Isnin, 18 Januari 2010

'Cah Keting' Lama -Lama Terpelanting

Pandangan Prof Dr Abu Hasan Hasbullah yang mengatakan sokongan rakyat Kelantan kepada Pas dan Tok Guru Nik Aziz tetap tidak berubah walaupun dilanda macam-macam krisis dalam pentadbiran kerajaan negeri. Apa yang berlaku dalam poltik Pas Kelantan tidak akan mampu menggugat Pas untuk hadapi pru -13 nanti. Itu pandangan profesor yang buat kajian.

Ada yang merasa seronok dan lega dengan kenyataan itu tapi cukupkah hanya dengan pandangan prof tersebut dengan apa yang berlaku sekarang di Kelantan? Mau tidak mau jika berterusan 'cah keting' yang melanda dalam Pas Kelantan boleh menimbulkan kebimbangan untuk Pas terus berkuasa di Kelantan. Pas yang dah 20 tahun perintah Kelantan sudah tentu sudah mahir dengan sepak terajang politik yang pelbagai dan Umno sudah hampir berputus asa untuk kuasai Negeri Kelantan hinggalah muncul wang ehsan atau duit sedekah yang mampu mengubah wajah Kelantan jika diambil mudah oleh Pas.

Dulu tak berapa dengar isu kroni dalam Kerajaan Negeri Kelantan hinggalah timbul isu menantu Tok Guru yang menjawat jawatan CEO PMBK Ariffahmi yang sikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Pas Kelantan dan Pas sendiri yang begitu kuat menentang kronisme, nepotisme dan rasuah. Menantu Tok Guru itu katanya dah nak letak jawatan Mac ini tapi abang iparnya pula Nik Abduh minta Ariffahmi jangan letak jawatan demi maruah dan tidak tunduk kepada fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Hari ini bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan Dr Rosli Allani pula mengaku memang wujud 'cah keting' dalam Pas Kelantan selepas Tok Guru kata memang wujud 'cah keting' di dalam Pas Kelantan.

Lapor Malaysian Insider;

Malah kata Rosli, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan hanya kerana beliau merupakan bekas pegawai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa iaitu antara personaliti penting dalam politik PAS negeri itu.

“Saya bersetuju dengan Tok Guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tentang wujudnya cah keting dan percaya ada unsur politik yang telah merumitkan lagi suasana yang saya lalui,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Husam yang juga bekas setiausaha politik Nik Aziz dilihat sebagai “orang kesayangan” menteri besar itu tetapi kini didakwa ada usaha untuk merenggangkan hubungan kedua-dua mereka.

Dalam ulasan yang diberikan kepada The Malaysian Insider menerusi SMS, Rosli mendakwa adalah puak-puak tertentu dalam PAS yang menggunakana amalan “cah keting”.

“Kumpulan-kumpulan dalam PAS. Saya dilabel sebagai orang Datuk Husam sebab saya bekas pegawai khas dia,” katanya.

Secara kebetulan mahkamah mengeluarkan penghakimannya dua hari selepas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS dilaporkan secara terbuka mengakui wujud budaya “cah keting” atau amalan cantas-mencantas dalam PAS sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Laporan media menyebut selepas kuliah mingguannya Jumaat lalu, Nik Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap “cah keting”.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, PAS dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Baca di sini

Jangan dok 'cah keting' sangat-sangat nanti lama-lama semua sekali terpelanting. Hidup ni macam roda kita kena ingat kadang -kadang kita di atas dan kadang -kadang kita di bawah tak selamanya kita di atas saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan