Rabu, 29 April 2015

Drama Filem Hindi Di Prk Permatang Pauh

Kenapa Kp Pulau Pinang buat u turn..?
Ada yang rasa bersyukur kerana konflik dah selesai dalam prk Permatang Pauh kembali pakat pulon bagi Umno syaitan dikenali tumbang.
Sebenarnya drama ni berlaku untuk naikkan nama Khalil anak Tghh dan Khairil menjelang muktamar Jun depan yang ada pemilihan.
Kenapa Yusni Mat Piah pada mulanya tidak mahu akur arahan Pas Pusat dan arahan Ketua Pemuda Pas Pusat Suhaizan Kayat tapi boleh cool ikut telunjuk Khalil dan Khairil utk u turn kembali bekerjasama dalam prk Permatang Pauh?
Tengok akhirnya Tontowi puji Khalil dan Khairil dua orang yang mahu dimenangkan dalam muktamar pemuda sebab depa ni geng Tontowi.
Nak habaq bagi bahawa depa mau ketepikan Suhaizan Kayat mau jatuhkan Suhaizan Kayat yang masih lagi KP Pas Pusat..
Terang2 depa bodohkan Suhaizan Kayat, ketepikan Suhaizan dalam prk Permatang Pauh...
Akai tara tu ja...
Baca:
Keputusan yang bijak. Saya ucap tahniah kepada DPP Penang yang diketuai oleh Ust Yusni Mat Piah juga tahniah kepada Ust Khalil Abdul Hadi selaku TImbalan Ketua DPP Malaysia dan Ir Khairil Nizam selaku Naib Ketua DPP Malaysia kerana berjaya mengharmonikan keadaan.
Saya kira ini satu langkah terbaik dan sikap yang jujur. Mengambil keputusan untuk kepentingan semua bukan hanya untuk kepuasan sendiri. Mereka tegas namun masih boleh bertoleransi apabila melibat perkara yang wajar dan betul.
Apa pun tahniah sekali lagi dari saya. Kita fokus untuk mengalahkan UMNO dan BN di Permatang Pauh dan juga di Rompin. Selamat Berjuang
Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat

Isnin, 27 April 2015

Pas berperang sama sendiri kerana siapa?

Umno bergoncang kerana Tun Madey,Pas berperang sama sendiri kerana siapa?
Pilihan ada di tangan Najib samaada mahu letak jawatan sebagai PM atau terus jadi PM dan Umno-Bn akan kalah terok dalam pru 14 akan datang.
Jika Najib sayangkan Umno dan ikut telunjuk Tun Madey dengan letak jawatan sebagai PM dan digantikan dengan Muhyiddin Yaasin sebagi PM maka kemelut dalam Umno selesai.
Yang jadi naya dan hilang punca ialah Pas dan Pakatan yang terus menerus berperang mulut dalam Pakatan.Pas jugak hadapi perang dalaman sama sendiri yang makin parah di mana Presiden parti di lihat hilang kawalan hanyut tanpa haluan.
Semua ni berpunca daripada orang yang ada kiri kanan presiden yang seolah-olah mahu lihat presiden Pas itu terus diaibkan ahli sendiri dan sikap presiden Pas sendiri yang mengambil sikap berdiam diri ,tidak menegur apa saja yang berlaku dalam konflik dalaman parti itu.
Ahli parti Islam dan penyokong Pakatan begitu kecewa melihat sikap Presiden pas biarkan saja ahli parti itu bercakaran sama sendiri. Adakah presiden Pas mahu lihat Pas berkubur tanpa batu nisan?