Ahad, 24 Januari 2010

Zul Suruh Khalid Samad Tubuh Parti Sendiri

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin marah sungguh dengan Khalid Samad MP Shah Alam sehingga telah buat laporan polis kononnya Khalid menghina agama Islam dan Sultan Selangor bila Khalid suruh pinda enakmen yang berkaitan agama Islam di Selangor.

Zul juga suruh Khalid keluar daripada Parti Pas dan tubuh parti sendiri atau masuk saja parti DAP kalau masih mau bersama Pakatan Rakyat.

Kata Zul dalam laporan bernama;

"Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu.

"Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya," kata Zulkifli.


"Berdasarkan rentetan tindak tanduk Khalid saya ingat, lagi baik beliau keluar saja daripada PAS. Pada saya elok dia keluar dari PAS, dan mungkin dia boleh sertai DAP (kalau masih nak berada dalam PR) ataupun buat parti sendiri.Baca di sini


Siapa yang akan keluar Pakatan dan tubuh parti sendiri atau sertai Umno?Apa yang Sultan kata kat Khalid Samad dan Khalid Samad bincang dengan Sultan hanya mereka berdua yang tahu.

Sementara AMK Shamsul Iskandar mendesak PKR ambil tindakan ke atas Zul kerana tindakan beliau buat laporan polis ke atas Khalid Samad.
Lapor Malaysian Insider;

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Zulkifli Noordin tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan Zulkifli Noordin bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zulkifli, yang pernah disiasat Jawatankuasa Disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, semalam membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman.

Sambil menyifatkan tindakan Zulkifli semalam sebagai ala Umno, Shamsul Iskandar berkata pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.

“Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan,” kata beliau selepas mesyuarat AMK di sini.

“Kami juga mencabar beliau tampil dan menjelaskan kepada AMK berhubung tindakannya... kami mencabar beliau agar berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu.

“Surat formal akan dihantar kepada beliau dalam waktu terdekat,” kata beliau dan menambah pihaknya berpandangan isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam baru-baru ini.Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan