Selasa, 26 Januari 2010

Mana Lagi Hebat YB Zul Dengan Yusuf Al-Qardhawi ?

Berikut apa yang ditulis Zulkifli Nordin dalam blog beliau;

Cuma yang peliknya, sampai sa'at saya menulis ini, saya masih belum menerima apa-apa notis untuk menghadiri apa-apa prosiding jawatankuasa disiplin atau Biro Politik yang katanya nak bersidang hari ini untuk menentukan tindakan terhadap saya. Sedang Fira'un-Fir'aun Kecil ini sudah pun dalam proses mencincang lumat saya didalam media sana sini, tapi sehingga kini saya tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau hak membela diri.

Yang saya diberitahu, cuma ada satu taklimat khas oleh DSAI untuk semua wakil rakyat dan pimpinan tertinggi PKR pagi ini berkaitan kes liwat yang akan bermula minggu depan. Itupun saya telah maklumkan saya tidak dapat hadir kerana sudah ada program terdahulu yang tidak dapat saya batalkan. Baca lanjut di sini

Apa pun, saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Moga ALLAH memberikan keampunanNya kepada saya dan memberi petunjukNya. Ameen.


Sementara itu Yusuf Al-Qardhawi ulama yang dihormati ramai di seluruh dunia ,seperti yang dilaporkan harakahdaily menjelaskan seperti berikut dalam isu Kalimah Allah;

Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.

Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.

"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini.

"Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.Baca di sini

1 ulasan:

  1. yb zul perlu di usrah dan tarbiyah ... beliau perlu memahami matlamat PAS pabila berada didalam jemaah yang membawa gerakan islam.. bukan bertindak sendiri

    BalasPadam