Tadi dok sembang dengan Mat Sabu AJK Pas Pusat, aku pun tanya mengenai Kalimah Allah yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diguna pakai dalam akhbar Kristian ,The Herald.
Kata Mat Sabu Allah dalam pengertian Islam ialah yang Esa tidak ada dua atau tiga hanya satu.Allah itu hanya untuk orang Islam tapi kita tidak boleh nak menghalang kalau orang bukan Islam hendak menggunakannya.
Beliau memetik ayat Quran dalam Surah Al-Ikhlas yang bermaksud;
Katakanlah: "Dialah Allah ,Yang Maha Esa." Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia Tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."
Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya pihak Kristian meletakkan Kalimah Allah 3 dalam 1 yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam terutamanya anak-anak muda Melayu yang dah jauh terpesong daripada ajaran Islam yang jahil tentang agama, ini yang beliau bimbangkan.
Bagaimana sekiranya Kalimah Allah itu sama dengan Jesus 0f Lord itu yang beliau pertikaikan.Beliau juga tidak bersetuju dengan 'puak-puak bangang' yang jadikan isu Allah sebagai satu isu untuk naikkan semangat Melayu untuk dijadikan modal politik murahan.Mereka cuba mengaut keuntungan politik untuk pilihanraya akan datang.
Menarik
Jangan Terlalu Laju, Bahaya!-Bila Sauh Dibongkar
Tuan Haji Mohamad Sabu eloklah berehat dari politik Malaysia. Beliau tidak mampu membawa perubahan politik Malaysia kalau setakat jawatan yg ada dalam Pas. Jemaah Pas pun setekat memperalatkan beliau utk hawa telinga ahli2 Pas agar patuh dan tunduk dengan sistem demokrasi Barat yg di amalkan dalam jemaah Pas sendiri. Umur beliau pun ada hadnya jika beliau sendiri tidak berpolitik dengan real politik Malaysia dan politik dalamam Pas, beliau akan terpinggir sebagaimana Tuan Haji Hassan Shukri dan Tuan Haji Subky A Latif.
BalasPadamHUGO CHAVEZ