Rabu, 27 Januari 2010

Pelajar Universiti Antara 50 Orang Ditahan ISA

Mengejutkan tanpa ada sebarang tanda-tanda awal dalam senyap-senyap seramai 50 orang termasuk pelajar Universiti tempatan telah ditahan di bawah akta zalim ISA kerana dituduh terlibat dengan keganasan.

Lapor Malaysiakini;

Lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam keganasan, demikian menurut peguam Edmund Bon.

Menurut Edmund yang merupakan peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mereka ditahan Khamis lalu dan dibawa ke ibupejabat polis Bukit Aman.

Menurutnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan Jumaat lalu, manakala 12 lagi masih ditahan.

Edmun juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.-Malaysiakini

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi Tv selangor berkata, pihaknya akan membuat kenyataan media berkenaan isu itu.

"Setakat ini ia masih lagi difahamkan dan kita tidak punya butiran lengkap lagi. Sekarang kita dalam usaha mengumpul maklumat. Bagi kami masa siasat dakwaan ini. Kemungkinan esok kami akan buat kenyataan," kata Syed Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan