Lapor Malaysian Insider;
Turut menjadi sasaran kali ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, yang beroperasi sejak 1899 tetapi kemudian berpindah ke lokasi baru di Convent Lane pada 1938.
Ia merupakan serangan pertama di luar Lembah Klang yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”.
Polis mengesahkan kedua-dua kejadian itu.
Kedua-dua premis itu dibaling dengan koktel molotov tetapi bom petrol itu tidak meletup.
Gereja Anglikan itu yang terletak di Jalan Taming Sari dibina pada tahun 1886.-Malaysian Insider baca di sini
Sementara itu laporan Bernama berkata sebuah Surau di Klang telah pecah cermin pintu kerana dibaling dengan batu;
Cermin pintu sebuah surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat sini didapati pecah kira-kira pukul 6 pagi setelah dibaling dengan batu.Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, pada Jumaat.
Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.
"Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.
"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tin minuman keras di lorong tersebut dan kita percaya kejadian berlaku disebabkan lelaki itu mabuk," katanya.-Baca di sini
Baca juga-
Gereja ,pondok pengawal sekolah di Taiping dilempar bom api-Malaysiakini
Motif politik antara 3 teori Asri gereja diserang- Malaysian Insider
salam...
BalasPadamapa yg mereka dpt dengn membuat kekecohan???
ia hanya mengundang kemarahan dan azab diakhirat kelak..tidakkah mereka berfikir jika suatu hari nanti perbuatan tersebut terjadi kepada mereka, keluarga mereka dan anak cucu mereka. Ingatlah..Allah itu maha adil..nantilah azab Allah..doa orang yang teraniaya itu terus dimakbulkan Allah... wawahua'lam