Ahad, 17 Januari 2010

Doa 'Cah Keting' ?


Tajuk besar Mingguan Malaysia hari ini ialah 'Cah Keting' Dalam Pas. Kata Mingguan Malaysia Tok Guru Nik Aziz mengaku ada berlaku masalah dalaman dalam Pas Kelantan.Samaada berita tu betul ke tidak terpulang kepada kita nak percaya atau tidak. Yang pasti kalau suratkabar Umno itu boleh kata kat Pas, Pas Kelantan pun boleh jawab balik kalau berita tu tak betoi.

Kata Mingguan Malaysia Tok guru terpaksa berdoa untuk elak 'cah keting' daripada terus berlaku dalam Pas.

Lapor Utusan Malaysia Online;
Kata MB Kelantan:

''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.

''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini.

Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam seharusnya berdoa bagi memohon perlindungan daripada pelbagai masalah dan kejahatan.

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa.

''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.Baca Nik Aziz Akui 'Cah Keting'

Sementara Nik Abduh anak Tok Guru mahu adik iparnya Ariffahmi tetap pertahankan jawatan CEO PMBK demi 'maruah dan fitnah' walaupun Ariffahmi akan letak jawatan Mac ini. Kata Nik Abduh;

''Saya yang minta Ariffahmi pertahan duduk situ sebagai tanda kita jaga maruah dan tidak tunduk kepada fitnah.

''Ariffahmi boleh pergi pada bila-bila masa tetapi ayah (Nik Aziz) yang minta dia meletak jawatan pada Mac ini sebab ada tugas yang belum selesai, tapi orang tidak faham sehingga ada orang kata dia tebus balik sesuatu.

''Ayah hendak tengok dia sempurnakan tugasnya dulu, kebetulan pula pada Mac ini ada program besar yang perlu diselesaikannya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas majlis pelancaran produk kesihatan keluaran Tok Guru Nutraceuticals Marketing oleh Nik Abdul Aziz di rumahnya di sini hari ini.-Utusan Malaysian Online



Baca juga;
Takiyuddin persoal maklumat mensyuarat Exco bocor- Utusan malaysia online
Ariffahmi diminta kekal jawatan-Utusan malaysia online
Exco:Kelantan nafi rugi rm50juta beli balik Bazar Tok Guru-Malaysian Insider
Rakyat Kelantan Kehilangan rm50 juta Angkara Almenantunya Nik Aziz Bernama Ariffahmi-Kickdefella

Tiada ulasan:

Catat Ulasan