Sabtu, 16 Januari 2010

Pemimpin Umno Kencing Berdiri..

Dulu Umno yang geram pada Ku Li kerana menubuhkan parti Semangat 46 sehinggalah Umno buat gambar Ku Li pakai tengkolok lambang salib untuk memesongkan fikiran orang Melayu supaya jangan menyokong Ku Li dalam pilihanraya. Umno masa tu telah berjaya raih undi dengan isu tersebut.

Terkini tindakan Adun Umno-Bn (Sungai Rapat) Perak, Hamidah Osman yang layak digelar betina saja atas sikap kebinatangan beliau terhadap gambar Khalid Samad yang dipakaikan jubah paderi Kristian beserta lambang Salib satu perbuatan biadap terhadap sesama Islam dan bangsa Melayu.

Di mana nilai etika dan tata susila seorang pemimpin apatah lagi sebagai seorang wanita ,ibu dan isteri pada suami anak-anak beliau yang lepaskan geram hanya semata-mata hujah Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah? Aku dah kata ,Umno tak mampu nak berhujah dengan fikiran yang sihat dan akal yang waras berdasarkan Quran dan Hadis tapi mereka jadikan hawa nafsu yang dikuasai syaitan untuk berhujah.Mereka jadikan Syaitan sebagai petunjuk dalam berhujah bukannya Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa dan beriman.

Bagaimana orang-orang Umno bawahan nak jadikan akhlak yang baik dan bersopan jika pimpinan atasan dan wakil rakyat mereka bersikap seperti orang yang hilang akal dalam berhujah bahkan jadikan gambar orang Islam seolah-olah digambarkan sudah murtad dan terkeluar daripada Islam. Apa nak dihairankan dengan puak-puak yang pijak kepala lembu dan pijak poster Khalid Samad di dalam kawasan Masjid Negeri Shah Alam dan menyeru 'Bakar gereja' tempohari kalau pemimpin atasan mereka yang suka kencing berdiri dan tak reti-reti nak berhujah ikut Islam dan fikiran yang sihat?Bak kata orang 'Bapa borek anak rintik'.

Lapor TVSelangor.com;

Pas Kutuk Artikel Hamidah Hina Islam

Pas Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang disifatkan sebagai menghina PAS dalam laman blognya.

Sehubungan itu satu laporan polis dibuat Ahli Jawatankuasanya, Mohamad Jamil Abbul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam jam 10.30 pagi tadi.

Jamil berkata, tindakan Hamidah dalam laman blognya yang meletakkan logo parti Islam pada pakaian kebesaran agama Kristian ternyata menjatuhkan maruah dan moral pemimpin dan seluruh ahli serta penyokong Pas.

“Kita merasakan bahawa beliau dengan sengajanya menghina dengan meletakkan lambang Pas pada pakaian kebesaran agama Nasrani. Kita rasa perbuatan ini dengan sengaja ingin mencemarkan Parti Islam.

“Demi kepentingan survival politik, beliau sanggup memutarberlitkan isu kalimah Allah ini sehingga mewujudkan suasana tidak tenteram di antara penganut agama di Malaysia. Beliau celaru dengan seruan ‘Umat Islam perlu bersatu’ tetapi perbuatannya menghancurkan persaudaraan Islam,”katanya selepas membuat laporan polis. Baca di sini

Nak tengok gambar di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan