Rabu, 13 Januari 2010

Tok Guru Tak Tergugat?

Hasil kaji selidik yang dibuat oleh penganalisis politik dan pandangan golongan intelek terhadap MB Kelantan yang juga Murshidul Am Pas menyatakan bahawa sokongan rakyat Kelantan kepada Tok Guru Nik Aziz sikit pun tidak terjejas malah bertambah pula sokongan rakyat kepada beliau.

Lapor malaysiakini;


"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media. Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar. Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja."

Sementara ahli akademik di Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan memberikan kesan yang luar biasa terhadap kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz.

Penceramah popular itu berkata, data terkini menunjukkan, sokongan terhadap kerajaan Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding hanya 5 hingga 8 peratus (63 peratus) sebelum pilihan raya umum dua tahun lalu.

"Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot.

"Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah (tentang) tumpuan (masyarakat)," katanya, seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Media.

Dr Mohd Agus dan Dr Abu Hassan diminta mengulas asakan konsisten terhadap kepemimpinan Nik Aziz, terbaru apabila beliau didakwa menerima hadiah kek bernilai RM500 daripada menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sejak beberapa bulan lalu, Nik Aziz dihimpit dengan pelbagai isu, antaranya melibatkan isu tajaan hajinya daripada seorang ahli perniagaan, pengaruh ahli keluarganya dalam pertadbiran kerajaan negeri dan desakan agar beliau menyediakan pelan peralihan jawatannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, kedua-dua ahli akademik tersebut berpendapat, sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, Nik Aziz dan PAS dapat mengekalkan penguasaan mereka di negeri yang telah ditadbir selama 20 tahun itu.

"Kalau buat pilihan raya sekarang pun PAS menang lagi. Sukar untuk Umno menang biarpun Nik Aziz dibebani dengan pelbagai isu.

"Semua ini akhirnya akan mati sendiri. Tunggu masa sahaja," kata Dr Mohd Agus.-malaysiakini

Umno apa cerita pun memang busuk dan kecelakaan sangatlah kalau tangan kita memilih Umno sebagai pilihan kita. Kalau dah Tun Mahthir pun kata Umno dah busuk yang kita tak pasal-pasal nak sokong Umno pasai apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan