Selasa, 5 Januari 2010

Apa Rasa Kalau Disebut "Allah is dead"?- Tun Mahathir

Tun Mahathir mantan PM Malaysia pula berhujah berdasarkan fikiran beliau dan hujah-hujah beliau kenapa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang -orang bukan Islam terutamanya orang yang beragama Kristian. Ini pandangan Tun Mahathir aku siarkan juga walaupun dia Umno dan bekas Presiden Umno. Manusia mempunyai pandangan yang berbeza -beza kalau semua otak punyai fikiran yang sama tu bukan manusia namanya. Pandangan Tun itu hak beliau kita juga boleh setuju dan tak setuju. Tun juga pernah berkata Umno dah busuk hingga ke usus dan ini pula apa yang Tun kata dalam blog beliau;



Bookmark and Share
1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Saya malas nak jawab tentang isu lain yang diutarakan, lagipun bukan bidang saya nak mengulas perkara ini. Selain itu saya malas nak jawab dalam blog dia, sebab ramai sangat suku sakat dia memberi komen. Cuma saya berminat pada isu 'Allah is dead?'.

    Pada saya, bukan orang kristian tu yang lemah iman, Tun M sendiri sama ada lemah iman atau tak beriman. MANA MUNGKIN SEORANG MUKMIN BERASA HATI APABILA DINYATAKAN 'ALLAH IS DEAD'. Allah tidak akan mati, malah Dia akan kekal abadi selama-lamanya (baqa). Inilah masalahnya bila kecik-kecik suruh mengaji... cabut lari, sampai tidak kenal sifat-sifat Allah.

    Hanya Firaun antara manusia yang pernah mengata Allah (Tuhan Musa) telah mati dipanah oleh beliau. Barang kali adalah seorang tu yang merupakan pengikut setia firaun berasa hati apabila ada ungkapan 'Allah is Dead'.

    BalasPadam
  2. Bagi saya hujah Dr Mahathir ni ada kebenarannya, hujah TGNA ada kebenarannya, hujah Dr Haron Din ada kebenarannya, begitu juga hujah Khalid Samad, masing-masing ada hujah yang bernas serta boleh dipertimbangkan.

    Saya cuma risau jika dibiarkan kegunaan nama Allah ini oleh agama kristian akan menjadi satu daya tarikan kepada orang Islam untuk menjadi kristian kerana bertuhankan Allah yang dianggap sama.

    Cadangan saya ialah orang-orang yang berilmu perlu duduk berbincang tentang baik buruknya berkenaan dengan isu ini tanpa perlu berdemo tunjuk perasaan secara emosional.

    Dan inilah masanya TGHH, Nasharudin Mat Isa, Hasan Ali serta Geng Perpaduang yang lain untuk membuktikan keilmuan mereka. Tapi janganlah berbisik-bisik dalam gelap.

    Invite semua pakar-pakar agama termasuk di dalam PKR, UMNO, PAS atau mana-mana parti yang berkaitan. Jadi tidaklah akan timbul fitnah.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama ini mukmin ka? sampai sanggup tuduh Tun M tak beriman. Kalau tengok hujah Tun M dia adalah seorang yg beriman kerana percayakan keesaan Allah.

    BalasPadam