Selasa, 19 Januari 2010

Isu Projek Minyak Di Yan: "Buat apa saya nak tunduk kepada dia"-MB Kedah

Jabatan Alam Sekitar(JAS) tidak meluluskan projek penapisan minyak di Yan, Kedah oleh Sungai Limau Hidrokarbon Hub(SULIHH) dengan alasan beri kesan buruk kepada alam sekitar.Difahamkan projek itu ialah termasuk penambakkan laut bukannya mengambil tanah-tanah pesawah padi di kawasan sekitar.Sahabat Alam Malaysia (SAM) turut menyokong keputusan JAS yang tidak mahu luluskan projek yang bernilai RM36 Bilion itu.

Ustaz Azizan MB Kedah ketika mengulas isu tersebut sebaliknya tetap mahu projek besar itu diteruskan seperti yang telah dirancangkan sebelum ini.

LaporBernama;

Projek bernilai RM36 bilion itu telah beberapa kali ditangguhkan yang akan dimajukan bersama oleh Merapoh Resources Sdn Bhd, Hong Kong Beijing Star Ltd., Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. dari Korea.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai keputusan itu dan kenyataan SAM itu berkata "ini negara bebas. Dia boleh kata apa sahaja dan saya juga boleh kata apa yang saya nak kata."

"Buat apa saya nak tunduk kepada dia. Kalau dia nak tolong juga bawa mai la (bawakan) RM100 juta ke Kedah," kata Azizan dan menambah kata perkara itu akan diselesaikan dalam masa dua atau tiga bulan sahaja dan selepas itu ia akan diteruskan. Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan