Rabu, 6 Januari 2010

Enjin Jet Hilang: Bukan Curi Telor Ayam

Nampaknya isu enjin jet pesawat pejuang F-5E sudah sampai 'penutupnya' kerana orang yang dikatakan terlibat bawa lari enjin jet itu sudah dapat ditangkap dan akan didakwa di Mahkamah.Orangnya bukan Menteri Pertahanan zaman enjin jet itu hilang bukan juga pegawai kanan tentera tapi hanya seorang tentera berpangkat Sarjan. Beliau dikatakan bertanggungjawab bersama seorang rakan karib jual enjin pesawat F5-E itu ke luar negara nun jauh di sana Amerika Latin nu..

Laporan Bernama menyebut;

Seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rabu berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pertuduhan ke atas anggota TUDM itu dibuat atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan curi dalam bangunan manakala pengarah syarikat tersebut akan didakwa atas kesalahan menolong menghapuskan harta curi.

"Hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan anggota tentera berpangkat Sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa malam.

Katanya berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat berkenaan.

Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan anggota tentera itu boleh dihukum bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 109 Kanun yang sama manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan.Baca di sini

Enjin jet tu mula -mula katanya hanya seketul saja yang hilang lepas tu jadi dua ketul pula yang hilang mungkin kerana dah tak dapat nak 'cover line' terpaksa cakap la yang hilang tu dua ketul.Seketul harganya RM50 juta bila dah jadi dua ketul yang hilang harganya dah jadi Rm 100 juta. Hanya orang yang berpangkat Sarjan saja 'mampu' buat kerja tu dan tak ada kena mengena dengan orang atasan TUDM dan juga Menteri Pertahanan pada masa itu.

Telor ayam kampung di pasaran harganya berharga 0.60 sebiji tu harga kat bandar tapi kalau kat kampung boleh dapat percuma kalau rajin bela ayam kampung yang rajin bertelor. Tu pun kadang-kadang ada 'kutu berahak' curi untuk buat beli rokok.Sarjan TUDM tu bukan curi telor ayam tapi beliau curi enjin jet pesawat pejuang yang bernilai RM 100 juta!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan