Sabtu, 9 Januari 2010

Bakar Gereja: Dalang Dilindungi?

Kehangatan isu Kalimah Allah telah dijawab dengan membakar gereja puak Kristian di tiga tempat berasingan. Ada yang merasa puas malah bergembira kerana berjaya membuat onar untuk merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Ada yang mengecam tapi dalam diam merasa seronok kerana berjaya membalas dendam.

Sudah tentu rusuhan kaum dan agama kita tidak mau kerana kita berada di alaf abad ke 21 yang lebih pentingkan keharmonian kaum dan agama, manusia lebih berilmu rasa tidak puas hati lebih kepada perbincangan dan perdebatan itu yang terbaik tapi api sengketa sengaja dicetuskan oleh manusia yang hilang pertimbangan demi secubit keuntungan politik murahan pihak tertentu.

Mat Sabu AJK Pas Pusat berkata;

"Saya percaya, hanya mereka yang merasa dilindungi yang berani berbuat demikian," katanya sambil merujuk serangan-serangan sedemikian ke atas pejabat-pejabat parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan rumah para pemimpin parti-parti tersebut.

Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disifatkannya memberi kata-kata pembakar semangat kepada mereka yang memilih cara yang provokatif dalam menangani isu antara kaum dan agama yang sangat sensitif.

"Umpamanya, kalau si ayah kata anaknya tidak boleh dihalang apabila si anak hendak memilih provokasi terhadap jiran, tentulah anaknya fikir bakar rumah jiran pun si ayah tak akan halang," katanya.

Mengenai apa yang disifatkannya sebagai kata-kata pembakar semangat itu, Mohamad merujuk berita Bernama yang melaporkan bahawa Najib berkata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.


Mengenai amaran Hishammuddin bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau mengingatkan Menteri Dalam Negeri itu bahawa penggunaan akta tersebut tidak akan meredakan perasaan mereka yang telah diransang dengan kata-kata pembakar semangat tersebut.

"Ketegangan tidak akan reda kerana kerajaan Umno tidak akan menangkap dalang-dalang utama ketegangan seperti yang berlaku dalam Operasi Lallang 1987 dahulu.

"Kita tahu, mereka akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin pembangkang.

"Sejarah Operasi Lallang mungkin akan berulang di mana pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno menggunakan isu perkauman ketika itu," kata beliau yang turut dimangsakan operasi tersebut.

Beliau berharap mereka yang tidak berpuas hati terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald supaya tidak mengambil kesempatan untuk melepaskan geram secara tidak bertamadun.

"Semua orang ada hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara. Tetapi, perbuatan membakar gereja tidak akan menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka malah akan menyebabkan orang-orang Islam dipandang negatif.

"Soal kaum dan agama sangat sensitif, apa salahnya memilih cara yang lebih tenang seperti mengadakan perbincangan?" katanya. -harakahdaily baca di sini

Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang mengulas perkara yang sama berkata;

Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.

"Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?

"Ini punca sikap jahil terhadap agama islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik," katanya lagi. Baca di sini

PM Najib pula menyangkal tuduhan bahawa Umno jadi dalang dalam kes membakar Gereja di Lembah Klang semalam.

“Jangan dengan mudah salahkan Umno apabila adanya masalah, apabila gereja dibakar menuding jari ke atas Umno... kami telah mengutuk serangan ini,” kata Najib pada majlis pelancaran Umno Juara Rakyat di sini.

Najib menambah pemimpin parti dan kerajaan serius dalam menangani krisis terbaru ini dan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan di mahkamah.

“Hanya kerana satu atau dua gereja diserang 1 Malaysia dikatakan terancam, 1Malaysia tidak akan berada dalam keadaan bahaya,” kata beliau.

Pada sidang media kemudian Najib berkata majoriti rakyat Malaysia mengutuk serangan ke atas tiga gereja berkenaan.

“Apa yang penting arus perdana (majoriti rakyat) bersama kami, anda tidak boleh membuat penilaian berdasarkan satu atau dua individu," kata Najib apabila ditanya bahawa seorang paderi 'didatangi' oleh empat lelaki malam tadi. Baca Najib:Serangan gereja tidak gugat gagasan 1Malaysia-Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan