Jumaat, 8 Januari 2010

Syaitan Telah Kuasai Kepala Otak Umno

Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh malaysiakini hari ini memang sah apa yang berlaku dalam masjid dan perkarangan Masjid Negeri Shah Alam itu telah dikuasai Umno pada hari Jumaat hari ini seolah-olah macam cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang layaknya dengan mengecam individu dan kepentingan politik busuk dan jijik Umno yang bertopengkan syaitan semata-mata dan tidak ada niat sedikit pun nak pertahankan kalimah Allah.

Kepentingan politik didahulukan, nafsu syaitan telah meresap masuk dalam kepala otak fikiran mereka walaupun berada dalam kawasan Masjid! Mereka menyerang individu yang bernama Khalid Samad YB Shah Alam setelah mendapat maklumat tepi longkang yang turut dijadikan modal untuk tiupkan semangat Melayu yang sempit semata-mata.

Lapor malaysiakini;
Bagaimanapun, pada masa yang sama, satu lagi perhimpunan anjuran Anak Muda Islam Selangor (Amis) berlangsung di perkarangan masjid berkenaan di mana mereka memijak gambar ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mereka bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin PAS itu sebelum ini, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Seorang peserta demonstrasi itu turut melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

Kumpulan itu turut dilihat memegang kain rentang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama," yang turut didapati digantung di dalam dewan solat utama, tempat perhimpunan yang lebih besar berlangsung.Baca di sini

Mereka masuk ke dalam Masjid dengan bawa sepanduk yang mengecam orang lain tanpa dapat penjelasan penuh individu dituduh dan mereka bermaharajalela macam orang yang hilang akal layaknya! Siapa yang benarkan mereka bermaharajalela dalam Masjid yang suci itu. Kenapa Exco Agama Dr hasan Ali berdiam diri?

Lapor malaysiakini lagi;

ADUN Pelabuhan Klang yang meninggal PKR, Badrul Hisham juga kelihatan di situ.

Turut kelihatan ialah mereka yang menyertai protes kepala lembu tahun lalu.


Bagaimanapun, imam besar masjid berkenaan, Ahmad Mustafa Mohd Sidin berkata, kain rentang itu tidak dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan di dalam dewan solat.




Siapa yang meliwat hukum Hudud? Kalau bukan kamu wahai balaci Umno?Otak kamu jadi beku, telinga kamu jadi pekak dan tuli daripada menerima hukum Allah tapi kamu jadi pejuang palsu dalam meperjuangkan Kalimah Allah.Kamu tidak malu kepada rakyat apatah lagi kepada Allah yang memerhatikan kamu yang menjerit hingga nampak anak tekak menyebut Allah, Allah, Allah anak kucing pun tahu kamu berbohong mahu kepada Hukum Allah.

Kepada puak-puak yang pijak gambar Khalid Samad dan tuduh Khalid sebagai 'Peliwat Agama' aku nak bagitau kalau ada otak dan fikiran ayuh berdebat dan berhujah untuk buktikan apa yang sebenarnya disebut Khalid Samad bukan hujah dijawab dengan tapak kaki dan julang kain rentang kutuk orang sesuka hati. Kalau masih ada telor berdebat secara ilmiah bukan main gila macam orang kena rasuk hantu walaupun duduk dalam Rumah Allah. Nak pertahan Kalimah Allah apa kalau dalam Rumah Allah hang pa biadab langsung tak reti nak hormat adab-adab duduk dalam masjid!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan