Khamis, 18 Mei 2017

Nasib la jadi PM macam Najib

Pengarah filem David Teo dan Mat Over yang juga seorang pelakon dan pelawak bergasak depan PM Najib di rumah rasmi Perdana Menteri di Putrajaya dalam dialog Transformasi Nasional (TN50)  sesi soal jawab. Moderator TN50 tu ialah Rosham Nor yang dilihat kuat membodek Najib.

Hihi nasib lah Najib..jadi PM pun orang tak hormat..atau pun hanya sebuah lakonan antara mereka nak tunjuk betapa sayangnya pelakon-pelakon tu di depan Najib. Mana la tau kot-kot dapat durian runtuh hihi.Mau tau la semua pelakon...


Selasa, 16 Mei 2017

Apa yang disebut Ibrahim Ali memang betul

Apa yang disebut Ibrahim Ali Presiden Perkasa mengenai tiga exco Pas di Selangor yang enggan letak jawatan memang betul. Ini bukan persoalan Ibrahim tu disebelah pihak mana.

Kata Ibrahim Ali, "Secara prinsipnya tiga exco PAS di Selangor patut letak jawatan, itu pandangan saya sSebagai ahli politik.
"Mereka kena letak jawatan kerana tidak ada lagi hubungan antara PAS dengan Pakatan Harapan dan mereka tak boleh berdalih untuk terus pegang jawatan atas dasar mandat rakyat," 
"Ia adalah kuasa menteri besar untuk memilih mereka menjadi exco kerajaan negeri.
"Jadi, kalau mereka tak letak jawatan itu namanya dayus dan kita boleh tafsir ini kerana mereka mempunyai kepentingan kebendaan, sayang nak lepas jawatan," kata Ibrahim.
"Saya percaya jika PAS letak jawatan, parti itu akan dipandang tinggi dan maruah PAS juga. Selebihnya biar rakyat menilainya tak perlu dolak dalih dan jangan guna institusi diraja untuk selindung (kekalkan jawatan).
"Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik," kata Ibrahim.-Malaysiakini.

Sabtu, 13 Mei 2017

Dah anggap PKR pengkhianat Islam kenapa tak letak jawatan exco?

Antara punca Pas putus hubungan dengan PKR mengikut Majlis Syura Pas ialah PKR didakwa menentang agenda Islam yang dibawa Pas.

Alasan itu sudah cukup buat Pas keluar daripada kerajaan negeri Selangor. Bagaimana mungkin Pas masih duduk dalam kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR yang dianggap menentang Islam?

Sanggup Pas tidak mahu letak jawatan exco yang berketuakan parti 'pengkhianat' hanya kerana demi pangkat ,gaji dan elaun exco?

Jumaat, 12 Mei 2017

Dengarlah pandangan pakar perlembagaan bukan cakap walaun


Nak dengar gelembong walaun atau pakar perlembagaan? Setelah Pas buat keputusan rasmi bercerai talak tiga dengan PKR di Selangor mereka bagi alasan mahu terus berada dalam kerajaan negeri kerana 'Mandat Rakyat". Saja nak bagi tau mandat rakyat diperolehi melalui pilihanraya bukannya jawatan exco!Jawatan exco bukan mandat rakyat tapi dilantik oleh MB!

Janganlah bagi alasan yang boleh ditertawakan orang hanya kerana mahu terus sapu elaun exco,ahli majlis,jawatan dalam GLC dan ketua kampung.Mana ada dalam negara lain parti dah jadi pembangkang kerana berpisah boleh kata kami sebahagian daripada kerajaan?

FMT;Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.
“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya
Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.
Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.
Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.
PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.
“Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu,” kata Aziz.
Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.
“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik.”
Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.-Free Malaysia Today

Sabtu, 6 Mei 2017

"Pemimpin adalah khadam"

Baru-baru ni dalam ucapan penggulungan muktamar Pas Presiden Pas kata ,"Pemimpin adalah khadam"
Betullah lah tu jadi khadam kepada rakyat bukan jadi khadam untuk Umno terus berkuasa.
Yang menekan rakyat adalah Umno takkan buat2 lupa.
Kerajaan Umno-Bn hadiahkan kepada rakyat 6% gst hinggakan pekedai runcit terpaksa tutup kedai kerana tidak tahan dengan GST. Kilang besar banyak yang hampir tutup dan kecilkan perniagaan ini semua berpunca daripada pentadbiran Najib Razak yang hilang punca kerana skandal kewangan 1MDB yang banyak hutang.

Tiba2 ada yang berterimakasih kepada kerajaan yang korup ini kerana termakan gula2 RUU 355 yang terbantut setakat bentang usul saja tanpa bahas dan undi.

Hinanya jadi pemimpin tapi jadi khadam kepada pentadbiran Najib yang sarat dengan hutang negara, rasuah bermaharajalela..ikan bilis ditangkap bapak rasuah buat bodoh saja tidak didakwa.

Jumaat, 5 Mei 2017

"PAS ISTIHAR SAJA BERSAMA UMNO.."

Menarik ni..selepas keluar bayar bil2 rumah kat BSN terserempak dengan warga emas cerita la pasal politik semasa..kata dia ,"Pas sekarang ni istihar saja bersama Umno kan senang.."

Aku tanya dia," Bang ahli ka..?" Dia kata ,"Saya bukan ahli mana-mana parti saya atas tunggul saja..?" Maksudnya atas pagar la.

Kata dia lagi," Jika Pas istihar berpakat dengan Umno jika menang pru 14 boleh jadi menteri...tapi dalam masa yang sama Pas jugak takut kalah. Jika Pas istihar secara rasmi berpakat dengan Umno akar umbi Pas akan lari tinggalkan Pas.

Tengok muktamar Pas dah lulus usul  sebulat suara putus hubungan dengan PKR..semua orang dengar tapi Pas masih mau tunggu keputusan majlis syura..malu lah..dah jadi pembangkang masih mahu duduk dalam kerajaan negeri Selangor tak pernah dibuat orang.."

Pandangan warga Shah Alam berbeza dengan walaun tegar .

Walaun Pas kena wala' lah...

Sewaktu Presiden Pas Haji Abdul Hadi bersama menteri Umno Ahmad Shabery Chik di Marang Haji Hadi kata;

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.
“Kerjasama hari ini (PAS dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama,” katanya.-Free Malaysia Today

Nampak dak tiada selindung-lindung lagi kehendak Pas nak kerjasama dengan Umno dalam politik. Hanya walaun dalam kampung saja tak reti cara fikir Haji Abdul Hadi Awang yang nak sangat bersama Umno..walaun kena wala' lah

Khamis, 4 Mei 2017

Makin mesra Presiden Pas dengan Umno, musuh dengan PH

Sepanjang muktamar Pas yang baru berlalu perwakilan Pas dan pemimpin tertinggi Pas menyerang pemimpin Pakatan Harapan sebulat suara.

Seolah-olah yang mencuri wang rakyat ialah pemimpin PH bukannya pemimpin Umno yang banyak terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah. Kebencian pemimpin Pas kepada PH mengatasi akal fikiran yang waras dalam berpolitik.

Terkini Presiden Pas bersama menteri Umno dan pemimpin Umno Terengganu  di Marang.


Sekali Ya hanana RM5juta kalau nak beli adun berapa puluh juta?

Rafizi Ramli mendedahkan program Ya Ha nana dapat RM5 juta daripada Najib..

Agak2 la kalau nak tukar kerajaan kat Selangor yang tengah kelam kabut tu berapa puluh juta nilai seorang adun?

Free Malaysia Today;
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menamakan tiga pihak yang menurutnya menerima wang berkait 1MDB daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, sambil berkata pendedahannya supaya memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap perdana menteri.

“(Ia) sebagai tindakan nekad agar SPRM buka semula siasatan terhadap berhubung skandal 1MDB,” kata Rafizi kepada wartawan di badan kaji selidiknya Invoke Malaysia.

Memetik blog “SPRM Insider”, Rafizi menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin, yang menurutnya menerima sebanyak RM2 juta.

Rafizi berkata carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Amhari merupakan pengarah dan memegang 50% saham dalam Orb Solution Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi telefon pintar “Najib Razak” yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

Rafizi berkata Amhari, yang merupakan rakan sekolahnya dahulu, merupakan penasihat kanan di Pejabat Perdana Menteri, dan turut terlibat dalam rundingan menyelesaikan hutang 1MDB dengan IPIC baru-baru ini.

“Sekiranya beliau penerima wang 1MDB, sudah tentu beliau tidak layak terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang 1MDB, kerana wujud pertembungan kepentingan,” katanya sambil menyeru Amhari tampil menjawab dakwaan itu.

Pihak kedua dinamakan oleh Rafizi adalah Najib, di mana beliau mendakwa transaksi sebanyak RM449,586.95 berlaku daripada kad kredit di bawah akaun peribadi di Ambank Islamic kepada Amhari.


Satu lagi transaksi dibuat daripada kad kredit Najib sebanyak RM2,833,147.21, kata Rafizi

Menurutnya, kedua-dua transaksi itu berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali.

Beliau mahu Najib tampil menjawab sama ada pembayaran itu berlaku dan untuk siapa.

“Ini soalan mudah. Kerana sudah tentu Najib tidak beli barang kemas di Itali.”

Pihak ketiga yang dinamakan Rafizi ialah Yayasan Al-Abrar, badan yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” di Kuala Lumpur pada 7 Disember, 2013.

Rafizi berkata yayasan tersebut menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Najib di Am Islamic Bank Berhad.

Dakwaan Rafizi hari ini hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa, menerima sejumlah wang berkait 1MDB, menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa berasal dari dana 1MDB.

“Supaya SPRM tidak ada pilihan kecuali memberi maklum balas tentang perkara ini. SPRM tidak boleh berdiam diri.

“SPRM perlu berdepan dengan rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa maklumat yang diperolehinya adalah sahih dan disemak balik dengan dokumen rasmi siasatan SPRM ke atas 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk menjalankan kempen pilihan raya umum tahun itu.


Siasatan pasukan khas melibatkan SPRM itu bagaimanapun tidak diteruskan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendapati Najib tidak bersalah.

Isnin, 1 Mei 2017

Yang tak kena serang hanya Najib dan Umno dalam muktamar Pas

Hari ni hari terakhir muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Apa yang ada dalam muktamar Pas kali ni?

Tak lain tak bukan serangan perwakilan Pas dan pemimpin tertinggi Pas yang ditalakan kepada parti Amanah,Bersatu,Dap dan PKR. Hari pertama muktamar dewan ulama Pas siap doa lagi Jahanam PAN yang ditujukan kepada Amanah yang lahir selepas perpecahan Pas dua tahun yang lalu.

Hari kedua serangan ditujukan kepada PKR yang dianggap perwakilan Pas tidak setia dan jujur dalam berkawan.Pas jujurkah berkawan?Dalam pru 13 Pas turut letak calon di Kota Damansara dan Sg Acheh walaupun persetujuan awal dua kerusi tu Pas tak bertanding yang akhirnya PR masa tu tumbang kepada BN di dua kerusi tersebut.

Azmin MB Selangor turut jadi serangan Pas dengan alasan bawak masuk artis Barat Selena Gomez dan gelar parti Pas dengan Tok Lebai.Orang Pas dan pemimpin Pas boleh kata apa saja kepada pihak lain tapi bila pemimpin mereka dan parti mereka dikritik mereka tidak dapat terima!

Perwakilan Pas dan pemimpin Pas jugak  mainkan isu Dap yang anti Islam,tak bermusuh dengan orang Cina tapi bermusuh dengan Dap, Umno lebih baik daripada Dap..Ini alasan politik untuk Pas berpeluk dengan Umno yang berjaya memukau semua perwakilan Pas,ahli Pas dan penyokong Pas. Dap dijadikan kambing hitam untuk Pas bermesra dengan Umno sebenarnya.

Parti Bersatu pulak presiden Pas Haji Hadi kata tak tau mana satu imam mana satu makmum..sedap kata kat orang..

Persoalannya kenapa Najib dan Umno yang selama ini dianggap musuh Pas tidak diserang perwakilan Pas dan pemimpin Pas dalam muktamar kali ni? Yang jadikan rakyat negara ini dalam kesempitan untuk kehidupan harian bukan parti2 pembangkang yang diserang Pas tapi Umno,Najib dan BN!

Yang bijak dan selalu ikuti perkembangan politik Pas sejak dulu,kini dan selamanya tahu kenapa Pas kini tak serang Najib.