Isnin, 25 Januari 2010

Hussein Ahmad Dibebaskan Tanpa Syarat


Berikut apa yang diemailkan ke dalam blog ini oleh media pekerja tanpa edit keyataan Exco Yaakob Sapari mengenai kes Pegawai Khas beliau Hussein Ahmad yang telah dibebaskan tanpa syarat oleh mahkamah;

Kenyataan Media
25 Januari 2010

Lagi tindakan SPRM dipersoalkan

Mahkamah Majistret Kajang pada jam 12 tengahari tadi telah membebaskan pegawai khas Exco Selangor Hussein Ahmad yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lepas setelah tahan reman selama lima hari tamat pada hari ini.

Walaupun beliau telah dibebaskan tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret, Hussein hanya dibenarkan pulang oleh SPRM pada jam 3 petang setelah mendepositkan wang jaminan (bond) sejumlah RM1,000 kepada SPRM, bukannya kepada pihak mahkamah.

Kami difahamkan jaminan tersebut dikenakan di bawah Akta SPRM Perkara 49(2) dimana Pengarah SPRM boleh mengenakan sejumlah wang jaminan yang dikehendaki sebagai syarat “membebaskan” seorang tahanan. Akan tetapi, Pengarah SPRM juga berkuasa untuk tidak berbuat demikian.

Apakah dasar pihak SPRM menggunakan kuasanya di bawah peruntukan tersebut? Jika mahkamah telahpun membebaskan Hussein tanpa syarat, mengapakah pula pihak SPRM mengenakan wang jaminan? Tambahan pula, Hussein tidak didakwa di mahkamah.

Keyakinan masyarakat umum terhadap SPRM telahpun terhakis sejak kes kematian mendiang Teoh Beng Hock. Maka tindakan SPRM ini akan dilihat sebagai hukuman tambahan ke atas Hussein yang telahpun memberi kerjasama semasa ditahan reman selama lima hari itu.

Dengan ini kami menyeru agar pihak SPRM menjalankan tugas mereka secara profesional dan telus supaya mereka yang benar-benar terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan kuasa dihadapkan kemuka pengadilan, dan bukannya mereka yang tidak berdosa.


YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan

Berkaitan
Sembilan suspek kes penyeludupan pasir dibebas-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan