Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.
Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.
Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.
Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.
Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya. Baca di sini
Kata pula Takiyudin Hasan Exco Kerajaan Kelantan dalam isu minit mensyuarat yang bocor;
“Keputusan ini dibuat pada Rabu lepas dan minit mesyuaratnya pun belum disahkan lagi, soalnya bagaimana maklumat ini boleh bocor.
‘‘Saya minta Menteri Besar supaya menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat ini kerana kita bimbang akan menimbulkan isu yang tidak sepatutnya pada masa depan,” katanya di sini hari ini.-Urtusan Malaysia Online ,Baca di sini
Ketua Pembangkang Dun Kelantan Alwi Che Ahmad pula dengan sinis menempelak Tok Guru dalam isu Bazar yang dikatakan rugi itu.
"Dalam dewan kita telah sebut bahawa perjanjian dengan sebuah syarikat swasta itu memang dari dulu berat sebelah, tapi sebab dia (Nik Abdul Aziz) degil nak dengar sangat nasihat menantu yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sekarang kerajaan negeri kena tanggung rugi.
"Sudahlah Kelantan tidak cukup perbelanjaan mengurus kena pula tanggung rugi besar. Sebab itulah wang ihsan minyak tidak disalur kepada kerajaan negeri sebab yang ini pun dia tak pandai nak urus," dakwanya ketika dihubungi di sini hari ini.-Utusan Malaysia Online.
Nasib Tok guru diserang kiri dan kanan depan dan belakang atas dan bawah.
Hang Nadim Dan Musang Berbulu Ayam- MSO
Punca Bazar Tok Guru rugi besar-Utusan Malaysia Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan