Sabtu, 9 Januari 2010

Lagi Gereja Dibaling Bom Api Di PJ

Satu lagi gereja menjadi sasaran serangan — yang keempat di Lembah Klang sejak tengah malam kelmarin tetapi premis terbaru ini hanya mengalami kerosakan kecil.

Gereja terbaru yang tersenarai dalam serangan pihak bertanggungjawab ialah Good Shepherd Lutheran Church di sini.

Pengurusan gereja berkata bangunan gereja ini yang terletak di Petaling Jaya Old Town dipercayai dibaling dengan bom api antara malam tadi dan pagi ini.

“Bom api ini terlepas sasaran dan mengakibatkan kerosakan kecil,” kata Rev Dr Hermen Shastri iaitu setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa biskop Lutheran Church memaklumkan beliau tentang kejadian itu.

Shastri berkata satu aduan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sudah memulakan siasatan.

Sejak semalam polis di seluruh negara telah mempertingkatkan keselamatan ke atas gereja dan masjid.

Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan