Selasa, 19 Januari 2010

Warganegara Tak Daftar Sebagai Pengundi Sama Taraf Warga Asing

Percayakah kita ada di kalangan kita yang cakap berdegar-degar ,hebat di kedai kopi dan warung-warung tepi jalan bercerita tentang politik negara kita, tak kira la orang Pas atau Umno dan sebagainya, tapi bila ditanya "adakah anda sudah pernah mengundi?" Selamba saja jawab "aku tak pernah mengundi sebab tak pernah daftar sebagai pengundi".

Buat malu saja ,hampas langsung tak boleh dipakai orang yang semacam itu. Rakyat Malaysia yang cukup umur 21 tahun layak mendaftar sebagai pengundi untuk menentukan hala tuju negara pada masa depan tapi kalau setakat pandai berkokok di kedai kopi dan masjid tapi tak reti guna peluang yang diberikan label apa kita nak kata kepada warganegara seperti itu?

Warganegara yang tak daftar sebagai pengundi bila layak dan cukup umur hanya sama taraf dengan warga asing yang berada di bumi Malaysia yang tidak boleh mengundi .Tu pun ada curi-curi masuk mengundi pakai kad pengenalan rakyat Malaysia sebab rakyat Malaysia tak nak mengundi depa nak duit saja.

Lapor Malaysian Insider;

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripadamereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

“Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik diSabah dan Sarawak kerana mengikut ratio penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

“Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun keatas adalah 15.47 juta orang.Baca di sini

1 ulasan:

  1. salam....
    lakukanlah tangungjawab anda sebagai pengundi..kelak Allah akan tnya di akhirat kelak..wawahua'lam...

    BalasPadam