Katanya Tok Guru Nik Aziz mengaku wujud politik 'cah keting' dalam Pas di Kelantan. Turut bersetuju dengan pendapat Tok Guru itu Bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan Dr Rosli Allani. Apa -apa pertubuhan dan persatuan hatta Ngo2 pun ada cah keting atau politik cantas mencantas ni tak kira atas nama pertubuhan Islam sekalipun.
Hari Ahad yang lalu aku bersembang dengan seorang aktivis Pas di Sungai Buluh yang dipanggil Pak Tam saja. Beliau dilantik sebagai Jawatankuasa Penduduk (JKP) bawah Ahli Majlis Perbandaran Selayang. Beliau diberi amanah untuk pilih nama-nama untuk duduk dalam JKP dan dua-tiga bulan kemudian nama-nama yang dipilih dipersetujui oleh Ahli Majlis.Kerja JKP ni antara lain kutip duit bayaran tapak Pasar Malam dan pada mulanya berjalan dengan elok. 5-6 bulan kemudian beliau terkejut kerana tidak lagi dipanggil untuk buat kerja tu sampai sekarang, katanya dah kena cantas sebab Ahli Majlis dah pilih orang lain pula buat kerja tu. Beliau rasa macam dipinggirkan dan kecewa mensyuarat pun depa tak panggil dah katanya.Nama saja duduk dalam JKP tapi tak buat kerja apa dah katanya lagi.
Tu baru dalam peringkat JKP jadi lagu tu yang lain lagi sakan la bab-bab cantas mencantas ni.Kalau kita kata dalam Umno lagi deras bab cantas mencantas atau cah keting Parti Pas sendiri dah berlumur taik akibat cah keting nak kata apa lagi kat Parti Umno! Parti Islam pun jadi lagu tu mana muka kita nak sorok buat malu 'kompeni' ja kata orang utara. Kalau kita kata cah keting berlaku dalam Pas Kelantan, awat Pas Pusat dan Pas lain-lain negeri tak ada ka politik cantas mencantas ni?
Perangai cah keting atau cantas mencantas ni kalau tak dirawat umpama macam penyakit kencing manis. Mula-mula potong ibu jari kaki.Tak lega potong buku lali. Tak lega lagi potong kat lutut pula,lepas tu pakai kaki palsu. Pakai kaki palsu tak berapa bulan penyakit serang lagi teruk akhirnya dalam kubur kita masuk.Pas pun kalau dok ikut perangai Umno lama-lama label Islam yang ada pada Pas akan gugur sendiri tak payah lagi Umno desak suruh buang perkataan Islam macam zaman mantan PM Tun Mahathir dulu.
Cantas mencatas dalam politik bukan benda baru tapi dah lama wujud tapi kalau tak kena cara bagi yang bernafsukan kebendaan bukat takat cantas saja malah ada yang sanggup korek dan gali sekali dengan tunggul nak dibuang supaya tak tumbuh lagi!
Kata Ketua Pemuda Pas Pusat dalam blog beliau;
Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .
Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .Baca lanjut di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan