Gambar sebelah adalah buku kecil yang memuatkan segala isu yang berkaitan pengkhianatan Umno Terhadap Agama yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat sempena Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa di Auditorium MBSA Shah Alam pada hari Sabtu 9-01-10.
Antara yang ditulis dalam buku ini tentang pengkhianatan Umno terhadap agama ialah;
1-Institusi Fatwa dilanggar,contohnya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan haram bertafakkur di depan Tugu Negara tetapi Datuk Seri Abdullah (Bekas Presiden Umno) telah melakukan juga sempena Hari Pahlawan 31-07-07.
2-Datuk Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri menuduh orang yang membantah kumpulan yang hendakmengadakan seminar artikel 11(untuk memperjuangkan orang Islam bebas murtad) adalah kerja bodoh.Beliau marah ketika umat Islam yang berjaya menggagalkan seminar tersebut di Pulau Pinang dan Johor.
3-Membiarkan kumpulan anti hadis yang berada di dalam Umno.Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan sesat dan murtad.Apakah ukuran sesat apabila tidak bersama Umno,tetapi apabila bersama Umno maka hukum bertukar tidak sesat.
4-Selepas medeka orang Islam ada 82% setelah 52 tahun merdeka hanya tinggal 50% lebih.Angkara siapa kalau bukan Umno.
5-Menteri bukan Islam membantah artikel 121(1a) mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah pada 10-06-06.Sedangkan undang itu sudah diluluskan pada tahun 1988 lagi.
6-Dato' Rais Yatim ketika merasmikan persidangan IFC di sebuah hotel di Bangi 2005 mengatakan bahawa semua agama adalah sama sahaja.
7-Membatalkan cuti hari Jumaat sebagai cuti umum di negeri Johor dan Perlis.Tan sri Muhyidin Yasin adalah orang yang bertanggungjawab di Johor.Sejahat-jahat penjajah Inggeris pandai menghormati hari Jumaat sebagai kebesaran orang Islam.Ini bermakna yang menghina hari kebesaran orang Islam ialah Umno bukan Pas dan rakan Pakatan Rakyat.
8-Menghentikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR),sehingga SAR terpaksa ditutup.Tindakan ini dibuat kerana SAR telah melahirkan mereka yang menyokong pembangkang,termasukalah anak-anak ahli Umno.Keadaan ini berlaku sebaliknya kepada sekolah agama di England yang di bawah kendalian Yusuf Islam,walaupun kerajaan yang memimpin mereka ialah kafir.Sekolah tersebut telah dapat peruntukkan perkapita RM9000 setiap pelajar.
9-Umno sekali lagi mengguris perasaan orang Islam apabila 22 April 2009, Kabinet membuat keputusan bahawa kanak-kanak akan kekal dalam agama asal ibu-bapa masing-masing ketika berkahwin walaupun ibu-bapa mereka menukar agama kemudiannya.Keputusan ini dibuat tanpa merujuk kepada Mufti dan Majlis Agama Islam dengan tidak mengambil kira soal hukum terlebih dahulu.
10-Orang Agama(Ulama) Umno hanya subang tembaga .Peranan golongan agama hanya untuk jadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu.Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa tahlil dan marhaban.Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara.Sebaliknya Sijahil yang menjadi kepala, manakalasi alim menjadi pengikut.Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.
Tulisan di atas adalah dipetik daripada buku Umno Khianati Agama Dan Bangsa yang dipilih daripada bab 'Pengkhianatan Umno Terhadap Agama'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan