Pembukaan sambutan Tahun Baru Masehi 2010 bagi kalendar Pas agak mendukacitakan. Agak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang menyuruh Kerajaan Negeri membayar ganti rugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat Timbermine.Satu jumlah gantirugi paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
Murshidul Am Pas yang juga MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz hadapi macam-macam kemelut yang bertimpa-timpa ,lepas satu belum selesai datang pula isu dan 'bala' yang tak di sangka-sangka. Allah betul-betul menguji Tok Guru setelah hampir 20 tahun menjadi MB Kelantan. Selama jadi MB Kelantan inilah yang dirasakan ujian yang amat berat bagi Tok Guru.
Bermula dengan 'Haji Taja' sehingga Tok Guru tak jadi ke Mekah untuk kerjakan Haji, isu menantu Tok Guru yang menimbulkan fitnah dalm PMBK, isu Dr Rosli Pemuda Pas Kelantan yang dikepung mertua walaupun bersifat peribadi telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi yang negatif terhadap Pas di Kelantan. Semua ini ujian Tuhan..Ujian buat Pas di Kelantan.
Lapor Sinar Harian;
Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upayatadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.
“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.
Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.
:“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,
“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.
“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya. -Sinar harian
Baca juga
Usah Camputangan Urusan Pas-Sinar harian
Pemuda Umno Kelantan mendakwa bencana yang menimpa kerajaan PAS Kelantan sekarang adalah pantulan daripada doa oleh pemimpin tertinggi parti itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa musibah baru-baru ini.
BalasPadamKetuanya Anuar Sapian berkata antara isu itu ialah rasuah iaitu tajaan mengerjakan haji kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh sebuah syarikat, pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), perbalahan antara Exco, peletakan jawatan menteri besar dan terbaru saman sebanyak RM800 juta.
"Ini semua Allah SWT telah tentukan dan mungkin pantulan doa supaya Tuhan jatuhkan bala ke atas Perdana Menteri mengena diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemuda Umno Bersama Media di sini pada Ahad.
Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mengundang kemarahan rakyat apabila meminta orang ramai mendoakan agar Najib ditimpa musibah jika tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.
Anuar berkata PAS sepatutnya sedar dengan kesilapan dan tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan syarie termasuk mendoakan sesama Islam supaya dikenakan bala.
Beliau berkata tindakan itu juga telah menjejaskan kredibiliti parti PAS yang mengaku Islam.
Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno pusat Afandi Yusof menyarankan PAS bertaubat dan mengaku kesilapan dengan kembali ke pangkal jalan.
Beliau berkata apa yang diajar dalam Islam supaya mendoakan kebaikan sesama muslim bukannya mendoakan supaya Tuhan jatuhkan bala kepada sesama Islam.