Rasuah pun ada rasuah halal ada rasuah haram.Nombor ekor halal nombor ekor haram.Judi pun ada judi halal ada judi haram.Masuk bertanding dalam pilihanraya mula-mula nampak halal tapi bila hari mengundi rasuah duit kepada pengundi supaya dipilih jadi wakil rakyat.Bila menang agak-agak wakil rakyat halal ke wakil rakyat haram.
Nak lawan Umno bab bagi rasuah duit dan rasuah benda dalam pilihanraya Pas sampai bila pun tak akan mampu lawan Umno.Pas bagi beras ,gula,kopi dan susu Umno bagi mesin basuh,peti ais dan tv jadi Pas jangan belajar dengan Umno untuk menang pilihanraya dengan cara rasuah benda dan duit untuk menang pilihanraya.
Nak jadi calon dalam parti pun sama rasuah bersepah-sepah terutama dalam Umno, Pas pun kalau belajar jadi Umno main rasuah politik wang untuk menang akan jadi sama macam Umno.Dalam Umno nak menang jawatan tertinggi parti kena ada duit banyak kalau tidak jangan harap boleh menang jawatan tertinggi dalam Umno.
Kata Tok Guru dalam laporan Malaysian Insider;
“Dasar, ataupun prinsip itu ternyata bercanggah dengan apa yang dilakukan Nabi. Bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
“Disebabkan percanggahan-percanggahan sedemikianlah timbulnya pelbagai kecelaruan. Dan kecelaruan itu sebenarnya berpunca dari kelemahan orang Melayu sendiri, orang Melayu yang memperlekehkan agamanya sendiri.
“Masyarakat sebenarnya celaru dengan apa yang dikatakan agama suku dan politik suku ini... bahkan disebabkan itu juga orang beragama lain cuba mencuri peluang untuk mencelarukan kita,” kata beliau di sini hari ini.
Mursyidul Am PAS ini mengulas ancaman gejala sosial di kalangan masyarakat yang sanggup bertindak ganas membakar gereja ekoran kontroversi isu penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi penerbitan akhbar mingguan Herald.
Padah ajaran agama suku politik suku, Nik Aziz mengingatkan kembali salah seorang pemimpin kerajaan sanggup berkata Islam sesuai dan munasabah pada zaman unta.
“Seolah-olah baginya Islam sudah tidak sesuai pada zaman ini. Ini juga satu kecelaruan.
“Jadi apa peliknya kalau orang lain pun cuba untuk mencelarukan kerana kelemahan kita sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald, Nik Aziz sebaliknya bertanya “kenapa tidak ambil Islam terus?”
“Pada asasnya saya telah jawab. Perkataan itu boleh digunakan tapi oleh kerana ada mainan di belakang, usul fekah menyebut, benda harus melibatkan perkara bahaya ia hendaklah disekat. Benda harus juga, tapi kalau ada manfaatnya, wajib.
“Kalau orang nak kalimah Allah dengan ikhlas, betul... lebih baik dia naik setangga lagi iaitu agama Allah sendiri, Islam. Ambil agama-Nya,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan