Ahad, 24 Januari 2010

Pemimpin Pas Penyigan Buat Amalan Sunat

Tuan-tuan ni bukan nak mengata kepada orang Pas tapi benda betoi kena cakap juga sebab Murshidul Am Pas sendiri yang kata pemimpin pertengahan Pas dalam borang kaji selidik buat amalan sunat ni amat malas (Penyigan). Menyedihkan kata Tok Guru sampai sesak nafas bila tengok hasil kaji selidik tersebut.

Berita Harian dalam tajuknya Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam menyiarkan kesedihan Tok Guru bila tengok sesetengah kelaku buruk pemimpin Pas yang malas buat amalan sunat.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

"Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.-Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan