Selasa, 26 Januari 2010

Bukan Aku- Amran Harun


Bila baca berita kata Pegawai Khas MB Perak telah ditahan SPRM dalam kes penyeludupan pasir dan hadiah seks oleh berita TV3 dan TV9 terbayang aku akan wajah Amran Harun yang sentiasa bersama MB Nizar kemana saja beliau pergi.Orangnya hitam manis dan sentiasa tersenyum dan bekerja kuat untuk Pas Perak dalam pru -12 yang lalu.

Aku pun telefon tanya dia, "Apakah yang dilaporkan media pro Umno itu siapa yang sebenarnya"? Jawab Amran dengan ketawa, "kita tengok la nanti siapa orangnya yang pasti bukan aku.Kita dah bagi tempoh 24 jam kepada media pro Umno itu untuk minta maaf dan tarik balik kenyataan mereka".

Lapor Malaysiakini;

Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk TV3 dan TV9 memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang cuba mendapatkan video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.

Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapt maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.-Malaysiakini

Inilah skrip lama media Umno yang suka putarbelit berita walaupun mereka bertaraf profesional dalam media kewartawanan.Mereka tidak serik-serik dan jadi ketagih untuk buat berita palsu untuk memburukkan 'musuh' politik mereka supaya dipercayai rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan