lagi rumah Allah ini.

"Kalau yang buat ini orang bukan Islam, saya harap dia tidak lagi mengulangi perbuatan ini kerana ia sangat sensitif kepada semua pengganut apa-apa agama di negara kita,"katanya ketika ditemui sewaktu melawat tempat kepala babi itu dilontarkan di Masjid Al-Imam Al-Tarmizi, Taman Sentosa semalam.

Harakahdaily

Royalti Bukan Wang Ehsan, Wang Ehsan Bukan Royalti-Ku Li

Tengku Razaleigh tetap mempertahankan kenyataannya dengan berkata Kerajaan Pusat wajib bayar 5 % hasil minyak dibayar dalam bentuk royalti kepada kerajaan negeri Kelantan bukannya wang ehsan yang diberikan kepada JPP yang dikuasai Umno Kelantan sebanyak RM20juta pada mac nanti.

Beliau juga tidak kisah apa orang nak kata akan kehadirannya dalam ceramah isu minyak Kelantan malam tadi di Stadium Sultan Mohammad ,Kota Bharu dan tindakannya itu juga dapat restu pihak Istana Kelantan.

Lapor Malaysian Insider;

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan pada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.-Malaysian Insider

Berkaitan;

Ku Li:Kelantan berhak dapat royalti minyak-Harakahdaily

Khamis, 28 Januari 2010

Menantu Tok Guru Letak Jawatan 31 Januari

Isu membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang tadi, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

Isu membabitkan Ariffahmi timbul ekoran wujud dakwaan berlaku penyelewengan sehingga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malayasia (SPRM) membuka fail siasatan.

Kesnya tersebar kepada umum ekoran sebuah blog milik bekas pegawai PMBK yang mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Ketika ditemui beliau memberitahu telah menerajui agensi korporat milik kerajaan negeri itu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama lima tahun dua bulan.-Harakahdaily . Baca lanjut di sini

Zaid Ibrahim hanyalah 'sampah Umno'- Zulkifli Nordin

Selepas Zulkifli Nordin menyerang hebat rakannya daripada Pakatan Rakyat iaitu Khalid Samad, kini Zulkifli Nordin beralih angin menyerang pula rakannya daripada PKR iaitu Zaid Ibrahim yang dianggapnya macam sampah Umno saja tak lebih daripada itu. Mari kita baca apa Zulkifli Nordin kata dekat Zaid Ibrahim.

Kata YB Zul;

Zaid turut mengambil peluang mendakwa saya bukanlah seorang pejuang Islam. Saya tidak pernah mendakwa saya seorang pejuang Islam, walaupun saya cuba sedaya-upaya memperjuangkan isu-isu Islam.

Saya juga didakwa oleh Zaid bertindak saperti 'jaguh UMNo'. Sekurang-kurangnya ada juga pengiktirafan saya ni jaguh. Sedangkan pada saya Zaid Ibrahim hanyalah 'sampah UMNo' yang sudah tidak dterima. Cubaan beliau untuk mendapat kedudukan dalam UMNo bahagian pun ditolak. Pada saya, beliau hanyalah 'barang buangan UMNo' sahaja.Baca lanjut di sini

Lempar Kepala Babi Hutan Perbuatan Tak Bermaruah-Tok Guru

Tok Guru Nik Aziz menyifatkan perbuatan melontar atau melempar kepala babi hutan ke dalam kawasan masjid sebagai satu perkara yang tak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama. Masalahnya siapa yang buat kerja terkutuk itu? Adakah orang Melayu yang makan upah sanggup buat kerja tu walaupun dia beragama Islam? Macam-macam andaian dibuat dan siapa pula 'budak-budak nakal' yang akan didakwa kerana lempar kepala babi dalam kawasan masjid selepas ini?

Sama ada mereka 'budak-budak nakal' atau 'bapa budak' ianya satu perbuatan yang jijik dan amat hina ,malah jika orang yang terlibat itu beragama Islam bermakna dia sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit dan habuan dunia walaupun dalam Rumah Allah yang mulia.

Kata Tok Guru dalam laporan Bernama;

"Perbuatan mereka yang cuba membakar dan melemparkan sesuatu yang haram dari segi agama di rumah ibadat adalah perbuatan tidak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian dua bungkusan kepala babi di lontar ke dalam kawasan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan dua lagi di Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

Berkaitan;
Memburu dari mana datangnya kepala babi-Malaysiakini

Wang Ehsan Tak Berkat- Ketua Penerangan Pas Pusat

Ustaz Idris Ahmad berkata salah satu punca punca projek pembangunan di Trengganu yang buat projek guna duit ehsan hasil minyak yang dibayar Kerajaan Umno -Bn runtuh adalah kerana hasil duit yang diperolehi itu tak berkat dan beliau menggesaKelantan jangan ikut langkah Trengganu jika mahu selamat daripada bala duit ehsan itu. Pendek kata duit ehsan itu akan bawa bala pula ke Kelantan negeri yang bergelar Serambi Mekah.

Kata Ustaz Idris dalam blog beliau;

PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.

Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.

Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.

Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.

Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.

PAS berharap momento tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka. Baca penuh di sini

Kepala Babi Hutan: Hutan Punya Dalam Baru Ada

Aku sembang dengan satu orang Cina yang jumpa di restoran cerita pasai kepala babi hutan yang dilempar ke dalam kawasan Masjid di Petaling Jaya. Aku tanya dia agak -agak sapa punya kerja?

Kata Cina tu, "Ini gila punya orang buat kerja tu, ini kerja orang yang tak ada kerja suka bikin kacau, bikin wayang kasi susah semua orang."

Kata Cina tu lagi, "U ingat woo, itu kepala babi hutan woo bukan kepala babi pekan punya. U ingat senang boleh dapatka itu kepala babi hutan ."

Aku tanya, "Mana boleh dapat ?"

Kata Cina tu, "Itu kepala haa, hutan punya dalam baru ada..kampung sana Orang Asli punya tempat baru boleh dapat."

Kata Cina tu lagi, "Ini semua kerja bikin kasi malu luar negeri punya orang. Orang luar cakap apa ini Malaysia ini macam punya kerja pun ada ka."

Baca juga
Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kepala Babi-Bernama

Wang Ehsan : RM20 Juta Pun Tak Pa Janji Duit 'Free'

Husam Musa Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata sepatutnya royalti minyak yang dibayar dalam bentuk wang ehsan diterima Kelantan ialah RM40 juta bukan RM20 juta yang dibayar Kerajaan Pusat kepada JPP Kelantan yang dikuasai Umno Kelantan.Baca di sini

Umno nak peduli apa dapat Rm20 juta pun bukan keluar peluh setitik pun janji duit 'free' apa nak kisah sangat. Esok-esok dah habis belanja boleh mintak lagi kata yang Pusat bagi tu tak cukup tambah lagi RM20 juta jadi juga RM40 juta.

Duit ehsan RM20juta itu boleh dibelanjakan untuk tawan hati rakyat Kelantan untuk sokong Umno atas nama pembangunan.Faktor utama kenapa Pusat bagi duit ehsan ialah untuk tumbangkan Kerajaan Pas Kelantan yang dah berkuasa 20 tahun di Kelantan. Kalau pemimpin Pas Kelantan tak berhenti daripada politiking sesama sendiri jalan keluar untuk Pas berkuasa semula di Kelantan akan ditunjukkan oleh kuasa wang ehsan seperti nasib Pas Trengganu yang tumbang pada tahun 2004 yang lalu.

Mustapa Mohamed yang pernah berkata Kelantan wang ehsan pun tak layak dapat sekarang bersama -sama Awang Adek mengalu-alukan kedatangan Wang Ehsan ke Kelantan dengan penuh kegembiraan.

Pakat-Pakat Kutuk Pakat-Pakat Lempar

Di Palestine bila Israel laknatullah serang dan bom rakyat Palestine di Gaza semua pemimpin dunia yang masih ada perikemanusiaan akan kutuk Israel tapi bila dah reda Israel serang dan bom lagi rakyat Palestine .Kita tentu tak mahu perkara yang sama berlaku di Malaysia di mana hakikat rakyat berbeza agama dan bangsa dah jadi asam garam kehidupan.

Apabila 4 biji kepala babi dilempar atau dibaling masuk ke dalam kawasan Masjid di Petaling Jaya semalam semua pemimpin BN dan Pakatan Rakyat pakat -pakat kutuk 'serangan' berunsurkan agama itu .Semasa 'serangan ' ke atas Gereja memuncak sehingga ada yang dibakar beberapa minggu yang lalu tindakan yang sama diambil pemimpin Bn dan Pakatan Rakyat kutuk 'serangan' bom petrol ke atas rumah ibadat orang Kristian itu.

Tindakan biadab letak kepala babi dalam Kawasan Masjid itu dirancang rapi dan bermotifkan politik kotor untuk menimbulkan suasana sentiasa tegang dan dengan itu semangat perjuangkan bangsa akan ditiupkan untuk cetuskan perkauman.

Yang kutuk terus mengutuk yang lempar kepala babi hutan mereka teruskan kerja mereka, sampai bila akan berterusan adakah sehingga menjelang pru akan datang kerja-kerja khianat ini akan terus berlaku. Siapakah 'tangan-tangan ghaib' yang jadi dalang utama bom dan lempar kepala babi hutan ?Adakah mereka dibayar pihak-pihak tertentu untuk buat kerja khianat ini?

Baca juga;

Pemimpin BN,Pakatan kutuk tindakan cemar Masjid dengan kepala babi-Malaysian Insider
Muhyidin marah terhadap kejadian di Masjid-Malaysian Insider/Bernama
Azmin:Saya ada maklumat ahli Umno bakar gereja-harakahdaily

Rabu, 27 Januari 2010

Kenyataan Media Nurul Izzah Isu Lempar Kepala Babi

Melalui email yang dihantar ke blog ini;

Kenyataan Akhbar Untuk Sebaran Segera

JANGAN JADI MANGSA KEPADA AGEN PROVOKATOR!
KUTUKAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP SERANGAN KE ATAS MASJID-MASJID


Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.

Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan dirubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokator jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.

Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.

Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
27 Januari 2010

EN Version:

Press Statement for Immediate Release

Resist Retaliation! Condemn the Vile Attacks on Mosques

This latest attack on a place of worship, specifically at At-Tirmizi Mosque, Lembah Pantai, is yet another in the series of attempts to destroy the peace and harmony of our country by certain elements.

This vile act is meant to destroy our harmonious pluralism and our democracy. We must not let them succeed nor must we allow these cowardly actions to frighten us.
My visit coincided with that of the IGP and his leadership. I urge them to investigate this matter thoroughly and focus all their attention on combating such attacks rather than dissidents of the BN led government.

I also call upon the government to set up a Royal Commission of inquiry into such attacks. The carefully choreographed attacks are eerily similar and require an independent entity to ensure no political stone is left unturned in bringing the perpetrators to justice.
No thinking Malaysian would attack a place of worship. No religion condones such violence and we hope that all men and women of goodwill shall condemn these recent sectarian provocations.

Members of the public who have information on these incidents have a moral responsibility to come forward. Our focus is to ensure peace and calm at all time. We remain undaunted in the face of such provocations. This episode will only bring us closer together –let us prove that the Malaysian spirit will triumph in the face of such tribulations. Our country is going through a difficult time, and this is all the more reason for us to draw closer together, rather than stand apart.

I will be joining the At-Tirmizi Mosque congregation tonight. The police have also given me their assurance that the OCPD of Brickfields will also be in attendance. This is the time to work together, not stand poles apart.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai
27 January 2010


Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Brahim Ali Tergedik-gedik Dalam Isu Minyak

Brahim Ali yang tiada kerajaan dan jadi ahli Parlimen Bebas sekarang ini begitu kuat membodek Umno parti yang pernah disertainya suatu masa dulu.Apa yang Umno kata semua Brahim Ali anggap dan sejalan dengan otak Brahim.Mungkin orang Kelantan lebih arif siapa Brahim Ali.

Gempar 'keling' Brahim nak bawa isu tuntutan minyak Kelantan ke Mahkamah hanyalah sekadar lawak dalam program Raja Lawak kat Tv astro saja tak lebih dari itu.Mungkin gandingan Brahim Ali dan Zulkifli Nordin akan jadi lebih mantap menyokong Umno daripada luar Umno.Brahim pun sedar tak lama lagi Umno Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan akan dapat RM20 juta duit Ehsan yang dibayar Kerajaan Umno-Bn di peringkat Persekutuan, jadi lagi kuat Brahim meraung-raung hentam Pas dalam isu royalti minyak Kelantan makin besar peluang Brahim untuk kongsi sama duit Ehsan yang berjumlah RM 20 juta itu.

Brahim sanggup jadi Pak Yet Umno daripada luar asalkan dapat sedikit imbuhan yang akan melimpah ruah hasil duit ehsan yang dikuasai pemimpin Umno Kelantan tak lama lagi.Brahim tak boleh fikiran Bebas walaupun beliau tak ada parti kerana hati sanubari Brahim tetap Umno dalam dan luar. Hasil kebijaksanaan Brahim main politik kotor untuk terus jadi calon di Pasir Mas dalam pru 12 yang lalu Pas Kelantan turut termakan umpan Brahim dan sekarang Brahim sedang menuang racun sebagai balasan atas kebaikkan Pas membenarkan beliau guna lambang Pas sewaktu bertanding di Pasir Mas dalam pru yang lalu.

Ku Li yang juga Umno ,tapi Umno Ku Li lebih berprinsip dan tidak mengikut telunjuk pemimpin Umno yang gila kuasa dan mabuk wang hingga sanggup gadai prinsip dalam perjanjian antara kerajaan Negeri dan Petronas yang jelas mengatakan 5% hasil minyak mesti dibayar tunai dalam bentuk royalti.Tapi otak Brahim dengan lain-lain pemimpin Umno sealiran dalam bab berebut duit yang berjuta-juta .Umno parti yang tak pegang prinsip dan perjanjian tapi Umno parti yang duit adalah segala-galanya. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas tentu ketawa saja tengok kegedikkan Brahim dalam isu minyak ini.

Berkaitan
Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Ke Mahkamah-Bernama

Pelajar Universiti Antara 50 Orang Ditahan ISA

Mengejutkan tanpa ada sebarang tanda-tanda awal dalam senyap-senyap seramai 50 orang termasuk pelajar Universiti tempatan telah ditahan di bawah akta zalim ISA kerana dituduh terlibat dengan keganasan.

Lapor Malaysiakini;

Lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam keganasan, demikian menurut peguam Edmund Bon.

Menurut Edmund yang merupakan peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mereka ditahan Khamis lalu dan dibawa ke ibupejabat polis Bukit Aman.

Menurutnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan Jumaat lalu, manakala 12 lagi masih ditahan.

Edmun juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.-Malaysiakini

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi Tv selangor berkata, pihaknya akan membuat kenyataan media berkenaan isu itu.

"Setakat ini ia masih lagi difahamkan dan kita tidak punya butiran lengkap lagi. Sekarang kita dalam usaha mengumpul maklumat. Bagi kami masa siasat dakwaan ini. Kemungkinan esok kami akan buat kenyataan," kata Syed Ibrahim.

Lontar Kepala Babi Dalam Kawasan Masjid: Memang Babi!



Gambar di atas daripada TVSelangor.com

Insiden terbaru dalam isu agama dikejutkan lagi dengan pihak-pihak tertentu yang sengaja cetuskan sentimen antara kaum dan agama dengan melontarkan kepala babi dalam kawasan masjid di sekitar Lembah Klang.Satu penghinaan yang amat berat dan meruntun rasa tidak tenteram di kalangan umat Islam ketika ini.Insiden ini boleh cetuskan suasana yang lebih teruk dan tindakbalas yang tak dijangka mungkin diterima pula oleh rumah ibadat lain. Siapa dalang utama lontar kepala babi ini?

Lapor Malaysiakini;


Kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Taman Sentosa.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu.

Menurut wartawan Malaysiakini, yang berada di lokasi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.Baca di sini

Tambahan, Berita Harian Online pula melaporkan seperti berikut;

Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.

Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.

Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.Baca di sini

Berkaitan
Dua Masjid Dilempar 4 Kepala Babi, KPN Minta Rakyat Bertenang-Utusan Malaysia Online
Dua Kepala Babi Diletak Di Depan Masjid Jumhuriah-TVSelangor.com

Enjin Jet Hilang: Lagi Mahal Kereta Porsche dan Lamborghini

Enjin Jet pesawat F5E yang hilang dikatakan hanya bernilaiantara RM300,000 dan RM 400,000 saja seketul mengikut kata Pengerusi Kira-Kira Awam , Datuk Azmi Khalid yang dah selesai buat siasatan.Kehilangan enjin tu pula tak ada kaitan dan kena mengena dengan pegawai peringkat atasan TUDM. Yang curi tu hanya libatkan pangkat rendah la maksudnya.

Nilaian yang pada mulanya dikatakan RM50 juta sebiji dah jadi begitu rendah kepada enjin jet yang boleh terbang.Enjin yang tak boleh terbang lagi mahal! Kereta Lamborghini dan Porsche lagi mahal daripada enjin jet yang cecah jutaan ringgit tapi tak boleh terbang.Angka yang diberi pula tidak tepat berubah ikut Menteri yang cakap. Kita kena tipu lagi daripada segi angka yang berubah-ubah ikut sedap Menteri nak cakap! Kenapa tidak serah kepada Ketua Audit Negara untuk beri nilai sebenar enjin Jet F5E yang dibeli itu?

Lapor Malaysiakini;

Azmi juga menolak dakwaan dalam media bahawa kos enjin tersebut melebihi RM50 juta.

Sebaliknya, kata beliau, kadar pertukaran wang sekarang menunjukkan kos kedua-dua enjin tersebut ialah RM400,000 tiap satu."PAC mendapati memang ada kelemahan dalaman (TUDM) berlaku tetapi kita tidak nampak ada penyelewengan di peringkat atasan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kedua PAC dengan Kementerian Pertahanan dan TUDM berhubung kes berkenaan di Bangunan Parlimen hari ini.



Selasa, 26 Januari 2010

Bukan Aku- Amran Harun


Bila baca berita kata Pegawai Khas MB Perak telah ditahan SPRM dalam kes penyeludupan pasir dan hadiah seks oleh berita TV3 dan TV9 terbayang aku akan wajah Amran Harun yang sentiasa bersama MB Nizar kemana saja beliau pergi.Orangnya hitam manis dan sentiasa tersenyum dan bekerja kuat untuk Pas Perak dalam pru -12 yang lalu.

Aku pun telefon tanya dia, "Apakah yang dilaporkan media pro Umno itu siapa yang sebenarnya"? Jawab Amran dengan ketawa, "kita tengok la nanti siapa orangnya yang pasti bukan aku.Kita dah bagi tempoh 24 jam kepada media pro Umno itu untuk minta maaf dan tarik balik kenyataan mereka".

Lapor Malaysiakini;

Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk TV3 dan TV9 memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang cuba mendapatkan video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.

Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapt maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.-Malaysiakini

Inilah skrip lama media Umno yang suka putarbelit berita walaupun mereka bertaraf profesional dalam media kewartawanan.Mereka tidak serik-serik dan jadi ketagih untuk buat berita palsu untuk memburukkan 'musuh' politik mereka supaya dipercayai rakyat.

Mana Lagi Hebat YB Zul Dengan Yusuf Al-Qardhawi ?

Berikut apa yang ditulis Zulkifli Nordin dalam blog beliau;

Cuma yang peliknya, sampai sa'at saya menulis ini, saya masih belum menerima apa-apa notis untuk menghadiri apa-apa prosiding jawatankuasa disiplin atau Biro Politik yang katanya nak bersidang hari ini untuk menentukan tindakan terhadap saya. Sedang Fira'un-Fir'aun Kecil ini sudah pun dalam proses mencincang lumat saya didalam media sana sini, tapi sehingga kini saya tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau hak membela diri.

Yang saya diberitahu, cuma ada satu taklimat khas oleh DSAI untuk semua wakil rakyat dan pimpinan tertinggi PKR pagi ini berkaitan kes liwat yang akan bermula minggu depan. Itupun saya telah maklumkan saya tidak dapat hadir kerana sudah ada program terdahulu yang tidak dapat saya batalkan. Baca lanjut di sini

Apa pun, saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Moga ALLAH memberikan keampunanNya kepada saya dan memberi petunjukNya. Ameen.


Sementara itu Yusuf Al-Qardhawi ulama yang dihormati ramai di seluruh dunia ,seperti yang dilaporkan harakahdaily menjelaskan seperti berikut dalam isu Kalimah Allah;

Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.

Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.

"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini.

"Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.Baca di sini

AMK Selangor hantar 'Disneyland' kepada SPRM





Pagi tadi kira-kira jam 11.30 pagi AMK Selangor telah hantar 'rombongan' ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam dengan membawa replika 'Disneyland' sebagai satu 'reminder' kepada SPRM supaya membuka segera kes siasatan dalam isu lawatan Khir Toyo mantan MB Selangor ke Disneyland yang menelan belanja RM 1,863,302 juta dalam tahun 2004. Lawatan itu dikatakan turut membawa anak isteri Khir Toyo beserta pembantu rumah beliau sekali.

Pejabat baru SPRM ialah di Bangunan PKPS berhadapan Hotel Bluewave di Shah Alam. Pejabat lama ialah di Bangunan Plaza Masalam ,tempat kematian Teoh Beng Hock yang mati ketika disiasat SPRM tahun lepas.Punca kematian tidak diketahui hingga sekarang.

Seorang daripada AMK Selangor dalam ucapannya di bangunan PKPS berkata mereka rasa kesal dengan penahanan Pegawai Khas Exco Yaakob Sapari iaitu Hussein Ahmad tanpa sebarang bukti kukuh dan direman 5 hari .AMK mendakwa SPRM tidak buat siasatan terhadap Khir Toyo walaupun ada bukti kukuh dikemukakan dan mempersoalkan kenapa Khir Toyo tidak ditahan dan direman seperti yang dikenakan terhadap Hussein.

AMK Selangor juga memakai telinga ala 'mickey mouse' yang bertulis mengecam SPRM sebagai satu peringatan bahawa SPRM jangan berat sebelah dalam mendakwa mana-mana pihak dan jangan pilih bulu.

Orang Pas Jangan Terpengaruh Dengan Agenda Sulit Zul

Sekarang ni rakyat biasa macam aku ni dah terasa bahang-bahang Pakatan Rakyat akan alami nasib buruk jika terus terima orang macam Zulkifli Nordin dalam Pakatan Rakyat.Orang Pas sendiri terikut-ikut rentak politik Zul yang cuba jadi Hero Islam dalam Pakatan Rakyat.Mereka percaya bulat-bulat apa saja yang Zul sebut tentang isu Kalimah Allah .Mainan politik licik Zul telah berjaya kucar-kacirkan orang-orang Pas supaya membenci Khalid Samad dengan membuat report polis terhadap Khalid Samad.


Tindakan AMK Keadilan yang diketuai Shamsul Iskandar supaya Zul dikenakan tindakan disiplin harus dipuji berbanding sikap berdiam diri Pemuda Pas Pusat dan dan Pemuda Pas Selangor yang jadi ular sawa kenyang hanya berdiam diri tak kata apa bila gambar Khalid Samad dipijak-pijak sedangkan Khalid Samad adalah ahli Parlimen Pas dan Yang Dipertua Pas Shah Alam.Tidak ada sebarang tindak balas daripada Pemuda Pas Pusat seolah-olah mereka rasa puas hati tindakan Zul yang cuba mencelakakan Pas dan Pakatan Rakyat.

Tindakan Zul yang buat report polis itu hanya menguntungkan Umno-Bn dan seolah-olah itulah kerja Zul yang duduk dalam Pakatan Rakyat menjahanamkan Pas dan juga Pakatan Rakyat daripada dalam.Apa beza penulis-penulis upahan Umno dalam dunia Cyber dengan Zul ? Sama saja dengan apa yang dilakukan Zul itu terhadap Khalid Samad.

Mungkin juga orang Pas yang sokong Hasan Ali rasa seronok dengan mainan politik licik Zul itu sebab itu di Selangor Khalid Samad dirasakan macam keseorangan dalam mempertahankan dirinya dalam isu Kalimah Allah.Orang-orang Pas yang pro Hasan Ali rasa seronok dengan mainan politik kotor dan jijik Zulkifli Nordin daripada mempertahankan Khalid Samad daripada parti yang satu bendera dengan mereka.

Kalau zaman Almarhum Fadzil Nor tidak mahu tengok muka Zul kenapa kita terkinja-kinja nak julang Zul itu sebagai wira Melayu-Islam yang penuh dengan gambaran yang salah.Mainan politik Zul yang hanya berani dengan report polis tapi tidak sanggup untuk berhujah dalam isu Kalimah Allah menampakkan tembelang sebenar beliau untuk hancurkan Pakatan dan Pas sendiri.

Kita kena ingat Pas berkocak macam manapun sesama sendiri,berbeza pendapat,berbeza pandangan tak dak pula sampai main-main report polis ni tapi Zul sanggup buat demikian kerana beliau ada agenda yang telah lama dilakukan beliau secara halus dan hari ini tembelang itu telah pecah tapi masih ada orang Pas yang bangang dan pekak terikut-ikut rentak politik Zul itu.Pemuda Pas Selangor dan Pemuda Pas Pusat patut malu dan cubalah buka biji mata luas-luas kepada tindakan AMK Shamsul Iskandar yang berani bersuara supaya Zul dikenakan tindakan disiplin . Yang pasti Pemuda Pas dah jadi ular sawa kenyang dalam isu ini.

Zulkifli Nordin sebenarnya dah terjerat dalam isu kalimah Allah sebab tu dia pusing cerita kata Khalid Samad hina agama Islam dan Sultan kerana pemimpin Umno sendiri benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.Sebenarnya beliau saja cari jalan nak kenakan Khalid Samad dengan isu baru sebab beliau tahu di Selangor penyokong Pas dah berbelah bagi antara Khalid dan Hasan Ali.

Peluk Jangan Tak Peluk

Gambar di atas dicopy daripada harakahdaily.

Rosmah Mansur isteri PM sedang memeluk Lee Chong Wei setelah berjaya jadi Juara Terbuka Malaysia dalam sukan badminton sebanyak 6 kali. Baca di sini

Satu Malaysia apa nak kira haram halal jangan kira ,janji seronok semua dah tak ingat dosa pahala. Mufti-Mufti yang makan gaji dan elaun tolong -tolong tegur sikit jangan jadi ular sawa kenyang bila maksiat depan mata tak berani bersuara.

Isnin, 25 Januari 2010

Hussein Ahmad Dibebaskan Tanpa Syarat


Berikut apa yang diemailkan ke dalam blog ini oleh media pekerja tanpa edit keyataan Exco Yaakob Sapari mengenai kes Pegawai Khas beliau Hussein Ahmad yang telah dibebaskan tanpa syarat oleh mahkamah;

Kenyataan Media
25 Januari 2010

Lagi tindakan SPRM dipersoalkan

Mahkamah Majistret Kajang pada jam 12 tengahari tadi telah membebaskan pegawai khas Exco Selangor Hussein Ahmad yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lepas setelah tahan reman selama lima hari tamat pada hari ini.

Walaupun beliau telah dibebaskan tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret, Hussein hanya dibenarkan pulang oleh SPRM pada jam 3 petang setelah mendepositkan wang jaminan (bond) sejumlah RM1,000 kepada SPRM, bukannya kepada pihak mahkamah.

Kami difahamkan jaminan tersebut dikenakan di bawah Akta SPRM Perkara 49(2) dimana Pengarah SPRM boleh mengenakan sejumlah wang jaminan yang dikehendaki sebagai syarat “membebaskan” seorang tahanan. Akan tetapi, Pengarah SPRM juga berkuasa untuk tidak berbuat demikian.

Apakah dasar pihak SPRM menggunakan kuasanya di bawah peruntukan tersebut? Jika mahkamah telahpun membebaskan Hussein tanpa syarat, mengapakah pula pihak SPRM mengenakan wang jaminan? Tambahan pula, Hussein tidak didakwa di mahkamah.

Keyakinan masyarakat umum terhadap SPRM telahpun terhakis sejak kes kematian mendiang Teoh Beng Hock. Maka tindakan SPRM ini akan dilihat sebagai hukuman tambahan ke atas Hussein yang telahpun memberi kerjasama semasa ditahan reman selama lima hari itu.

Dengan ini kami menyeru agar pihak SPRM menjalankan tugas mereka secara profesional dan telus supaya mereka yang benar-benar terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan kuasa dihadapkan kemuka pengadilan, dan bukannya mereka yang tidak berdosa.


YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan

Berkaitan
Sembilan suspek kes penyeludupan pasir dibebas-Bernama

Biarkan Zulkifli Terjun Dengan Labu-Labunya

Kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat sedang memikirkan apa yang patut dibuat kepada YB Zul Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang membuat report polis terhadap rakannya daripada Pas Khalid Samad kononnya Khalid telah menghina Sultan dan agama Islam kerana Khalid meminta supaya enakmen undang-undang Islam di Selangor dipinda dan juga isu Kalimah Allah yang hangat diperkatakan semua pihak.

Zul terlebih laju dan deras daripada Pas sendiri dalam isu Kalimah Allah dan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Kalimah Allah hanya untuk orang Islam saja,nada yang sama dengan orang-orang Umno yang ditipu bulat-bulat oleh pemimpin Umno sendiri. Orang-orang Umno tolak kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam tapi pemimpin Umno benarkan kalimah Allah boleh guna di Semenanjung di beberapa negeri dan juga di Sabah /Sarawak.Tindakan Umno dan Ngo yang berkeriau mahu pertahan kalimah Allah sudah jadi umpama menyepak angin saja bila pemimpin Umno sendiri kata orang Kristian boleh guna Kalimah Allah.

Zulkifli sekarang di sebelah pihak mana? Suaranya hanya menguntungkan Umno yang mahu agar pemimpin Pakatan Rakyat berpecah belah yang sudah tentu tindakan Zul itu menguntungkan Umno.

Penyelaras Pakatan Rakyat ,Zaid Ibrahim berkata;

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.-Malaysiakini baca di sini

Timbalan Presiden PKR pula berkata;

"Beliau (dilihat) tidak bercadang hendak selesaikan masalah, sebaliknya menggunakan isu ini untuk kepentingan diri. Dan secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu Umno," kata Dr Syed Husin.

"Tindakan melalui blog atau media yang dilakukan Zulkifli bukanlah kali pertama. Ini perkara yang serius," tambahnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Husin mempersoalkan tindakan Zulkifli itu kerana menurutnya, perkara itu tidak pernah disuarakan melalui saluran dalaman apabila berpeluang.

"Bila ada perbincangan dalaman (berhubung isu Allah), Khalid (pun) datang, lebih kurang 100 peserta hadir, (tetapi) beliau (Zulkifli) tidak cakap sepatah pun," katanya.Baca di sini

Anwar Ibrahim mengulas perkara yang sama berkata;

“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.-Malaysiakini.

Apa lagi Zul, kalau dah rasa PKR dan Pakatan tak sesuai lagi dengan jiwa anda, parti mana pula yang Zul nak sertai?Anda sekarang sedang keseorangan jangan sampai dah lemas baru nak minta tolong.Yang pasti apa yang Zul buat telah menguntungkan Umno.

Isu Lawatan Khir Toyo Ke Disneyland: AMK Akan Gasak SPRM


Ini adalah satu sms yang diterima tanpa edit;

Salam kwn2# AMK akan gasak SPRM S'ngor dengan isu lawatan DISNEYLAND Khir Toyo#
Kumpul di Pej SPRM yg baru di Bangunan PKPS (depan hotel Bluewave)# 26.01.10 (selasa),
10 am# jom kita turun ramai2!

Lawatan itu adalah semasa Khir Toyo jadi MB Selangor pada tahun 2004 yang lalu.Laporan yang akan dibuat itu mungkin sebagai tindak balas kepada penahanan Pegawai Khas kepada Exco Yaakob Sapari ,Hussein Ahmad oleh SPRM yang telah ditahan reman selama 5 hari yang disiasat atas tuduhan luluskan pasir kepada kontraktor dan tiketnya didakwa dibiayai oleh pihak tertentu. Exco Yaakob Sapari telah menafikan tuduhan ke atas Hussein dan menganggap tuduhan tersebut untuk malukan Kerajaan Pakatan di Selangor

Perbelanjaan keseluruhan Khir dikatakan berjumlah RM1,863,302.00 juta.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

bullet buttonTurut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

bullet buttonDelegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

bullet buttonKumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

bullet buttonPersinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.Baca di sini

Ahad, 24 Januari 2010

Wang Ehsan: Kerajaan Pusat merampas , mencuri dan menyamun harta Kelantan-Tok guru

MB Kelantan tidak mahu berbincang dan tidak akan hadir untuk bincang wang ehsan yang akan diberi oleh Kerajaan Umno-Bn kepada Kelantan kerana Tok Guru menganggap wang itu tidak sah malah Kerajaan Umno-Bn merupakan pencuri dan penyamun harta rakyat Kelantan.Tok Guru tidak akan benarkan mana-mana pemimpin kerajaan negeri untuk jadi wakil bincang wang ehsan. Kata Tok Guru dalam laporan Berita Harian Online;

"Kalau hendak memberi wang ihsan, tak perlu berunding la, saya tidak akan menerima wang ihsan itu. Saya akan beritahu kepada rakyat Kelantan, pusat (Kerajaan Pusat) merampas, mencuri dan menyamun harta Kelantan.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (dalam jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu," katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, wang yang dinikmati oleh Kerajaan Pusat ketika ini adalah hasil tuah bumi Kelantan, bukannya dari Putrajaya.

Oleh itu, katanya, wang hasil pengeluaran minyak itu mesti disalurkan terus kepada kerajaan negeri, bukannya secara kepada rakyat Kelantan kerana negeri ini mempunyai kerajaannya sendiri.

"Dia (Kerajaan Pusat) beri kepada rakyat Kelantan, apakah rakyat negeri ini tidak ada kerajaan? Ini semua cakap bohong, putar belit Kerajaan Pusat yang terlampau bertuhankan duit. Tanpa duit, macam tidak boleh hidup," katanya.

Beliau mendakwa, sekiranya Kerajaan Pusat mahukan minyak dalam kawasan Kelantan itu, mereka boleh memintanya daripada kerajaan negeri.

"Kita (kerajaan negeri) boleh beri secara ihsan, bukannya Kerajaan Pusat beri ihsan kepada kami. Kami (Kelantan) akan beri ihsan kepada kerajaan pusat," katanya.Baca di sini

Berkaitan

Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan-Harakahdaily

Pemimpin Pas Penyigan Buat Amalan Sunat

Tuan-tuan ni bukan nak mengata kepada orang Pas tapi benda betoi kena cakap juga sebab Murshidul Am Pas sendiri yang kata pemimpin pertengahan Pas dalam borang kaji selidik buat amalan sunat ni amat malas (Penyigan). Menyedihkan kata Tok Guru sampai sesak nafas bila tengok hasil kaji selidik tersebut.

Berita Harian dalam tajuknya Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam menyiarkan kesedihan Tok Guru bila tengok sesetengah kelaku buruk pemimpin Pas yang malas buat amalan sunat.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.-Berita Harian Online

Zul Suruh Khalid Samad Tubuh Parti Sendiri

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin marah sungguh dengan Khalid Samad MP Shah Alam sehingga telah buat laporan polis kononnya Khalid menghina agama Islam dan Sultan Selangor bila Khalid suruh pinda enakmen yang berkaitan agama Islam di Selangor.

Zul juga suruh Khalid keluar daripada Parti Pas dan tubuh parti sendiri atau masuk saja parti DAP kalau masih mau bersama Pakatan Rakyat.

Kata Zul dalam laporan bernama;

"Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu.

"Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya," kata Zulkifli.


"Berdasarkan rentetan tindak tanduk Khalid saya ingat, lagi baik beliau keluar saja daripada PAS. Pada saya elok dia keluar dari PAS, dan mungkin dia boleh sertai DAP (kalau masih nak berada dalam PR) ataupun buat parti sendiri.Baca di sini


Siapa yang akan keluar Pakatan dan tubuh parti sendiri atau sertai Umno?Apa yang Sultan kata kat Khalid Samad dan Khalid Samad bincang dengan Sultan hanya mereka berdua yang tahu.

Sementara AMK Shamsul Iskandar mendesak PKR ambil tindakan ke atas Zul kerana tindakan beliau buat laporan polis ke atas Khalid Samad.
Lapor Malaysian Insider;

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Zulkifli Noordin tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan Zulkifli Noordin bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zulkifli, yang pernah disiasat Jawatankuasa Disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, semalam membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman.

Sambil menyifatkan tindakan Zulkifli semalam sebagai ala Umno, Shamsul Iskandar berkata pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.

“Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan,” kata beliau selepas mesyuarat AMK di sini.

“Kami juga mencabar beliau tampil dan menjelaskan kepada AMK berhubung tindakannya... kami mencabar beliau agar berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu.

“Surat formal akan dihantar kepada beliau dalam waktu terdekat,” kata beliau dan menambah pihaknya berpandangan isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam baru-baru ini.Baca di sini

Jangan Layan Mahasiswa Macam Lembu Kena Cucuk Hidung

Gambar di atas daripada Malaysiakini
Penangkapan 9 pelajar IPTA yang berhimpun secara aman di Kuala Lumpur semalam menggambarkan kerajaan UMNO-BN amat takut dengan kebangkitan golongan cerdik pandai yang mahu suara mereka didengar oleh rakyat kerana pihak berkuasa yang mengongkong kebebasan bersuara dan hak-hak mereka dicabul oleh pihak Universiti.

Harus diingat sudah lama golongan mahasiswa tidak menyuarakan suara mereka dijalanraya dan di tempat-tempat awam dan kita ingat suara mereka telah mati ditelan zaman tapi apabila mereka bangun menyuarakan keadilan mereka secara aman akhirnya mereka ditangkap dan dikurung di balai polis.Mereka adalah golongan yang cerdik dan bijak sudah tentu mereka tidak mahu fikiran mereka dikongkong dan disekat macam lembu dicucuk hidung.Apa guna belajar di menara gading kalau hak-hak yang sepatutnya mereka dapat disekat,dicabuli dan berlaku penyelewengan dalam Universiti dan mereka hanya berdiam diri.Pondan sangatkah mereka kalau berlaku penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya Universiti mereka nak berdiam diri?

Bagaimana dalam pilihanraya kampus boleh berlaku penipuan dan penyelewengan proses pengundian? SPRM patut pi siasat secepat mungkin jangan dok lengah-lengah lagi. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang sampai para mahasiswa rasa mereka ditipu oleh pihak Universiti yang buat pilihanraya.Apa lagi yang mahasiswa ada kalau hak-hak yang mereka perjuangkan untuk tegakkan kebenaran pun ditangkap.Kerajaan mahu mahasiswa kita jadi apa sebenarnya?

Kalau tempat orang cerdik pandai belajar boleh main tipu dalam pilihanraya Universiti ,apatah lagi dalam pilihanraya umum akan datang, bertambah parah lah nampak gayanya kita nak hadapi gelombang penipuan secara besar-besaran oleh Umno-Bn yang pasti tak mau kalah atau tumbang dalam pru 13 akan datang.

Baca
9 Pelajar ditahan bantah p'raya kampus-Malaysiakini

YB Zul Buat Aduan Polis: Lawan Khalid Peduli Apa

Gambar di atas daripada Utusan Malaysia Online

Dua ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat yang sering bertikam lidah dalam isu Kalimah Allah berakhir dengan YB Zulkifli Nordin ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu buat aduan polis terhadap Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam. Seorang Pas seorang lagi Parti Keadilan.

Nak kata Yb Zul tak betoi aku tak berani kata nak kata Khalid Samad tak betoi aku pun tak berani kerana kedua-duanya ada pendidikan tinggi ada ilmu masing-masing berhujah berdasarkan fakta yang mereka rasa mereka betoi.Tapi laporan polis Zul itu berdasarkan laporan media dan bukan beliau dengar sendiri daripada mulut Khalid Samad.

Laporan polis Zul itu menguntungkan siapa?Adakah Khalid Samad hanya akan berdiam diri dengan laporan polis Zul itu?Kenapa mereka tidak bersemuka hanya pandai berkelahi dalam media?Sampai bila nak habis?Sampai bila nak berperang sesama sendiri?

Semasa Khalid pi mengadap Sultan Selangor media tulis Khalid di panggil Sultan tapi kata Khalid beliau sendiri yang nak jumpa Sultan dah lama dah hantar surat nak jumpa Sultan. Zul moga hang tak terperangkap dengan agenda Umno yang putar belit berita .

Baca
Zulkifli buat aduan polis terhadap Khalid Samad-Utusan Malaysia Online
Zulkifli mahu Khalid disiasat menghasut,hina Sultan-Malaysian Insider
Kalimah dilarang:Zaid pertahan Khalid syor pinda enakmen-Malaysian Insider
Pemuda PKR desak tindakan disiplin terhadap MP Zulkifli-Malaysian Insider