Sabtu, 29 April 2017

Al Kazzab

Dengan apa yang jadi dalam puak yang mengaku berjuang untuk agama tu aku cuma teringat ada satu drama Melayu berjudul Al Kazzab (pembohong besar).

Kisahnya ada seorang jahil berlagak jadi warak dan alim. Beliau berserban dan berjubah menipu orang kampung yang jugak jahil agama. Seorang pengikutnya bawak balik al kazzab ni tinggal di rumah beliau dan menggelarnya tuan guru.

Satu hari ketika si jahil agama ni tidak ada di rumah ..tuan guru ke dapur dan terlihat isteri si jahil tuang air daripada belakang sehingga tercabut kopiah yang dipakainya. Tuan guru tidak sedar si suaminya pulang dan berkata.."Apa yang tuan guru pandang ada iblis lagikah dalam rumah ni?" Jawab tuan guru.," Bukan ...bila ana tengok isteri anta tuang air ana teringat betapa deritanya anak-anak yang menderita di Palestine"

Dalam satu babak lagi apabila anak murid ni ke kedai kopi terpandang anak2 muda sedang membelek resit nombor ekor dan memarahi mereka..

"Kamu semua ni nak jadi ahli neraka kah tikam nombor ekor.." Tiba2 tuan guru datang dan berkata kepada anak muridnya, "Kenapa marah mereka beli nombor ekor..?"
Jawab anak muridnya ,"Bukankah berjudi tu haram tuan guru?" Jawab tuan guru, "Tak mengapa..setiap perbuatan itu atas niat.." Maka  semakin bertambahlah anak murid tuan guru...
Anak murid tuan guru amat marah apabila ada yang panggil gurunya dengan pak lebai.."Ini bukan pak lebai lah ini tuanguru ..jangan biadap"

Masyarakat jadi rosak bila si jahil berguru dengan orang yang kaki temberang dan jahil yang berlagak jadi tuan guru.

Baru pandai baca doa kenduri kesyukuran,kenduri pulut kuning dah dianggap ulama dan tuan guru sebab tu lah habis jahanam..

Jumaat, 28 April 2017

RAFIZI MASIH DAKWA PEMIMPIN PAS TERIMA DUIT DARI NAJIB

Rafizi terus mendakwa pimpinan Pas terima duit daripada Najib walaupun diserang Pemuda Pas;

Kenyataan Balas Cabaran Pemuda PAS Saya Bertanding di Pandan

Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap KEADILAN, terutamanya saya dan Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atu 67% undi popular). Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Dato' Seri Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini. Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari Perdana Menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Dato' Seri Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai Akuan Berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Dato' Seri Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti. Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden KEADILAN

Khamis, 27 April 2017

Pesta maki hamun dah bermula

Muktamar Dewan Ulama Pas ke 56 di Kedah dimulakan dengan memuji nama Allah dan disudahi dengan memaki parti Amanah negara dengan melaung "Jahanam PAN"

Malu la sikit dah bergelar ulama dok maki hamun parti lawan macam tu..Ulama apa tu.. Ulama kayu ka? Dah tak mampu maki Umno sebab mulut penoh sagon dok kutuk parti yang depa anggap nyamuk..

Patut orang kata Pas parti maki hamun..sebelum ni tuan Presiden Pas dah macam-macam dok maki dengan kalimah barua,babi,anjing dan terkini sekali biawakkan PH.

Menjelang majlis perasmian muktamar penuh Sabtu ini dijangka DAP akan jadi mangsa serangan Pas seterusnya untuk menutup segala bangkai dan kesilapan Pas kepada perwakilan dan pemerhati. Umno dah lama guna cara ni untuk alihkan masalah dalaman parti yang akhirnya Umno turut berpecah dengan lahirnya parti Bersatu.


Baca;Laungan itu dimulakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir.
Sebelum laungan 'Jahanam PAN' dilontarkan, Mohd Rejab meminta semua hadirin berdiri kerana beliau ingin mengetuai bacaan ikrar.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar," katanya.
Bacaan ikrar berkenaan disampaikan dalam bahasa Arab.

Selepas ikrar dibacakan dan laungan takbir bergema sebanyak tiga kali, Mohd Rejab kemudian terus melaungkan "Jahanam PAN".-Malaysiakini..http://www.malaysiakini.com/news/380473

CURI DUIT RAKYAT SAJA TAK KENA PENJARA

Sekarang ni jadi admin group whatsApp pun boleh masuk penjara. Itulah Malaysia negaraku.

Bukan setakat tu saja baca buku,memiliki buku yang kononnya berkaitan dengan keganasan juga boleh dipenjara seperti yang berlaku kepada Siti Noor Aisyah.

Siti Noor Aisyah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didapati bersalah di bawah seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan. Aisyah memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur keganasan yang ada kaitan dengan JI, Daesh dan Al-Qaeda.

Bagaimana pulak dengan pencuri wang rakyat, penyamun dan perompak harta negara nombor wahid? Kenapa Najib Razak yang terang-terang duit SRC Internasional berjumlah RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi beliau tidak disiasat? Hanya ikan bilis saja yang jadi mangsa SPRM yang kini ligat memburu pelaku rasuah di sana-sini.

Tengok di negara Korea Selatan Presiden negara itu yang terlibat dengan gejala rasuah dipecat pihak mahkamah tanpa ada belas kasihan. Berbeza di negara kita ...

Rabu, 26 April 2017

Pakar nuklear duduk dalam Pas pun jadi tak cerdik

Mutakhir ni kita melihat politik Pas semakin bingung dan lemas kerana kerenah pemimpin atasan parti itu yang bercempera dalam membuat keputusan politik.

Lihat sajalah antara Tuan Ibrahim dan Haji Hadi bila mereka buka mulut bercakap mengenai kerusi parlimen dan dun orang yang cerdik politik ketawa terbahak-bahak. Baru-baru ni Tuan Ibrahim kata Pas nak bertanding 80 kerusi parlimen parti pembangkang lain jangan bertanding biar Pas saja nak lawan Umno.

Dalam undang-undang pilihanraya tidak ada hak parti politik halang parti politik lain bertanding jika mereka cukup syarat dan layak. Ini bukan kerja Pas nak halang-halang parti lain syeh..! Tak ada istilah kerusi tradisi dalam undang-undang tubuh SPR. Tu hanya istilah biasa dalam pilihanraya umum atau kecil.

Begitu juga dengan Haji Hadi Presiden Pas yang dilihat begitu cengey atau bengis dengan parti pembangkang tapi begitu lunak dan mesra yang amat dengan Umno. Maki hamun membiawakkan parti lain dah jadi sebati dengan mulut beliau.Macam-macam jenis binatang ciptaan Tuhan meniti dibibir beliau yang juga dianggap seorang ulama.Pembangkang biawak besar katanya berbanding Umno..fuuuh!

Masih ada saki baki golongan profesional dalam Pas yang berfikiran positif tidak boleh buat apa-apa untuk mengkritik secara baik pemimpin mereka. Tegur saja akan dianggap derhaka kepada Ulama! Mereka terpaksa berdiam diri nak keluar Pas tak mampu seperti pemimpin lain yang lari tinggalkan Pas..duduklah jadi batu dan kayu,angguk saja seperti walaun dalam kampung yang masih tegar sokong Pas. 

Tak ada beza antara yang cerdik dan tak cerdik lagi hanya mampu berdiam diri walaupun kata-kata nista dan bodoh pemimpin mereka dibenci dan ditertawakan orang...hattta kalau pakar nuklear sekalipun ada dalam Pas tak boleh buat apa-apa..ingat kalau buat bom pun boleh jadi tak meletup!

Selasa, 25 April 2017

Bukti kerjasama Pas dan Umno secara tak rasmi

Menjelang pru 14 Pas kini dilihat semakin galak dan mesra sangat dengan Umno.
Hanya golongan yang buta politik saja tak percaya bahawa Pas dan Umno dah jadi DULU, KINI DAN SELAMANYA!