Hari ni hari terakhir muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Apa yang ada dalam muktamar Pas kali ni?
Tak lain tak bukan serangan perwakilan Pas dan pemimpin tertinggi Pas yang ditalakan kepada parti Amanah,Bersatu,Dap dan PKR. Hari pertama muktamar dewan ulama Pas siap doa lagi Jahanam PAN yang ditujukan kepada Amanah yang lahir selepas perpecahan Pas dua tahun yang lalu.
Hari kedua serangan ditujukan kepada PKR yang dianggap perwakilan Pas tidak setia dan jujur dalam berkawan.Pas jujurkah berkawan?Dalam pru 13 Pas turut letak calon di Kota Damansara dan Sg Acheh walaupun persetujuan awal dua kerusi tu Pas tak bertanding yang akhirnya PR masa tu tumbang kepada BN di dua kerusi tersebut.
Azmin MB Selangor turut jadi serangan Pas dengan alasan bawak masuk artis Barat Selena Gomez dan gelar parti Pas dengan Tok Lebai.Orang Pas dan pemimpin Pas boleh kata apa saja kepada pihak lain tapi bila pemimpin mereka dan parti mereka dikritik mereka tidak dapat terima!
Perwakilan Pas dan pemimpin Pas jugak mainkan isu Dap yang anti Islam,tak bermusuh dengan orang Cina tapi bermusuh dengan Dap, Umno lebih baik daripada Dap..Ini alasan politik untuk Pas berpeluk dengan Umno yang berjaya memukau semua perwakilan Pas,ahli Pas dan penyokong Pas. Dap dijadikan kambing hitam untuk Pas bermesra dengan Umno sebenarnya.
Parti Bersatu pulak presiden Pas Haji Hadi kata tak tau mana satu imam mana satu makmum..sedap kata kat orang..
Persoalannya kenapa Najib dan Umno yang selama ini dianggap musuh Pas tidak diserang perwakilan Pas dan pemimpin Pas dalam muktamar kali ni? Yang jadikan rakyat negara ini dalam kesempitan untuk kehidupan harian bukan parti2 pembangkang yang diserang Pas tapi Umno,Najib dan BN!
Yang bijak dan selalu ikuti perkembangan politik Pas sejak dulu,kini dan selamanya tahu kenapa Pas kini tak serang Najib.
Umno yg dulu kafir telah disucikan oleh naib ketua kesatuan ulama dunia syeikh hadi awang yg tidak ada menulis satu kitab pun buat rujukan ummah
BalasPadam