Rabu, 13 Januari 2010

Khalid Samad Berhujah VS Pijak Gambar

Khalid Samad yang suka berhujah dan hujahnya pula sering jadi kontroversi disebabkan yang mendengarnya pula tak pandai nak berhujah yang mereka pandai hanyalah pijak kepala lembu dan juga pijak gambar Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Dilaporkan pula yang geng pijak kepala lembu adalah orang yang sama pijak gambar Khalid Samad. Dulu geng pijak kepala lembu tak puas hati dengan Khalid Samad dengan isu pindah kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 ,Shah Alam.Sekarang mereka juga tak puas hati penjelasan Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah.Mereka tak pandai nak berhujah macam Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah jadi bila dengar daripada hujung-hujung telinga kata kalimah Allah boleh digunakan oleh orang selain agama Islam mereka terus pijak-pijak gambar Khalid kerana samaada benci dekat Khalid Samad atau terlampau benci dekat orang bukan Islam lalu gambar Khalid dijadikan mangsa.Kali ini demo Kalimah Allah disertai Jais dan Mais dan geng pijak gambar khalid.Mereka 'bersatu hati' demi Kalimah Allah.

Bila ada dalam banyak-banyak orang yang berdemo tu sebut 'Bakar Gereja'! masing-masing pakat tak mengaku orang yang kata tu daripada kelompok masing-masing. Ada yang kata tak kenal pun orang yang bernama 'Suhaimi Shafie' pada hal mereka sama -sama demo di Masjid Negeri Shah Alam jumaat lepas.Mungkin takut kena ISA tu yang pakat tak mengaku. Menteri yang bagi amaran nak ISA tu pula buat 'gempaq' tu yang pakat tak ngaku.

Mereka 'bersemangat' pijak gambar Khalid Samad dalam Isu nak pertahan Kalimah Allah.Kalau ditanya kepada mereka geng pijak gambar Khalid tu -"Allah yang mana satu kamu nak pertahan?Adakah kamu kenal Allah?". Agak-agak muka yang bukan kaki masjid tu boleh jawab ke tidak?Macam juga orang tanya kita -"Hang solat ni kerana apa? Kerana Allah atau kerana nak masuk Syurga?"

Lapor Malaysiakini;

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.

Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).

Khalid berkata, sekiranya pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khalid turut membidas pemimpin BN yang menurutnya mengamalkan 'double standard' dengan membenarkan protes tersebut, dengan syarat pesertanya berada dalam halaman masjid.

Beliau menyifatkannya sebagai amat ganjil kerana sewaktu demonstari diadakan terhadap 'tiga katak' di Ipoh, pemimpin BN berkata 'ini bukan budaya kita'.

"Jadi mengapa ia kini menjadi budaya kita sekarang," soalnya.

Khalid merujuk kepada demonstrasi yang diadakan di Ipoh Februari lalu ketika tiga ADUN dari PKR dan DAP mengisytihar menjadi wakil rakyat Bebas, sehingga mencetuskan krisis perlembagaan di Perak.

Mengenai pendiriannya dalam isu 'Allah', Khalid berkata beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan