Selasa, 19 Januari 2010

Siapalah Nak Dengar Cakap Brahim Ali

Ahli Parlimen Pasir Mas ,Ibrahim Ali yang juga Presiden Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) melarang orang politik daripada bercakap dan berhujah isu kalimah 'Allah' samaada boleh digunakan atau tidak. Kata Brahim Ali biaralah ulama yang tak terlibat dengan politik saja yang bercakap.

Brahim Ali yang menang atas lambang Pas di Pasir Mas adalah atas belas ehsan Tok guru Nik Aziz dan pengundi Pasir Mas yang diperdayakannya . Masa tu Brahim pura-pura berbuat baik dengan Pas untuk bertanding di Pasir Mas pru 12 yang lalu.Brahim Ali kata nanti masyarakat jadi keliru kalau ulama Pas politikkan isu Allah.Siapa yang keliru sebenarnya ? Brahim Ali dan Umno yang keliru atau pura-pura buat-buat tak faham isu 'Allah'.

Kata Brahim;
"Orang yang tak faham agama usahlah bercakap, bab agama ini kita serah kepada ulama muktabar, ulama politik daripada Pas pun tidak layak bercakap kerana ia akan menambahkan kekeliruan.-Utusan Malaysia online

Brahim patut pergi jumpa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri yang kata kalimah 'Allah' boleh digunakan juga di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.Brahim yang tersepit antara Pas dan Umno sedang menghitung hari untuk ditolak rakyat Kelantan dalam pilihanraya akan datang samada Pas atau pun Umno. Politik Brahim tak pernah naik 'darjah' yang beliau tahu melompat dan terus melompat.

Brahim sendiri ketuai demontrasi Perkasa dalam isu 'Allah' dua minggu yang lalu.Brahim pun orang politik dan rakyat Kelantan lebih tahu siapa Brahim Ali yang sebenarnya.

1 ulasan:

  1. Ini seperti cerita peiuk dengan belanga...PERIUK KATA BELANGA BUNTUT HITAM..BELANGA KATA BUNTUT PERIUK HITAM...rupanya tak perasan DUA-DUA BUNTUT HITAM....

    IBRAHAMDAN YANG LAIN TU SERUPA SAJA...TAK USAH KATA MENGATA....dah duduk dalam kapal yang sama macam tulah jadinya...SEMUANYA NAK MELOBI CARI PUBLISITI MURAH...

    BalasPadam