Rabu, 29 April 2015

Drama Filem Hindi Di Prk Permatang Pauh

Kenapa Kp Pulau Pinang buat u turn..?
Ada yang rasa bersyukur kerana konflik dah selesai dalam prk Permatang Pauh kembali pakat pulon bagi Umno syaitan dikenali tumbang.
Sebenarnya drama ni berlaku untuk naikkan nama Khalil anak Tghh dan Khairil menjelang muktamar Jun depan yang ada pemilihan.
Kenapa Yusni Mat Piah pada mulanya tidak mahu akur arahan Pas Pusat dan arahan Ketua Pemuda Pas Pusat Suhaizan Kayat tapi boleh cool ikut telunjuk Khalil dan Khairil utk u turn kembali bekerjasama dalam prk Permatang Pauh?
Tengok akhirnya Tontowi puji Khalil dan Khairil dua orang yang mahu dimenangkan dalam muktamar pemuda sebab depa ni geng Tontowi.
Nak habaq bagi bahawa depa mau ketepikan Suhaizan Kayat mau jatuhkan Suhaizan Kayat yang masih lagi KP Pas Pusat..
Terang2 depa bodohkan Suhaizan Kayat, ketepikan Suhaizan dalam prk Permatang Pauh...
Akai tara tu ja...
Baca:
Keputusan yang bijak. Saya ucap tahniah kepada DPP Penang yang diketuai oleh Ust Yusni Mat Piah juga tahniah kepada Ust Khalil Abdul Hadi selaku TImbalan Ketua DPP Malaysia dan Ir Khairil Nizam selaku Naib Ketua DPP Malaysia kerana berjaya mengharmonikan keadaan.
Saya kira ini satu langkah terbaik dan sikap yang jujur. Mengambil keputusan untuk kepentingan semua bukan hanya untuk kepuasan sendiri. Mereka tegas namun masih boleh bertoleransi apabila melibat perkara yang wajar dan betul.
Apa pun tahniah sekali lagi dari saya. Kita fokus untuk mengalahkan UMNO dan BN di Permatang Pauh dan juga di Rompin. Selamat Berjuang
Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan