Khamis, 7 Januari 2010

Sekutu Yang Lebih Ekstrem Daripada Musuh

Pas berada dalam posisi yang lebih baik daripada Umno dalam isu Kalimah Allah pada pandangan rakyat walaupun dua tiga kerat pemimpin Pas bagi pandangan yang ekstrem ala-ala Umno untuk muka mereka jadi tumpuan media. Keputusan Pas Pusat harus dipuji Tahniah pada Presiden Pas Tok Guru Presiden Hadi Awang yang kembalikan imejnya yang tercalar dalam isu UG.

Tok Guru Presiden jika tidak dikapit oleh orang yang cuba rosakkan imejnya akan dapat beri pandangan yang positif dan lebih baik demi masa depan Islam ,Pas dan Pakatan Rakyat.Cuba kita baca apa pandangan daripada Merdeka Review dalam laporannya menulis;

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh". Baca lanjut di sini

1 ulasan:

  1. PJ Selangor ibarat kadok naik junjung.Lu sudu atau kuah? Dulu gua tabik spring kat lu,ketika istihar masuk Pas depan TGNA.Ucapan lu ketika tu semacam ucapan Nasaruddin di stadium Bota tahun lepas (Bukan Nasharuddin Mat Isa) Ya, HA seoarang profesional! Pembelit profesional.La ni sorrylah.Hassan Ali, lebih baik lu berjuang atas platform umno not Pas. Lu bukan lagi asset bagi Pas. Lu lebih memcemarkan perjuangan Pas.

    BalasPadam