Oleh kerana ceramah Umno-BN tak dapat sambutan peluang terbaik digunakan semasa bagi bantuan persekolahan RM100 yang kini sedang berlangsung di seluruh sekolah kebangsaan dan menengah.Kawasan sekolah diwartakan sebagai haram berpolitik tapi main dengan Umno-BN ni undang-undang hanya sebelah pihak iaitu parti yang lawan Umno-BN bukan untuk Umno dan puak yang digelar Tun Madey Syaitan yang dikenali.Tun Madey kata bukan aku kata.
Di sebuah sekolah menengah di Shah Alam di seksyen 18,saya diberitahu pemimpin Umno bahagian Shah Alam sebelum hulurkan duit RM100 yang bukan duit poket pemimpin Umno tapi duit rakyat yang bayar cukai siap berkempen kepada budak-budak sekolah dan mak-bapak yang hadir terima duit RM100 dengan berkata zaman BN dulu harga rumah begitu murah tak macam zaman PR perintah harga rumah paling murah pun RM300 ribu ringgit.
Hujah bodoh macam ni pun nak bodohkan orang Shah Alam.Cuba tanya balik berapa harga rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya takkan bawah RM100 ribu?Tahun 90-an hingga tahun 2007 berapa harga rumah takkan sama?Nak tawan balik Selangor pun janganlah bagi hujah yang nampakkan pemimpin Umno tak cerdik bab matematik dan ekonomi.Yang tetapkan harga rumah bukan pihak kerajaan tapi pihak pemaju berdasarkan nilai tanah dan harga semasa.Malu la kalau angkat orang macam ni jadi ahli parlimen Shah Alam.
Dalam kawasan sekolah orang yang paling berkuasa ialah gurubesar.Tapi Umno layan guru besar macam tak ada nilai.Sepatutnya yang bagi duit RM100 tu gurubesar bukan pemimpin Umno-Bn yang kini keluar masuk kawasan sekolah untuk bagi duit RM100.Hanya pemimpin Umno-Bn saja yang berkuasa agihkan duit tu bukan gurubesar.
Umno nak ceramah tang mana lagi bagi nampak ramai kalau bukan dalam kawasan sekolah depan mak bapak dan budak sekolah.Pemimpin Umno pakat bising suruh polis ambil tindakan terhadap ibu bapa yang bawa anak-anak dalam HKR#KL112.Polis juga patut bertindak terhadap pemimpin Umno yang ceramah politik dalam kawasan sekolah masa bagi RM100.Suruh rakyat bersyukur dapat RM100 dalam masa yang sama pemimpin Umno makan rasuah berjuta ringgit!
Umno bukan saja cuci otak budak sekolah supaya jadi baka yang menyokong Umno tapi pelajar universiti yang dah boleh pikir sendiri yang tau beza yang mana intan dan yang mana kaca juga Umno nak cuci otak jadi penyokong BN seperti kes yang berlaku kepada seorang pelajar UUM yang bernama Bawani yang kini kecoh dalam media internet.Berita ni tak keluar dalam TV3 dan Utusan Meloya.Tengok video di sini.
Baca juga;
Video dedahkan taktik universiti 'cuci otak', kata pelajar-M'insider
Listen:Video dedahkan apa yang berlaku di universiti-Harakahdaily
Bab harga minyak,barang keperluan harian & tol naik satu m'sia sampai x pandai nk turun pemimpin umno/bn tu x berani pulak nk ulas..
BalasPadamsatu soalan... sekolah smk seksyen 18 mane ade budak cina/india =,=
BalasPadam