Sabtu, 30 Januari 2010

Hakim Augustine Paul Dalam Pas

Apabila hukuman dijatuhkan ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali ramai orang Pas yang tak puas hati termasuk aku sendiri.Tapi kali ini aku nak cerita luahan hati seorang orang Pas yang tak puas hati yang kata dekat aku.

Apa beza Pas dengan Umno dalam isu Khalid Samad Dan Hasan Ali? Dulu kita marah kepada Hakim Augistine Paul (dah mati dah) kerana jatuh hukum penjara ke atas Anwar Ibrahim, kerana kita anggap keputusan Hakim itu berat sebelah,kena tumbuk rasuk lah,kena belilah dan macam lagi kita kita,semua kita kata lah.Kita kutuk habis-habisan kat Hakim Augustine Paul kerana menganiayai Anwar Ibrahim.Tu cerita lama.

Ada yang kata 'Hakim' yang buat keputusan dalam kes Hasan Ali dan Khalid Samad tu sama saja macam Hakim Augustine Paul dalam perbicaraan kes Anwar Ibrahim.Betoika lagu tu?Kata orang tu lagi kalau kad merah sama -sama la kad merah,kalau sama-sama dah buat salah hukuman yang dijatuhkan mesti serupa .Kalau tak serupa pun beza sikit sudah lah ni beza banyak sangat umpama langit dengan bumi .Kenapa seorang kena gantung jawatan dan sorang lagi hanya dicubit-cubit sayang saja ,bekas cubit pun tak ada!

Kata beliau lagi ,hukuman ke atas Khalid Samad sama saja macam kes Badan Disipilin Umno yang jatuh hukum kepada Ali Rustam dan Khairy Jamaludin yang dituduh amalkan politik wang semasa mereka nak bertanding rebut jawatan dalam pemilihan Umno tahun lepas.Dua-duanya di dapati bersalah amalkan rasuah politik wang .Khairy Jamaludin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding, sementara Ali Rustam tak dibenarkan bertanding mungkin juga kalau masuk bertanding lawannya Muhyidin Yasin boleh kalah! Khairy menang jawatan Ketua Pemuda Umno dan Mukhriz tewas . Mukhriz pula diangkat jadi Timbalan Menteri tapi Khairy yang menang Ketua Pemuda Umno Malaysia tak dapat apa-apa jawatan hingga sekarang dalam kerajaan.

3 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Pengadil dah buat keputusan atau Hakim telah jatuhkan hukuman . Kenapa kita tidak puas hati ? Siapa kita untuk menidakkan keputusan Pengadil atau keputusan Hakim. Apa level kita untuk pertikaikannya.Pengadil atau Hakim tahu apa yang terbaik untuk Parti PAS .Dari kaca pengadil atau hakim , saya rasa mereka takut kehilangan undi Melayu Selangor yang telah di black magic oleh Hasan Ali sehingga Melayu Selangor sanggup menjadikan diri mereka sebagai "LEMBU DI CUCUK HIDUNG" untuk berdemo sehingga membawa kain rentang dimana berbagai bagai ayat2nya menghemtan YB Khalid .YB Khalid baik di kambing hitam kan supaya Parti Pas Selangor tidak kehilangan undi Melayu .
    Alhamdulilah saya bukan ahli PAS tapi saya dan seluruh keluarga saya menyokong teguh dengan perjuangan TUAN GURU NIK AZIZ. So HIDUP YB KHALID . YB KHALID tak payah lah nak memohon rayuan untuk menepis keputusan Pengadil atau keputusan Hakim . Hj Jamaludin

    BalasPadam
  2. salam tuan....
    sungguhnya begitu le apabila takut kepada bayang2 mereka sendiri...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 2010 Januari 30 13:35 berkata "Kenapa kita tidak puas hati ? Siapa kita untuk menidakkan keputusan Pengadil atau keputusan Hakim. Apa level kita untuk pertikaikannya.Pengadil atau Hakim tahu apa yang terbaik untuk Parti PAS." Ini perkara prinsip. Kalau dari mula dah tak adil, dan prosesnya juga tak adil macam mana? Tak boleh nak komen? Ini seperti kami ahli-ahli PAS kat bawah ini bangang dan tak reti apa yang depa buat? Asyik kena klentong memanjang dan tak ada saluran nak sampaikan kegusaran kami. Kami nak PAS kembali Islam dalam citranya. Ada faham!

    Pemimpin PAS atasan patut dengar pada ahli akar umbi. Kalau kita jadi seperti kisah "Singapura dilanggar todak", orang yang istiqamah dan bijak dihapuskan demi nafsu apa akan jadi pada PAS?

    BalasPadam