Khamis, 31 Januari 2013

Tun Madey dah bagi bayangan nasib Najib selepas pru 13


Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M-M'insider

 Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir  kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.
"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.-M'insider

Sapa yang tak faham lagi akan signal Tun Madey.Bik Mama tentu kecewa.Kini orang harapan Tun Madey untuk keselamatan beliau dan anak beranak di masa hadapan ialah Muhyiddin bukan lagi Najib.Tak kalah lagi Tun Madey dah bayangkan nasib Najib selepas pru 13.Menang sikit kena terajang la jawabnya daripada kerusi PM.

Kita orang Melayu kena berubah jangan lagi sokong Umno.Jangan jadi macam ikan lampam sekali dengan kail kita telan.Makan umpan tapi jangan makan mata kail.Jangan lagi percaya dengan slogan syirik Umno yang kata Umno tumbang Melayu hidup merempat.Takkan kita baru sama taraf dengan orang yang puja kubur dan pokok kayu mintak nombor ekor.

Rabu, 30 Januari 2013

Julia Gillard lebih jantan daripada Najib

Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengumumkan bahawa pilihanraya di negara itu akan diadakan pada September depan iaitu 8 bulan daripada sekarang.
PM Malaysia Najib yang juga seorang jantan merangkap menteri wanita begitu takut untuk umumkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan Mac depan.Rakyat berteka teki bila tarikh pru 13 akan diadakan.Ini berbeza dengan negara luar yang tidak takut umumkan tarikh pilihanraya.
Najib hanya sibuk jual janji dan rasuah pilihanraya ke seluruh negara untuk pikat pengundi dengan duit dan harta benda tapi nak umum tarikh pru 13 amat penakut.Tak malu ka kat PM Australia?

Selasa, 29 Januari 2013

Hanya 'Parti Syaitan Yang Dikenali' bela Nasha

Kata orang jangan hisap dadah atau candu.Bukan apa kalau dah ketagih amat sukar untuk diubati.Perkara yang sama berlaku dalam politik di negara kita.Mengaku duduk dalam parti yang lawan Umno tapi jadi penagih tegar kepada Umno-BN yang Tun Madey kata Parti syaitan yang dikenali.

Dulu Hasan Ali bekas Naib Presiden Pas dan PJ Pas Selangor yang dikatakan amat rindukan kerusi MB di Selangor tapi tak kesampaian.Hasan Ali yang katanya daripada golongan profesional buat kelaku dan dipecat daripada Pas.Padan muka.Kena pecat dengan keluar sendiri tak sama.Lagi pedih kalau kena pecat.Hasan Ali ingat dia banyak pengaruh boleh bawa berduyun-duyun orang Pas bersama beliau tapi sangkaan itu meleset.Pas terus dapat sambutan orang Melayu dan bukan Islam.

Kini hangat diperkatakan dengan sikap ahli parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden Pas yang juga satu ketika dulu jadi Ketua Lajnah Tarbiyyah Pas Pusat.Nasharuddin telah dipecat daripada ahli majlis syura Pas Pusat tapi masih kekal sebagai ahli Pas.Punca kena pecat sudah tentu semua orang tahu akan sikap beliau yang kini sudah tidak sealiran dan lebih mesra Umno daripada orang Umno sendiri.Pandangan beliau bukan lagi pandangan Pas tapi lebih kepada cara Umno berfikir.Kalau dulu beliau jadi ketua tarbiyyah orang Pas kini mungkin beliau sendiri sudah ditarbiyyah untuk masuk Umno.

Nasha seorang ustaz bukan macam Hasan Ali.Kalau taraf ustaz pun boleh melencong apa nak kisah kalau Hasan Ali buat kelaku supaya dipecat.Politik tak kenal ustaz atau bukan ustaz.Kalau cacing dah naik kemata
kemewahan dan kesenangan jadi umpannya serban dan kopiah putih boleh tercabut.Macam puak-puak yang jadi tukang kapir la, kini bila duduk dalam Umno hanya jadi hampas kelapa.Ingat Umno bodo sangat nak percaya kat orang Pas yang kena pecat.Takat jadi pencacai angkut najis boleh la.

Mungkin kawan-kawan Nasha dalam Pas simpati dengan Nasha.Dengar baik-baik hang pa nak jaga parti atau nak selamatkan Nasha?Apabila Nasha dipecat jawatannya dalam Majlis Syura maka pemimpin Umno pun bersuara pertahankan Nasha termasuklah kawan baru Nasha PM Najib,Muhyiddin Yaasin,dan dua tiga kerat profesor yang jadi pencacai dan talibarut Umno untuk terus bernyawa dan cari makan.Semua komen simpati dengan Nasha.

Biar jasa kita lawan Umno dan parti syaitan dapat pahala bukan jadi kenangan.Kalau nak kira kenangan Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali juga ada kenangan.Mereka naik begitu cepat jatuh juga begitu cepat.Bila hilang jawatan terus jadi monyok dan kulup kepala dengan Pas.

Sapa yang nak ikut pungkoq Hasan Ali ikutlah, sapa yang nak ikut Nasharuddin Mat Isa ikutlah.Nak ikut pungkoq Umno pun ikutlah.Tapi aku lawan Umno dan parti syaitan yang dikenali bukan kerana pemimpin tapi kerana Allah SWT.
Baca juga;
Nasha dipecat daripada Majlis Syura kerana merugikan parti,kata Dr Mahfodz-M'insider
Gagal hadir mensyuarat punca Nasharuddin digugur-Harakahdaily
Najib kata Nasha dipecat selepas pulang dari Gaza-Malaysiakini
Isu Nasha:Tindakan Pas aneh, kata Muhyiddin-Sinar

Khamis, 24 Januari 2013

Najib ke Gaza bawa Nasa tapi imej Najib makin merudum

Banyak hari saya tak komen apa-apa isu dalam blog ni kerana kematian Almarhum Ayahanda saya Jan Bin Awang, 74 tahun yang kembali kerahmatullah pada 19-1-13 (Sabtu).Moga arwah Ayahanda saya diampunkan segala dosa oleh Allah SWT,kuburnya jadi lapang dijauhkan azab siksa kubur.Begitu juga kepada semua muslimin dan muslimat yang mati baru dan lama semoga Allah SWT ampunkan dosa mereka..Tak kira Umno mau pun Pas.Dah mati buat apa kita nak kata cerca ini ditegah dalam Islam.Amiiinnn.Bukan macam Tun Madey yang kutuk Tunku Rahman untuk selamatkan diri beliau.Saya nak lawan orang yang hidup ja dari kelompok parti syaitan selagi saya hidup.

Ok laa yang pergi tetap akan pergi ini ketentuan Allah SWT tiada lewat sesaat dan cepat sesaat jika ajal sudah sampai.Berbahagialah mereka yang ada ibubapa sanggup korbankan apa saja untuk ibubapa tercinta.Tak guna nak menangis panjang dan menyesal jika jadi anak yang durhaka jika ibubapa sudah tiada.Pemergian ayahanda saya juga cuma kurang satu undi untuk lawan parti yang digelar Tun Madey sebagai syaitan yang dikenali.Tapi tak mengapa banyak lagi undi baru di kalangan anak muda yang menyokong perjuangan Islam dan PR.Macam cendawan tumbuh musim hujan anak muda yang sokong PR.

Dua tiga hari ni kita dapat laporan berita PM Najib bawa Nasharuddin Mat Isa ahli majlis syura Pas yang juga ahli parlimen Pas ke Gaza bersama Rosmah Mansur bini Najib,Anifah Aman dan juga Jamil Khir Baharom .Juga dikabarkan Zulkifli Noordin yang kena pecat dengan PKR juga turut serta.Seronok hang pa na pi makan angin kat Gaza menjelang pru 13 dua tiga minggu lagi.Saya tak tau Nasha hadir atau tidak dalam HKR#KL112.Takkan minat nak jaga orang Palestine ja...

Saya nak komen daripada segi politik ja .Cuba bayangkan ketika bilik gerakan jentera pilihanraya Pas dibuka untuk lawan Umno-BN ,Nasa tunjukkan sikap sebenar beliau kepada orang Pas dengan melumur garam ke atas luka yang semua orang tau akan kedudukan Nasa sekarang yang macam telor di hujung tanduk dalam Pas.Nasha boleh pergi berasingan ke Gaza tapi kenapa pilih ikut pungkoq Najib ke Gaza?Ini ada sebab musababnya yang disengajakan untuk tengok apa tindakan Pas dan Majlis Syura ke atasa Nasha ketika gelombang pilihanraya semakin hangat.Nasha.Bukan sekali Nasha buat macam ni tapi dah banyak kali bersama Najib di luar negara.Mungkin kerana Majlis Syura anggap Nasha sebagai anak emas yang ditatang macam minyak yang penuh,takut bertindak kerana ramai yang jadi penyokong  Nasha dalam kelompok tertinggi Pas.Bak kata orang telan mati mak luah mati pak!Nak jaga Nasha atau nak selamatkan Pas?

Mampoih pi la hang pa nak berkawan dengan sapa pon.Kalau jeneh babi dia berkawan ngan babi, kalau jeneh lembu kerbau dia duduk dalam kelompok tu la bukan nak berkawan dengan puak lain.Teringat Presiden Pas kata jangan duduk sorang-sorang nanti dimakan serigala.Semalam saya telefon sahabat saya di Masjid Subang Aiport dan saya tanya ,"Hang dok berkawan ngan Cikgu Non Memali lagi ka.?Dia kata kat saya,"Awat salah ka kawan ngan Cikgu Non,dia dok kutuk Pas biaq pi la dia bukan ahli Pas lagi ..tuuu ahli majlis syura Pas tu Najib heret rata cerok awat hang tak bising?"Hahaha

Ketika PM Najib ke Gaza laporan kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan sokongan rakyat kepada PR meningkat dan BN menurun.Populariti Najib juga semakin menurun kepada 54 peratus.Pergilah ke mana pun jika rakyat dah muak di bawah kuasa BN dah tak jadi hal.Terjun dalam kubang kerbau untuk jadi popular pun kalau rakyat dah tak kelapaq kepada Umno-BN dah tak dapat sapa nak tolong.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW.
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akansesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Baca juga;
UMCEDEL:Sokongan Pakatan meningkat , BN turun-Harakahdaily
Kajian UM:Pakatan hanya 5% dibelakang BN-Malaysiakini
Populariti:Anwar makin hampiri Najib-Malaysiakini
Presiden Mahmoud Abbas kecam Najib ke Gaza-Free Malaysia Today

Sabtu, 19 Januari 2013

Cincin RM24 juta:Dah dua tahun baru Rosmah nak sumpah dengan nama Allah

Dulu PM Najib pernah bersumpah dengan nama Allah kata tak kenal wanita yang bernama Altantuya yang mati dibom hingga berkecai.Tapi apabila rakyat dikejutkan dengan dakwaan Deepak Najib terlibat dalam akuan bersumpah kedua P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan Altantuya rakyat mula pikir apakah benar Najib tak kenal Altantuya.Najib kata Deepak tak boleh dipercayai.Rosmah bini Najib juga mengelak daripada wartawan bila diajukan kes tesebut untuk dapat jawapan.Kenapa takut untuk jawab segala dakwaan yang ditimbulkan?

Dua tahun lepas kita dikejutkan dengan laporan bahawa Rosmah Mansor bini PM Najib import cincin berlian bernilai RM24 juta yang didedahkan Chegubard dan sudah buat laporan kepada SPRM.Kini Rosmah Mansor kata sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak miliki cincin yang bernilai RM24 juta.Kata Rosmah ,"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, 
habis cerita,".Cincin yang mana satu Rosmah tak ada?Kenapa hampir dua tahun lebih baru Rosmah nak sumpah dengan nama Allah kata beliau tak ada cincin RM24 juta?

Tak lama lagi kita akan hadapi pilihanraya umum ke 13 banyak lagi akan bersumpah dengan nama Allah sebagai talian hayat..Sumpah la berapa lori nak sumpah tapi rakyat dah ada matlamat untuk tumbangkan regim yang ada.


Baca juga;
Rosmah bersumpah tidak punyai cincin berjumlah RM24 juta-M'insider
Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2-Malaysiakini
Deepak dipanggil dipanggil ke pejabat SPRM,akan dedah semua maklumat-M'insider

Jumaat, 18 Januari 2013

Tun Madey tunjuk jalan keluar buat Najib

PM Najib diasak kiri kanan depan dan belakang bukan kerana faktor usia tapi kerana Najib lemah haha.Deepak mengasak Najib,rakyat mengasak Najib,Tun Madey gasak Najib,Bik Mama gasak Najib.Semua pakat gasak Najib.
Kenyataan Tun Madey yang kata Kerajaan Pimpinan Najib Lemah memang benar.
"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada. Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat. Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.
Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia satu kemenangan yang kosong," kata Tun Madey yang mengaku bagi IC kepada pendatang haram di Sabah.

Tun kata lagu tu tak lain tak bukan jika BN terus berkuasa (moga BN kalah dan hilang kuasa) selepas pru 13 maka yang akan jadi PM ialah Muhyiddin Yaasin bukan lagi Najib.Tun sedang mengatur agenda 'terakhirnya' dan tunjuk jalan keluar buat Najib yang bisa buat Bik Mama naik angin.Jika dulu Tun lantik Pak Lah sebagai PM sementara begitu juga yang akan jadi kepada Najib.

Najib kini keseorangan tidak ada pemimpin Umno yang pertahankan Najib daripada segala dakwaan yang ditimbulkan pelbagai pihak.Tun hilang kepercayaan kepada Najib manakala Najib pulak tak percaya dengan towkey karpet Deepak.

Tapi nasib Tun sendiri yang mengaku bagi IC kepada pendatang haram di Sabah juga tak tau nak jadi lagu mana jika BN hilang kuasa dalam pru 13.


Khamis, 17 Januari 2013

Bubar parlimen 22-2-13,penamaan calon 16-3-13 dan mengundi 30-3-13?

Inilah Malaysia negara kita yang paling pengecut dalam dunia pemimpinya nak umum tarikh pilihanraya.Jadi kabar angin bertiup kencang kata tarikh cadangan pembubaran parlimen ialah pada Jumaat 22-2-13, penamaan calon Sabtu 16-3-13 dan hari mengundi pru 13 ialah Sabtu 30-3-13.Betul atau tak betul ini sms yang diterima.Rakyat terpaksa korek sana korek sini dan buat ramalan kerana PM Najib jadi gelabah dengan kebangkitan rakyat yang akan jadi satu sejarah dalam ibu segala pilihanraya kali ini.

Semua pemimpin Umno-BN dalam keadaan gelabah ya la dah 55 tahun berkuasa kalau hilang kuasa dalam sekelip mata boleh jadi gila dibuatnya.Mereka tidoq tak lena makan tak kenyang mandi tak basah dok pikir kalau hilang kuasa jadi lagu mana.Bukan dok pikir nak menang tapi pikir nak kalah haha.

Kita rakyat tak kisah buat la bila pun dalam hati nawaitu kita nak tumbangkan Umno-Bn ja bukan pikir apa pon.Tak pikir pun RM100 dan RM500 bagi kita sapu bukan duit Umno tapi duit rakyat.Bila undi kita pangkah Asalkan Bukan Umno!Kalau bagi kita sapu undi pulak BN maknanya nilai diri kita,maruah kita  takat duit yang BN bagi.BN dah banyak menipu rakyat sekali sekala kita kenakan BN pulak umpan kita makan undi lawan BN.

Menarik;
Mahathir kata k'jaan pimpinan Najib lemah-Malaysiakini

Apa komen Noh Gadut dan mufti pro Umno bila Dr Asri kata kalimah Allah digunakan Kristian dan Yahudi bukan kelmarin dulu


Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad

 Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  dalam sebuah kuliah dikala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.
Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.
“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?
“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.
Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.
Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negera Arab dimana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.
“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.
“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud... Ibrahim...  Sulaiman... Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.
Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.
“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.
“Dak kami tak masuk... Ha... Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah diantara sebab mereka digelar Ahli Kitab didalam Al-Quran.
“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata disamping Allah ‘beside Allah there is another god’. Disamping Allah ada tuhan yang lain.
“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.
Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.
“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?
“Banyak uniform kita.. Topi... Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang... Habaq betui-betui... Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia Keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.
“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk... Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.
Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.
Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada penduduk 28 juta — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri yang merupakan pemimpin tertinggi Islam.
Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 8 Januari lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.
“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.
Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.-The Malaysian Insider

Mari tengok imej di bawah klik untuk lebih jelas
PM Najib pulak luluskan kemasukkan Kitab Injil dalam Bahasa Melayu
Noh Gadut bekas mufti Johor takkan nak jatuhkan hukum murtad kepada Menteri Umno Nazri Aziz yang benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di negeri yang tak ada Sultan?
Masih ingat dengan isu tengkolok Tengku Razaliegh yang ditimbulkan Umno kononnya berlambangkan Salib semasa Ku Li dalam parti Semangat 46 yang akhirnya berjaya menipu orang Melayu supaya tidak sokong parti pembangkang dalam pru masa tu.Jika anda masih tertipu dengan mainan dan agenda Umno tunggulah 100 tahun lagi untuk jatuhkan parti syaitan yang dikenali.

Rabu, 16 Januari 2013

Jasa Umno kepada orang Melayu tak ternilai hingga jadikan orang Melayu paling miskin di Johor

Negeri termpat Umno beranak ialah di Johor tapi apabila baca berita ni faham lah saya bahawa orang Melayu bawah-bawah ni memang miskin tapi yang kaya raya ialah pemimpin Umno.Tak ada seorang pun pemimpin Umno bahagian yang hidup susah sebab banyak dapat kontrak kerajaan.Tu baru peringkat bahagian belum lagi yang berjawatan menteri termasuk PM yang kaya raya.

Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM-M'insider

Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.
“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.
“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.
DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.
“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.
“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.
Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.
Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini.-The Malaysian Insider

Bukan takat pelajar universiti kena cuci otak budak sekolah juga kena cuci otak

Oleh kerana ceramah Umno-BN tak dapat sambutan peluang terbaik digunakan semasa bagi bantuan persekolahan RM100 yang kini sedang berlangsung di seluruh sekolah kebangsaan dan menengah.Kawasan sekolah diwartakan sebagai haram berpolitik tapi main dengan Umno-BN ni undang-undang hanya sebelah pihak iaitu parti yang lawan Umno-BN bukan untuk Umno dan puak yang digelar Tun Madey Syaitan yang dikenali.Tun Madey kata bukan aku kata.

Di sebuah sekolah menengah di Shah Alam di seksyen 18,saya diberitahu pemimpin Umno bahagian Shah Alam sebelum hulurkan duit RM100 yang bukan duit poket pemimpin Umno tapi duit rakyat yang bayar cukai siap berkempen kepada budak-budak sekolah dan mak-bapak yang hadir terima duit RM100 dengan berkata zaman BN dulu harga rumah begitu murah tak macam zaman PR perintah harga rumah paling murah pun RM300 ribu ringgit.

Hujah bodoh macam ni pun nak bodohkan orang Shah Alam.Cuba tanya balik berapa harga rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya takkan bawah RM100 ribu?Tahun 90-an hingga tahun 2007 berapa harga rumah takkan sama?Nak tawan balik Selangor pun janganlah bagi hujah yang nampakkan pemimpin Umno tak cerdik bab matematik dan ekonomi.Yang tetapkan  harga rumah bukan pihak kerajaan tapi pihak pemaju berdasarkan nilai tanah dan harga semasa.Malu la kalau angkat orang macam ni jadi ahli parlimen Shah Alam.

Dalam kawasan sekolah orang yang paling berkuasa ialah gurubesar.Tapi Umno layan guru besar macam  tak ada nilai.Sepatutnya yang bagi duit RM100 tu gurubesar bukan pemimpin Umno-Bn yang kini keluar masuk kawasan sekolah untuk bagi duit RM100.Hanya pemimpin Umno-Bn saja yang berkuasa agihkan duit tu bukan gurubesar.

Umno nak ceramah tang mana lagi bagi nampak ramai kalau bukan dalam kawasan sekolah depan mak bapak dan budak sekolah.Pemimpin Umno pakat bising suruh polis ambil tindakan terhadap ibu bapa yang bawa anak-anak dalam HKR#KL112.Polis juga patut bertindak terhadap pemimpin Umno yang ceramah politik dalam kawasan sekolah masa bagi RM100.Suruh rakyat bersyukur dapat RM100 dalam masa yang sama pemimpin Umno  makan rasuah berjuta ringgit!

Umno bukan saja cuci otak budak sekolah supaya jadi baka yang menyokong Umno tapi pelajar universiti yang dah boleh pikir sendiri yang tau beza yang mana intan dan yang mana kaca juga Umno nak cuci otak jadi penyokong BN seperti kes yang berlaku kepada seorang pelajar UUM yang bernama Bawani yang kini kecoh dalam media internet.Berita ni tak keluar dalam TV3 dan Utusan Meloya.Tengok video di sini.
Baca juga;
Video dedahkan taktik universiti 'cuci otak', kata pelajar-M'insider
Listen:Video dedahkan apa yang berlaku di universiti-Harakahdaily

Isnin, 14 Januari 2013

Umno berak merata takkan Pas nak jadi tukang cuci

Lafaz Allah:Umno tidak mampu tunai amanah-Harakahdaily

Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah “Allah” ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah. Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya !. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang . Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya PAS.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah.
Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013).
Firman Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.

PRESIDEN PAS

Sabtu, 12 Januari 2013

Mai tengok gambar HKR#112,Kalau Najib terguling Pak Lah ketawa terguling-guling

Satu dunia hari ni dah tau apa kehendak rakyat yang turun berhimpun di Stadium Merdeka yang bersejarah yang jadi tempat diumumkan kemerdekaan negara 1957.Hari ni Stadium Merdeka dah terlepas kepada rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat #112 yang tidak pernah terjadi sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga zaman Tun Abdullah jadi PM.Ini tandanya Najib lemah bukan Najib kuat.Dah tak mampu kekang kebangkitan rakyat.Jika Najib bertindak kasar dan keras macam Bersih 3.0 maka lagi cepat Najib terguling.Ini fakta bukan auta.

Najib terpaksa berlembut kerana setiap hari imej Najib turun dan terus junam.Najib terpaksa akur dalam paksa.Najib naik jadi PM atas mandat Pak Lah dalam pru 2008 yang mengerikan jiwa raga pemimpin Umno bukan atas mandat Najib sendiri.Jika dalam pru 13 Najib rebah dan terguling maka Pak Lah tentu senyum terguling-guling.Selama ni pemimpin Umno termasuk Tun Madey terus menerus salahkan Pak Lah atas kekalahan teruk Umno-BN dalam pru 2008 walaupun kini Pak Lah dah tak jadi PM.Najib akan juga jadi sejarah macam Stadium Merdeka yang bersejarah.

Sikap polis hari ni dalam HKR juga terbukti bahawa tanpa campurtangan pihak pemimpin politik BN yang berkuasa maka tidaklah berlaku sikap ganas dan huruhara dalam himpunan dan demontrasi rakyat.Kalau dalam demo Bersih 3.0 muka polis tengok para demontrasi macam kucing nak terkam tikus tapi dalam HKR berlaku sebaliknya lebih 'mesra dan senyum'.

Mai kita pakat tengok gambar dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat#112 dari jam 11 pagi -4.30 petang dari kamera saya sendiri.Biar berapa puluh ribu atau ratusan ribu yang hadir tak penting tapi yang pasti rakyat tak makan umpan yang ditimbulkan Umno dalam isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi!Rakyat dah muak dengan berita dan laporan Utusan Meloya dan TV3 suku.
























Baca juga;
Polis kecilkan kiraan 80,000 ke 45,000 orang-M'insider
100,000 banjiri stadium,himpunan lancar-M'kini
Kejayaan himpunan lambang kebangkitan rakyat-Harakahdaily
HKR berjaya , ratusan ribu banjiri Stadium Merdeka-Harakahdaily

Jumaat, 11 Januari 2013

Peluang Muhyiddin nak jadi PM hancur


Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13

11 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin.Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.
Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.
Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.
Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.
Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU.
Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250.
Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU.
Bantuan lain termasuklah voucher buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar.
Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center.
Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama.
Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu.
Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, dimana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan.-The Malaysian Insider

PM Najib kini yang makin lemah langsung tak berbunyi apa saja isu yang ditimbulkan babitkan beliau.Nafi pun tidak mengaku pun tidak.Beliau seolah-olah keseorangan hadapi dakwaan Deepak.Tun Madey,Muhyiddin dan kuncu-kuncunya biarkan saja segala taufan yang landa Najib.Tun Madey sendiri akui Najib kini begitu lemah. Jika ramalan di atas jadi kenyataan Tun Madey sendiri terpaksa selamatkan diri dan anak beranak beliau yang kaya raya.Terlepas lah peluang Muhyiddin nak jadi PM.

Perutusan Khas sempena 'Hariraya HKR 12 Januari'

Ucapan Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat Haji Muhammad Sabu

Khamis, 10 Januari 2013

Media Umno boleh sebut apa saja nama kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat

Sewaktu saya singgah di restoran untuk secawan kopi radix malam tadi tiba-tiba terpampang berita di TV3 media Umno tu kata ,"Pihak Stadium Merdeka benarkan Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka.tapi hanya 30,000 orang saja."Utusan Meloya juga sebut Himpunan Shamsidar.

Ni lah tahap berita yang paling busuk dan tak ada kelas.Melepaskan geram dengan melabelkan apa saja kepada rakyat yang benci Umno-BN.Tapi apa nak heran ni lah kalau hang pa nak kenal perangai syaitan yang dikenali seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir yang kuasai politik Umno-BN termasuklah kekayaan yang dimiliki anak beranak beliau.

Rakyat berhimpun bukan kerana TGNA, bukan kerana TGHA, bukan kerana Anwar Ibrahim tapi anak muda ,orang dewasa dan kaum wanita berhimpun pada 12 Januari 2013 kerana mahukan perubahan dan tuntutan mereka didengar kerana syaitan yang dikenali pekakkan telinga, butakan mata terhadap segala kerosakan dalam pentadbiran negara dan  kaki seleweng wang rakyat.

Sebutlah dan labelkan apa saja terhadap HKR tapi yang pasti kita rakyat yang lawan Umno akan penuhkan Stadium Merdeka.Setan memang suka dengan lucah,dengan porno,dengan samseng taik kucing,Jangan layan setan kalau tidak kita pun jadi macam puak setan.

Ulama Pas bersama rakyat di HKR Sabtu ini-Harakahdaily
Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.

Setiausaha Dewan Ulama Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulama akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

"Keadilan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli Ulama di peringkat cawangan, Dun dan kawasan untuk turun bersama pada hari bersejarah nanti. 

Hari ini, pihak pengurusan Stadium Merdeka memberi kebenaran menggunakan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sekretariat himpunan menjangkakan sejuta peserta akan memenuhi Stadium Merdeka itu nanti.

Rabu, 9 Januari 2013

Siapa tak turun 12 Januari tak akan dapat lakar sejarah terakhir era BN

Jom turun ramai-ramai untuk lakar sejarah negara pada 12 Januari 2013 (Sabtu) dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibunegara Kuala Lumpur.
Sapa tak turun tak dapat la nak rasa nikmat terakhir di era BN berkuasa selama 55 tahun sebelum ditumbangkan dalam pru 13 yang dijangka Mac atau April depan.Rugiiii ..

Pedulikan dengan isu basi yang dibangkitkan Umno untuk tutup segala tuntutan rakyat iaitu bagi royalti kepada Kelantan,tutup kilang racun Lynas,bersihkan pilihanraya,selamatkan Felda daripada jadi habuan gerombolan untuk perah dan hisap darah peneroka.
Rakyat tak celik dan buta IT banyak kena tipu dengan gerombolan yang jual agama,jual air liur dengan kata Umno tumbang Melayu merempat.Yang merempat Umno bukan kita.Fahaman sesat dan menyesatkan ini tidak ada dalam kitab Fathul Bari tapi ada dalam kitab Umno.

Rakyat Mesir dan Tunisia yang berjaya jatuhkan pemimpin diktator Mubarak dan Ben Ali tentu berbangga kerana mereka dinobatkan sebagai salah seorang di kalangan berjuta rakyat jatuhkan pemimpin mereka yang zalim.Tapi kita turun dalam HKR hanya untuk berhimpun secara aman dan suarakan hak kita kepada pemerintah.Kita akan jatuhkan pemerintah di peti undi bukan secara ganas seperti samseng Umno yang kini mengganas sebelum kalah.

JOM TURUN!

Isnin, 7 Januari 2013

Rakyat dok tunggu 'Roti Deepak' bukan Roti1Malaysia

Macam-macam ada sampai roti pun nak dipolitikkan.Bini PM Rosmah mahu Roti1Malaysia di perluas Permata.Rosmah buat-buat tak dengar,buat tak tau apa dengan serangan towkey karpet Deepak yang tuduh Rosmah dan Najib  terlibat dalam akuan bersumpah kedua P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan wanita cantik Altantuya dari Monggolia.

Macam-macam roti dah ada.Semua roti rasa serupa ja cuma nama lain-lain.Yang rakyat 'nak makan' dan ingin tahu sedap atau tak sedap ialah 'Roti Deepak' bukan roti 1Malaysia!Hingga kini Najib-Rosmah senyap tak kata apa dengan dakwaan Deepak.

Baca juga;
Mahfoz gesa Agong panggil sesi khas parlimen-Malaysiakini