Ini gambar semasa demontrasi anti ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA tahun 2009. FRU telah melepaskan gas pemedih mata ,bom asap dan water cannon keatas penunjuk perasaan yang minta kerajaan Umno-BN hapuskan akta zalim yang kurung orang tanpa bicara.
Kini kata Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein kerajaan tidak halang rakyat untuk bersuara dan sampaikan pendapat.Lapor malaysiakini dan bernama;
Kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, dengan syarat ia tidak menjejaskan keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian juga akan melakukan pemantauan terhadap laman-laman blog berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan jika ia mengancam keselamatan negara.
"Jika menjejaskan keselamatan, itu memang tugas kita untuk memastikan bahawa tindakan mereka itu akan diadili, atau ambil tindakan sebelum ia berlarutan dan wujud insiden yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementerian di sini hari ini.Baca di sini
Umno-bn yang berkuasa akan merogol kebebasan bersuara jika tidak menguntungkan mereka .Mereka yang demontrasi yang mengecam kerajaan dalam isu ISA ditangkap,direman dan dilokap kerana bertentangan dengan kehendak politik busuk dan jijik Umno. Kalau demontrasi untungkan BN dan Umno 3 hari 3 malam pun tak mengapa tak ada sebarang tindakan yang diambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan