Ramai ibu bapa mengeluh dan merasa bimbang dengan langkah baru Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi menyediakan makanan asrama pada hari Sabtu dan Ahad serta Jumaat dan Sabtu mengikut negeri yang bercuti untuk pelajar -pelajar sekolah yang tinggal di sekolah berasrama penuh. Makanan Asrama telah dihentikan kerana mahu berjimat cermat.
Para pelajar terpaksa membeli makanan dengan wang sendiri walaupun yuran makanan asrama telah dibayar semasa hari pertama daftar persekolahan minggu lepas. Para pelajar yang jarak rumahnya dekat dengan kawasan persekolahan tidak menimbulkan sangat masalah,bagaimana pula dengan para pelajar yang tinggal di Selangor contohnya tapi bersekolah di Perlis? Sudah tentu timbul masalah kepada mereka.
Kenapa Kerajaan Umno-Bn kedekut sangat nak tolong pelajar-pelajar sekolah yang semuanya bukan-bukan kaya-kaya belaka? Kenapa ditarik balik segala bantuan yang telah lama diberikan ini?Jangan hanya pandai cakap 'Umno Juara Rakyat' tapi dalam masa yang sama menyusahkan rakyat dan pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Naib Presiden Umno Muhyidin Yasin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mesti dipersalahkan dalam hal ini kerana menyusahkan para pelajar sekolah yang tinggal di sekolah berasrama penuh.
Baca juga di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan