Isnin, 4 Januari 2010

Khalid Samad Amal Politik Beringus- Zulkifli Nordin

Nampaknya isu Kalimah Allah terus diperdebatkan antara Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu.Zulkifli lebih bersifat menyerang dan dengan penuh semangat berkobar-kobar menghentam Khalid Samad yang dikatakan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar The Herald guna Kalimah Allah dalam penerbitannya.Mereka berdua adalah daripada parti dalam gabungan Pakatan Rakyat tapi punya pandangan yang berbeza dengan masing-masing menggunakan hujah-hujah yang menggunakan ayat -ayat Quran untuk kuatkan pandangan masing-masing.

Kata Zul dalam blog beliau;

Saya mengambil sikap yang mudah. Siapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuh saya walaupun duduk satu parti dengan saya. Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka yang mencela. Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan. Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela "at all cost"!!

Sekiranya ulasan dan komen saya tidak betul, sila tunjukkan dimana ianya tidak betul berdasarkan hujah, nas, dalil dan bukti serta fakta. Kalau setakat melabel pandangan saya sebagai pro UMNO tanpa nas, fakta dan dalil, saya kira itu adalah sekadar pilitik hingusan yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Saya ingat pelajar Tadika Pasti lebih bijak dalam hal ini. Tetapi begitulah cara politik murahan yang di amal oleh segelintir manusia.Baca komen terbaru Yb Zul - Politik Ingusan YB Khalid. Zul juga terus mendesak agar Khalid Samad terus keluar daripada parti Pas.

Kata Khalid Samad dalam blog beliau pula;
Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab.

Diperenggan yang lain Khalid Samad berkata;

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “BismikaLlahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.Baca tulisan Khalid Samad dalam blog beliau yang terbaru- Isu Kalimah


Kepada Mufti-Mufti dan Ulama kerajaan yang makan gaji dan elaun jangan hanya berdiam diri tunggu dan lihat saja. Maju ke depan untuk bersuara jangan hanya tau campurtangan urusan politik saja bab ini kenapa dah seminggu tak kata apa?

Tambahan..kata pula Peguam Pas Hanipa Maidin

Dengan hormat saya berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.Baca lanjut di sini

Baca juga
Kalimah Allah:KDN Failkan Rayuan-Malaysian Insider
Pak Lah:Segera jelaskan isu Kalimah Allah-Malaysian Insider
Dr Asri:Tidak Wajar bukan Islam dihalang guna 'Allah' rujuk Tuhan-Malaysian Insider
Pribumi Perkasa rancang prote Jumaat ini-malaysiakini
Pemuda Umno S'langor Tangguh Perhimpunan-malaysiakini
Penentang tidak konsiten,kata Mujahid-malaysiakini

3 ulasan:

  1. Pi mana semua mufti yg hidup dan pencen d Malaysia. Awat senyap ja. Takut kena potong elaun ka. Haru sana sini senyap tupi. MB2 yg ada pengajian Islam dan ada elaun pun dok tengok saja.
    YG TAK MENGAJI ISLAM TOLONG DOK DIAM. HANGPA NI LEBIH SENDUK DARI KUAH.
    PROFESSOR PENGAJIAN ISLAM PUN MACAM JADI PROFESSOR KANKONG JA. SEMUA DOK KEJAR DATO JA.

    YA IMAM MAHDI BANTULAH KAMI !

    ZolGoji.

    BalasPadam
  2. Tulisan Saudara Haji Faisal Tehrani dlm blognya memberi pencerahan tentang isu ni dan boleh di manfaatkan oleh para mufti dan yg nak jadi mufti dalam Tanah Air ku ! Oh Malaya !

    Tajjawad

    BalasPadam
  3. Zul Nordin ni Islam Had Hari kot? Relax bro... Be Rasional. Don't emosional

    BalasPadam