Ahad, 17 Januari 2010

Hujah Karut Menteri Bila Gula Naik Harga

Apabila barang naik harga, Menteri akan bagi jawapan yang langsung tak puas hati rakyat sebagai pengguna. Harga minyak naik dikaitkan dengan alasan kerajaan tanggung subsidi. Gula naik juga dikaitkan dengan kerajaan kena tanggung subsidi yang berbilion ringgit. Jadi daripada kerajaan tanggung subsidi lebih baik subsidi itu rakyat yang tanggung.Cara rakyat nak tanggung subsidi ialah dinaikkan harga gula daripada RM1.45 kepada RM1.65.Naik sebanyak 0.20 sekilogram.

Menteri pun bagi alasan jangan makan gula banyak nanti kena kencing manis atau penyakit diabetes. Bila harga gula tak naik Menteri ingat rakyat beli gula simpan dalam rumah berpuluh kilo sebab murah. Pengguna tetap beli ikut kegunaan sedia ada walaupun gula naik harga.Sepatutnya bila harga gula pada kadar asal Menteri kena peringat rakyat jangan beli gula banyak-banyak nanti kena kencing manis.Dah penaik harga baru cakap ,baguih juga gula naik harga rakyat pun kurang kena kencing manis. Takkan alasan seorang Menteri macam tu saja bila gula naik harga.

Lapor Bernama;

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Jan lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini.


"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya.-Bernama baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan