Rabu, 20 Januari 2010

Mukhriz Patut Didakwa?

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar berkata penangkapan seorang pelajar yang didakwa timbulkan sentimen antara agama dalam isu kalimah 'Allah'sebenarnya dikambing hitamkan saja kerana dalang sebenar dibelakang laman sosial facebook itu terdiri daripada orang Umno termasuk anak Tun Mahathir iaitu Mukriz yang juga ahli Parlimen Jerlun.

Pendedahan ini dijelaskan oleh beliau dalam berita Free Malaysia Today edisi Bahasa Melayu seperti berikut;

shamsul-iskandar ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) mempersoal tindakan kerajaan yang tidak mengheret orang Umno-Barisan Nasional (BN) yang giat menyemarak isu kalimah ‘Allah’ dalam laman sosial facebook, sebaliknya mengkambinghitamkan seorang pelajar.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata, kerajaan menutup mata kepada dalang sebenar kumpulan yang menamakan diri sebagai ‘Menentang Penggunaan Nama Allah oleh Golongan Bukan Islam’ dalam facebook.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pendakwaan terpilih, beliau hairan kerana pengendali dan pegawai kumpulan itu, tidak diheret sama ke mahkamah.

"Kumpulan itu jelas didukung orang Umno-BN. Kenapa tidak dakwa mereka? Mengapa hanya pelajar sahaja didakwa, bagaimana pengendali laman itu?

"Maknanya, tangkapan itu untuk meredakan keadaan sahaja sedangkan pelaku sebenar yang membakar gereja terlepas begitu sahaja," katanya kepada Suara Keadilan.

Antara pentadbir kumpulan itu ialah Exco Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah manakala antara pegawainya ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan