Jumaat, 29 Januari 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan ,Hasan Ali Hanya Diberi Amaran

Keputusan Jawatankuasa Dispilin Pas Pusat memutuskan Khalid Samad digantung jawatan sebagai Pengerusi Lajnah Politik Pas Pusat dan YDP Pas Shah Alam selama 6 bulan sementara Hasan Ali PJ Pas selangor hanya diberi amaran saja.Adakah keputusan Jawatan kuasa Disiplin Pas itu adil atau berat sebelah?

Hasan Ali PJ Pas Selangor itu pernah memanggil blogger-blogger termasuk blogger Umno dirumahnya bersama Timbalan Presiden Pas Nasarudin Mat Isa mendedahkan isu baiah dalam Pas yang membawa kepada timbulnya isu baiah dalam Pas tahun lepas.Keputusan badan disiplin Pas itu dilihat agak berlembut dengan Hasan Ali berbanding hukuman yng dikenakan kepada Khalid Samad.Khalid Samad adalah orang yang menentang kuat hubungan Umno-Pas dalam isu kerajaan perpaduan,Khalid pernah berkata dalam ucapannya menyentuh isu UG dengan Umno dalam Muktamar Pas tahun lepas ,"Kita sayang kepada mereka(UMNO) tapi mereka tidak sayang kepada kita."

Lapor Malaysiakini;

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.Baca di sini

Harakahdaily pula melaporkan;

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.Baca di sini

Baca juga
Hasan Ali Dedah Rahsia Pas Juga..-Perisik Rakyat
Tahniah Umno!-Penarik Beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan