Jumaat, 22 Januari 2010

PA Yaakob Sapari Tak Perlu Takut Jika Tak Salah

Gambar yang di hadapan sekali itu yang kena gari adalah Hussein Ahmad, PA Exco Negeri Selangor Yaakob Sapari (Gambar Berita Harian)


Hussein Ahmad PA Yaakob Sapari telah direman 5 hari dan rumanhya di Seksyen 27 ,Shah Alam turut digeledah atas dakwaan rasuah luluskan kontrak pasir dan pergi ke China ditaja pihak tertentu.Exco Yaakob Sapari nafikan tuduhan ke atas Hussein itu dan berkata pihak SPRM hanya mahu jatuhkan maruah Kerajaan Pakatan di Selangor.

Hussein tak perlu gentar dan rasa takut jika tak bersalah.Apa nak ditakut jika berada dipihak yang benar.Malah anda akan merasa lebih kuat dan bersemangat jika anda jadi mangsa pihak-pihak tertentu yang mahu mendajalkan anda.Jika sebaliknya itulah yang patut anda terima atas perbuatan anda.

Kita tidak boleh kompromi dengan pihak yang salah dan kita mesti pertahankan kebenaran jika tidak lakukan seperti yang didakwa.Nak takut apa?Mungkin cara siasatan SPRM ke atas Hussein dan lain-lain yang dituduh rasuah isu pasir dan juga rasuah seks berbeza-beza dan kita tunggu apa yang akan Hussein bagi tau bila keluar lokap nanti selepas tempoh reman habis.

Tahun lepas kematian Teoh Beng Hock di tingkat 5 Plaza Masalam,seksyen 9 Shah Alam menimbulkan pelbagai andaian semasa disoal siasat SPRM. Ada yang kata Teoh bunuh diri, terbunuh dan dibunuh.Pelbagai andaian itu membawa kepada mayat Teoh digali semula untuk dibedah siasat kali kedua.Siapa yang buat kerja tu kita pun tak tahu.Hantu Teoh juga dilaporkan berlegar-legar dalam bangunan itu cari apa kita pun tak tahu.Kepada siapa yang tak percaya wujudnya hantu boleh datang bangunan Plaza Masalam untuk cuba-cuba rakam imej hantu Teoh jika betul-betul wujud.

Berkaitan
Pasir& seks 4 lagi ditahan,20 direman-Malaysiakini
Pembantu Exco Selangor Ditahan Reman-TVSelangor.com
Operasi SPRM mencurigakan-Yaakob Sapari-TVSelangor.com

2 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Sedap mulut atau buah fikiran je? "Yaakob Sapari tak perlu tak takut jika tak bersalah."
    Hello beliau di tahan oleh SPRM .Mau tak takut. Orang gila saja atau UMNOBN je yang tak takut dengan penahanan SPRM .Dulu mendiang B.H.Teoh pun tak takut bila ditahan dan di soal siasat oleh pihak SPRM tapi apa terjadi dengan beliau , menjadi arwah kat bangunan SPRM . La ni pihak Mahkamah 1 Malaysia membenarkan seseorang yang kena tahan di bolehkan di soal siasat 24 jam .Siapa akan menyara keluarga Saudara Yaakob Sapari dan pembantunya kalau berlaku seperti B.H.Teoh . Sampailah ni Kes kematiannya masih timbul dan tak tahu bila akan selesai.hj jamaludin

    BalasPadam
  2. Sesiapa mengaku warga negara jangan takut berpolitik di Malaya ni. Perjuangan politik menuntut pengorbanan. Pemimpin harus di selamatkan terutama exco jika tidak tumbang kerajaan PR.

    BalasPadam